BANJIR: BERINGAT-INGATLAH DALAM BICARA
>> Tuesday, December 24, 2013
BANJIR: BERINGAT-INGATLAH
DALAM BICARA
BANJIR tahun 2013 belum berakhir lagi tempoh edahnya, walaupun suasana alam telah agak pulih, dan mangsa-mangsa banjir yang kampung halaman dan rumah tangganya ditenggelami air ke paras yang genting telah pulang ke rumah masing-masing. Hujan masih turun di sana sini, kadang-kadang perlahan, kadang-kadang lebat mencurah-curah. Walau apapun kita berharap banjir tidak akan menimpa lagi, sekurang-kurangnya untuk tahun ini yang akan berakhir beberapa hari sahaja lagi.
Seperti biasa, menjelang musim
banjir institusi-institusi kerajaan, khususnya yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesejahteraan akan berbincang dengan serius untuk menangani
banjir jika benar-benar berlaku nanti. Selain daripada menjaga keselamatan para
mangsa banjir, keselamatan orang ramai dan sebagainya, peruntukan-peruntukan
yang besar juga disediakan untuk menghadapi banjir. Biasanya pihak kerajaan
mengumumkan ratusan ribu ringgit malah mungkin jutaan ringgit telah disediakan
untuk menghadapi banjir dan mangsa-mangsa banjir yang diramal akan tiba jika
langit tidak henti-hentikan mencurahkan airnya ke bumi.
Maka pihak pemerintah pun,
menerusi wewenang mereka akan mengistiyarkan bahawa kerajaan telah cukup bersedia
untuk menghadapi banjir dengan bekalan peruntukan kewangan besar,
bahan-bahan keperluan harian mangsa-mangsa banjir dan juga tempat di mana
mangsa-mangsa banjir akan diletakkan nanti bila banjir berlaku.
Tidak salah membuat pengumuman
tentang persedian menghadapi banjir, untuk memberitahu rakyat bahawa pihak
kerajaan mengambil prihatin terhadap nasib
malang mereka, dan dengan itu dapat memberi lebih ketenangan dan pengharapan
kepada golongan yang sentiasa terdedah kepada bencana alam. Dan mereka akan
bersyukur, kiranya bantuan-bantuan itu diunjukkan kepada mereka bila banjir
benar-benar melanda, tanpa pilih kasih atau pilih bulu.
Tapi pengumuman itu akan menjadi
lain macam ertinya, jika dilakukan dengan riak dan bangga, apa lagi andainya
pembahagian bantuan itu dibahagikan secara pilih kasih kepada rakyat yang
dilanda bencana ataupun tidak dibahagikan langsung, atau dikurangi untuk
tujuan-tujuan tertentu pula.
Malangnya kadang kala penguman-penguman yang baik itu berubah menjadi tidak baik natijahnya, kerana dibuat atau ditulis dengan satu cara yang menunjukkan bahawa mereka yang berkenaan itu lupa kepada Allah di sebalik semua perkara yang berlaku, termasuklah banjir dan segala mala petaka yang berlaku dan akan berlaku. Seolah-olah mereka ingin mencabar Allah Yang Maha Berkuasa. Dengan cara itu mereka seolah-olah berujar, “Datanglah wahai banjir. Aku tidak takut. Aku mempunyai bebagai-bagai keistimewaan untuk menghadapi kamu”.
Malangnya kadang kala penguman-penguman yang baik itu berubah menjadi tidak baik natijahnya, kerana dibuat atau ditulis dengan satu cara yang menunjukkan bahawa mereka yang berkenaan itu lupa kepada Allah di sebalik semua perkara yang berlaku, termasuklah banjir dan segala mala petaka yang berlaku dan akan berlaku. Seolah-olah mereka ingin mencabar Allah Yang Maha Berkuasa. Dengan cara itu mereka seolah-olah berujar, “Datanglah wahai banjir. Aku tidak takut. Aku mempunyai bebagai-bagai keistimewaan untuk menghadapi kamu”.
Perkara ini pernah ditegur dan diperingatkan
oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya mereka yang membuat kenyataan itu
tidak sampai terlupa siapa yang sebenarnya menurunkan bencana alam jika bukan
Allah Yang Maha Pencipta.
Beliau dilaporkan pernah berkata, “Kita selalu dengar dan baca akhbar, bila ditanya bagaimana dengan persiapan banjir, mereka akan menjawab, “kami telah bersiap sedia”.
Mereka tidak langsung mengajar
rakyat bagaimana cara berdoa mengikut sunnah Rasulullah untuk mengelak daripada
berlakunya banjir besar. Tapi dengan lantang berkata, “Kami telah bersiap sedia”.
Seterunya beliau mengingatkan, “Kerana
telah bersedia itulah berlakunya banjir besar di tempat yang tidak pernah
berlaku banjir sebelum ini dan sejauh mana pula kekuataan kita untuk
mencegahnya".
Seterusnya beliau menyarankan
supaya sentiasa berdoa kepada Allah. Tegas beliau , “Berdoalah kepada Allah,
biar hujan yang turun boleh tolong manusia, bukan susahkan mereka. Kalau hujan
lebat minta Allah campakkan di tempat yang tiada manusia”.
Sesungguhnya sentiasalah ingatkan
Allah. Jangan berkata-kata membuat provokasi mencabar Allah. Sebab kalau Allah
turunkan bala kita mungkin tidak mampu menghadapinya. Berhati-hatilah di dalam
berbicara. Beringat-ingatlah dalam berkata-kata supaya kita tidak terjerat
dalam kemurkaan Allah. Sentiasalah berendah dirilah kepada Allah, dan takzimlah kepada-Nya semoga kita
selamat di dunia dan akhirat..
0 comments:
Post a Comment