IMTIAZ YANG MENJADI BURUAN IBU BAPA

>> Monday, December 9, 2013




 IMTIAZ YANG MENJADI BURUAN IBU BAPA

“Ini adalah sebuah kitab [al-Quran] yang mana telah Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah, supaya mereka memperhatikan  ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran”, Shaad[38]:29








PAGI semalam, Ahad 8hb Disember 2013 kami berada di Sekolah Mengah IMTIAZ Besut atau singkatnya disebut IMTIAZ  Besut. Tapi IMTIAZ  hari ini bukan lagi terletak di Besut seperti tahun-tahun yang lalu. Ia telah berpindah ke tempat baru di Padang Landak, Jertih, dalam negeri Terengganu juga.





Sekolah IMTIAZ Besut, juga terdapat di Kuala Berang dan Kuala Terengganu memang merupakan sebuah sekolah meengah yang popular menjadi kejaran ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar selepas lulus UPSR mendapat keputusan cemerlang 5 A. Ia bukan sahaja menjadi pilihan ibu bapa di Terengganu dan Kelantan, tapi juga seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.


IMTAZ menjadi lebih istimewa daripada kebanyakan sekolah-sekolah menengah biasa, kerana ia bukan sahaja sekolah akademik biasa, tapi serentak itu juga ada penganjian hafizan al-Quraan. Justeru lepasan pelajar IMTIAZ bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tapi juga terdiri daripada hafiz dan hafizah. Ini membuktikan pelajaran agama mendapat perhatian yang tinggi daripada ibu bapa di samping mementingkan pelajaran akademik yang biasa.






Semalam adalah hari pelajar-pelajar pemohon untuk memasuki sesi pelajaran 2014 menjalani peperiksaan bertulis dan juga peperiksaan lisan  yang diadakan serentak. Adalah diandaikan kira-kira  seramai lebih dari seratus lima puluh orang  dipanggil menghadiri peperiksaan itu. Hari ini peperiksaan diadakan secara tiga sesi.

IMTIAZ Besut dianggap sebagai sekolah yang tinggi prestasinya berteraskan hafazan al-Quran sebagai teras pendikan hariannya terhadap para pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan yang diharap mereka nanti lahir sebagai  generasi al-Quran di negara kita ini bersama-sama dengan pelajar-pelajar sekolah lain yang berorentasikan Islam.

Pada tahun 2013 ini seramai 61 orang pelajar IMTIAZ Besut telah lulus dan berjaya menjadi penghafaz al-Quran di samping lulus dalam bidang akademik biasa.

Penubuhan SMK IMTIAZ adalah merupakan idea daripada Datuk Seri Idris Jusoh, pada masa itu Timbalan Menteri Pambangunan dengan cita-cita untuk menjadikan Negeri Terengganu sebuah bumi Ulul albab.


Untuk merealisikan cita-cita yang murni itu, sebuah kompleks yang bernilai jutaan ringgit telah dibina di Kota Putera Besut untuk memberi kemudahan kepada para pelajar menuntut ilmu. Tapi entah kenapa, kompleks tersebut tidak pernah selesai hingga sampai ke hari ini. Justeru SMK IMTIAZ Besut terpaksa menumpang di bangunan Kerajaan Negeri Terengganu yang dimiliki oleh Yayasan Terengganu sebagai yang terdapat di IMTIAZ Besut yang terletak di Padang Landak Jertih hari ini.

Melihat perkembangan-perkembangan yang begitu pesat yang ditempa oleh IMTIAZ Besut pada masa-masa yang lalu kita harap kemajuannya akan terus meningkat juga di masa-masa akan datang dengan cemerlang lagi dalam membina sebuah bangsa yang beragama yang berakademik yang tingi dan hidup luhur di bawah bayangan al-Quran demi kebahagian hidup di dunia dan akhirat.










0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP