BANDARA SOEKARNO-HATTA KAMI BERWISATA

>> Monday, December 23, 2013




BANDARA SOEKARNO-HATTA KAMI BERWISATA


Penghujung tahun2013. Dari Kota raya Jakarta kami sampai ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada kira pukul empat tiga puluh petang [jam tempatan], hari Ahad 22 Disember. Bertolak dari Jakarta pukul tiga setengah dengan menaiki teksi Blue Bird. Kami dibawa ke Terminal Tiga untuk berlepas ke Kuala Kumpur, setelah berada beberapa hari di ibu kota Indonesia ini.

Tidak seperti malam ketibaan kami, Terminal Tiga itu agak sunyi dengan penumpang, tapi petang semalam telah berjeluak dengan penumpang. Terminal telah menjadi terlalu sibuk. Untuk masuk ke gerbang [gate] check in pun kami terpaksa berbaris panjang yang berderet dengan manusia segala bangsa dengan bagasi masing-masing. Terminal ini mempunyai tiga puluh gerbang check in.

Setelah selesai skan bagasi dan urusan paspot, kami pun masuk untuk ke pintu berlepas dengan melalui beberapa pemeriksaan seperti biasa. Sebelum masuk ke tempat berlepas ada ruang menunggu terakhir, di mana tersedia kedai-kedai makan, kedai pakaian dan kedai jual bahan-bahan bacaan.

Di situ kami [bertiga, anak dan menantu] berjumpa beberapa orang sahabat kami yang hendak balik ke Tuban, menerusi Surabaya dan juga hendak  ke Yokjakarta kerana urusan kerja mereka. Untuk masuk ke dewan menunggu berlepas itu, ada dua pintu sebelah menyebelah, iaitu di sebelah kanan untuk penerbangan domestik di negara Indonesia dan sementara sebelah kiri untuk penerbangan Internasional. Sementara itu kami juga berjumpa dengan beberapa orang kawan se Malaysia yang akan menaiki pesawat Air-Asia, yang sama dan dalam penerbangan yang sama.

Kira-kira pukul lima setengah jam tempatan, kami pun memasuki ke dewan berlepas di mana boarding paspot dan boarding pass kami di periksa. Di dalamnya sudah ramai penumpang yang sedang menunggu penerbangan masing-masing. Kapal terbang kami dijadual akan berlepas pada pukul 6.55 petang. Masih ada masa untuk solat Maghrib.

Menjelang pukul 6.55, tiba-tiba kedengaran pengumuman penerbangan kami terpaksa ditunda kerana jalan udaranya jem sehingga pukul lapan malam. Ertinya kami ada masa kira satu jam lagi untuk menunggu di situ. Untuk membaca keadaan di dewan itu tidak cukup terang. Untuk makan-makan dan berbual-bual memang boleh.

Sementara itu pihak berkuasa lapangan terbang juga menyediakan pengalas perut percuma untuk para penumpang, iaitu sebiji kek mafin dan secawan kecil air putih.



Uasaha lapangan terbang menyediakan Moshala untuk bersolat itu memang amat dihargai, membuktikan mereka prihatin terhadap agama dan umat Islam. Kamar solat itu sempit, justeru Muslimin dan Muslimah terpakasa sembahayang bergaul antara satu sama lain tanpa dipisahkan oleh apa-apa pun. Mana-mana wanita yang hendak menukar tudung kepalanya kepada kain telekung untuk bersolat terpaksa terlebih dahulu  mendedahkan auratnya. Khususnya bahagian leher sampai ke kepala.

Demikian juga tempat mengambil wuduk, terdedah dan bercampur gaul lelaki dan perempuan. Muslimah terpkasa mendedahkan auratnya untuk tontonan sesiapa sahaja ketika hendak berwuduk.

Sepatutnya pihak lapangan terbang memberi lebih sedikit perhatian dalam perkara yang penting kepada kaum Muslimah ini untuk mengelak mereka daripada mendedahkan aurat. Tapi adakah ini menunjukkan sikap Islam liberal di Indonesia? Saya harap tidak. Walaupun bukan semua penumpang wanita yang solat, kerana ramai dari mereka bukan Islam, dan juga wanita Islam yang tidak solat waktu itu kerana sebab-sebab tertentu, yang dibolehkan atau juga yang tidak dibolehkan syara’. Kalau kamar seninya boleh diasingkan antara lelaki dan wanita, kenapa tidak pula dengan kamar solat?

Terminal Tiga ini masih lagi merupakan sebahagian Bandara Soekarno-Hatta, dan biasa juga disebut Cenkareng sebagaimana terpapar pada kenyataan yang terpacak di bahu jalan. Sebelumunya ianya hanya mempunyai dua buah terminal sahaja, iaitu teriminal satu dan terminal dua. Terminal Tiga ini mulai dibina pada tahun 2009, khusus untuk penerbangan tambang murah yang kini digunakan oleh syarikat penerbangan Indonesia Air Asia dan Mandala Airline untuk penerbangan domestik dan juga internasional.

Ia dinamakan Bandara Soekarno- Hatta mengambil sempena nama Presiden Indonesia yang pertama Soekarno dan Wakil Presiden Indonesia Pertama Mohammad Hatta. Ianya terletak dalam kawasan Kota Tangerang dan, Banten. Maksud Bandara ialah Bandara Udara.

Menjelang pukul lapan penguman dibuat menyatakan Air Asia penerbangan QZ8196 ke Kuala Lumpur akan berlepas pada pukul lapan yang pada asalnya dijadual pada pukul 6.55. Penumpang-penumpang, termasuk kami ikut berbaris untuk menaiki pesawat menerusi pintu  di mana teket atau boarding pass kami diperikasa sekali lagi. Dari situ  kami diangkut dengan bas khusus untuk  menaiki pesawat yang sedang sedia menunggu ke destinasi kami, Kuala Lumpur dengan enjin yang telah dihidupkan.

Seperti biasalah oleh sebab tidak ada kawalan dan kerana tidak sabar-sabar lagi, para penumpang berebut-rebut untuk menaiki bas, walaupun sudah pasti mereka tidak akan ditinggalkan. Ini menyusahkan penumpangp-penumpang yang berusia, para wanita dan mereka yang bersama keluarga dan juga dengan bagasi mereka sekurang-kurangnya sebuah kopor pakaian, untuk berebut menaiki bas yang pemandunya juga nampak tergesa-gesa untuk berlepas. Waktu itu kebetulan pula hujan gerimis.

Alangkah baiknya, kalau pihak berkuasa lapangan terbang mengadakan perbaikian memastikan para penumpang yang hendak menaiki bas itu beratur dan naik bas dengan tertib dan selamat, tidak sebagaimana mereka berebut-rebut untuk mmenaiki kendneraan awam di kota raya Jakarta. Keselesaan dan keselamatan para penumpang wajar dipastikan ketika hendak menaiki bas dan juga ketika berada dalam bas dan sewaktu turun supaya tidak berlaku perebutan yang berisiko. Harap mendapat perhatian daripada pihak Bandara Soekarno-Hatta memperbetulkan perkara yang tidak wajar ini supaya tidak terus berlanjutan.

Setelah berada di dalam pesawat pula, tiba-tiba ketua kapten pesawat mengumumkan oleh sebab laluan penerbangan tersumbat atau jem penerbangan terpaksa ditunda lagi selama 45 minit meunuggu jalanan lancar. Serentak dengan pengumuman itu, sekumpulan penumpang “mengaum” melahirkan rasa tidak puas hati, walaupun kapten kapal telah memohon maaf kepada penumpang.

Walau bagaimanapun pesawat berjaya bertolak lima belas minit lebih awal daripada apa yang diumumkan. Namun begitu hampir sepanjang penerbangan itu keadaan cuaca mengawan yang menyebabkan pesawat sering bergegar dilanda awan. Keadaan begitu sukar untuk membaca. Sejurus pesawat berlepas saya pun menukuar jarum jam tangan saya mengikut waktu Malaysia, kerana jarumnya telah diubah ketika berada di Jakarta untuk memudahkan kami menyesuaikan diri dengan keperluan masa di sana.

Saya yang berazam untuk tidak tidur sepanjang penerbangan itu, namun entah bila, tertidur juga, sedar-sedar makanan malam yang sedia kami tempah sedang diedarkan kepada para penumpang. Sebungkus nasi ayam untuk saya dan dua bungkus  nasi padang untuk anak dan menantu saya yang bersama-sama ke Jakarta.

Alhamdulillah, kira-kira dua jam selepas berlepas kami pun selamat mendarat di lapangan terbang LCCT Kuala Lumpur yang waktu itu sibuk dengan manusia walaupun sudah kira-kira pukul 12 dini hari. Ramai penumpang yang hendak berlepas, di samping ramai yang mendarat, dan juga sebahagian dari mereka sedang menunggu untuk menyambut ketibaan para penumpang. Saya nampak pada umumnya mereka berada dalam mood yang cukup, riang dan gembira, terutama mereka yang muda-mudanya. Masa masih panjang untuk mereka.

Namun janganlah hendaknya kita melupakan semua ketentuan hanya dari Dia. Dia menentukan segala-galanya, Tidak ada siapa yang dapat memungkiri ketentuan itu. Manusia hanya merancang dan hanya Allah yang membuat ketentuan. Termasuk dalam ketentuan penerbangan pesawat. Berlepas, sebelum berlepas dalam penerbangan dan waktu mendarat, dan selepas mendarat semuanya termasuk dalam ketentuan Allah. Tidak ada kebijaksanaan manusia yang dapat memungkirinya. Justeru sentiasalah bersama denganNya di bumi dan di langit, malah di mana sahaja sekalipun.

Demikianlah seimbas wisata kami di Bandara Soekarno-Hatta, Indonesia. Semoga semuanya aman.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP