NASI UDUK DAN BAKSO JAKARTA
>> Friday, December 27, 2013
Selama beberapa hari berada di Jakarta, Indonesia kami makan Nasi Uduk dan
Bakso. Untuk makan pagi, kami makan nasi uduk di hotel penginapan kami yang
diberikan secara gratis. Sementara untuk makan tengh hari dan malam pula, kami
makan bakso bersama nasi, roti dan sebagainya di rumah sahabat kami yang
terletak di Jalan Tebet, Jakarta.
Kami tidak dizinkan untuk makan di luar. Mereka memohon kami makan di rumah
mereka pada kedua-dua waktu makan tesebut, malah untuk sarapan pagi juga kalau
kami bersedia untuk ke rumah mereka. Kami tidak mempunyai pilihan untuk
mengelak, kerana hotel penginapan kami juga tidak berapa jauh dari rumah mereka
dan terletak di jalan yang sama sahaja, Jalan Tebet.
Hotel tempat kami tinggal menyediakan nasi uduk untuk sarapan pagi dan selain
dari nasi uduk, antara lain juga terdapat nasi lembek, berlaukkan ayam hiris
halus-halus, dan roti. Tidak ada bakso di situ. Nasi lembek itu, kalau
dicairkan sedikit, akan menjadi nasi air di negara kita Malaysia. Nasinya warna
putih sekali, terasa lemak dan sedikit manis yang mengenakkan, di makan dengan
sejenis kicap manis yang memang tersohor di Indonesia.
Bakso
Nasi uduk yang kami bersarapan itu merupakan nasi bungkus dengan daun pisang yang dibungkus seperti nasi lemak bungkus di Malaysia. Lauknya sedikit, iaitu tahu goreng, ikan bilis dan sedikit telur goreng. Begitu simpelnya. Tapi rasanya boleh tahan, sebungkus kecil sekali makan memang habis.
Nasi uduk yang kami makan setiap pagi itu merupakan nasi yang ditanak,
walaupun ia juga boleh dikukus. Untuk resipi yang lebih kompliketed, nasi uduk
itu dimasak dengan santan kelapa atau kelapa parut, dan dicampur dengan berbagai-bagai
bahan lain seperti pala, kayu manis, halia dan lada putih.
Jika dijadikan sebagai makanan bersama pula, nasi uduk biasanya dimakan
dengan empeng goreng, telur dadar yang dimayang halus, ayam goreng dan timun
dengan bawang goreng ditabur atas nasi.
Di Indonesia, nasi uduk ini dimakan di waktu pagi untuk sarapan pagi dan
dimakan waktu malam untuk makan malam. Nasi uduk terdapat di seluruh Indonesia,
tapi saya difahamkan, nasi uduk Jakarta adalah nasi uduk yang paling popular di
seluruh Indonesia.
Sepinggan nasi bersama ayam goreng istimewa
Dari segi bahasa nasi uduk ertinya nasi campur, sebagaimana nasi campur kita di Malaysia, di mana bersama-sama dengan nasinya dicampur dengan lauk, sayur, sambal dan sebagainya mengikut pilihan kita. Di negeri Kelantan dipanggil nasi bungkus atau lebih tepat lagi dipanggil nasi campur, bungkus.
Nasi uduk Indonesia ini sebenarnya hampir sama dengan nasi lemak yang
terdapat di negara-negara Malaysia, Brunei dan Thailand Selatan. Tapi di
Malaysia nasi lemak hanya menggunakan santan, dan daun pandan untuk mewanginya,
dimakan dengan sambal tumis ikan bilis, telur dadar, kacang tanah goreng, dan
boleh juga dengan ayam goreng.
Kalau dulu pembungkusnya mesti daun pisang. Bukan sebarangan daun pisang,
tapi daun pisang Banggala yang lembut keadaannya. Tapi hari ini para peniaga
menggunakan pembungkus plastik yang sejak kebelakangan ini bebau busuk.
Di Indonesia, nasi uduk boleh diperolehi sepanjang masa untuk makan pagi,
tengah hari dan juga untuk makan malam. Harganya pun murah, kira-kira Rp 5000,
iaitu tidak sampai RM 2 untuk sekali makan.
Bakso
Sementara bakso pula sejenis makanan Indonesia, pada umumnya berbentuk bulat. Kita di Malaysia memanggilnya bebola. Biasanya ia diperbuat dari daging yang digiling atau dikisar dan tepung tapioka.
Sementara bakso pula sejenis makanan Indonesia, pada umumnya berbentuk bulat. Kita di Malaysia memanggilnya bebola. Biasanya ia diperbuat dari daging yang digiling atau dikisar dan tepung tapioka.
Di samping itu ada juga bakso yang diperbuat daripada daging ayam, ikan
atau udang. Seperti di Malaysia ada bebola daging, dan bebola ayam dan bebola
ikan. Bakso yang kami makan itu bakso berkuah, seperti sup, boleh dimakan
dengan nasi, iaitu dengan merendam nasi dalam kuahnya, atau dimakan dengan roti
sebagai bahan pencicahnya. Untuk dimakan nasi diceduk dengan sudu bersama-sama
kuahnya.
Ia sedap dimakan panas-panas bersama-sama dengan mihun, tauge, dan tahu,
setelah ditabur dengan bawang goreng atau daun salderi. Memang enak dimakan.
Bakso memang makanan yang popular di Indonesia. Biasanya ia boleh
diperolehi di resturan-resturan besar dan juga di kaki-kaki lima untuk makanan orang awam.
Selain dimakan secara langsung, bakso juga biasa dimakan sebagai pelengkap
makanan-makanan seperti mei atau nasi goreng dengan jalan dihiris. Bakso ini
tidak berkuah seperti sup bakso.
Sejak kebelakangan bakso ini ia boleh didapati sebagai makanan beku yang
djual di pasar raya.
Nasi Uduk
Perkataan Bakso mengingatkan saya kepada novel Habiburrahman El Shirazy yang berjodol Ketika Cinta Bertasbih. Dalam novel itu watak utamanya Azzam seorang pelajar Indonesia di Khaerah adalah pembuat tempe dan bakso yang terkenal di kalangan para pelajar dan diplomat Indonesia di Khairah. Dia menyara hidupnya di Khairah dan juga keluarganya di kampung membuat tempe dan bakso yang menyebabkan kelancaran pelajarannya tertunda selama beberapa tahun.
Perkataan Bakso mengingatkan saya kepada novel Habiburrahman El Shirazy yang berjodol Ketika Cinta Bertasbih. Dalam novel itu watak utamanya Azzam seorang pelajar Indonesia di Khaerah adalah pembuat tempe dan bakso yang terkenal di kalangan para pelajar dan diplomat Indonesia di Khairah. Dia menyara hidupnya di Khairah dan juga keluarganya di kampung membuat tempe dan bakso yang menyebabkan kelancaran pelajarannya tertunda selama beberapa tahun.
Pada hari akhir kami di Jakarta itu, selepas makan nasi uduk di hotel,
kira-kira pukul sepuluh pagi, sebelum berangkat ke rumah sahabat kami itu, kami makan nasi bersama dengan ayam
goreng yang terletak di hadapan hotel penginapan kami. Ayam goreng yang cukup
istimewa di sebuah resturan yang mengguna ayam desa yang dibawa ke kota untuk
dijadikan lauknya yang memang enak dimakan. Kami terlupa nama masakan ayam
goreng itu.
Sementara dalam penerbangan pulang ke tanah air pula, kami makan nasi ayam
dan nasi padang. Sebenarnya semasa di Jakarta lagi kami berhasrat untuk makan
nasi padang, tapi tidak berkesempatan, kerana kesuntukan masa.
Demikianlah lain padang lain belalang, lain tempat, lain adatnya, lain budayanya, dan lain pula kebiasaannya, walaupun mungkin dalam sebuah negara yang sama atau dari bangsa yang serumpun. Makanan dan cara memakannya juga mungkin berbeza, tergantung di atas adat dan kebiasaan masing-masing, yang tidak terpisah dari suasana alam keliling yang biasanya menjadi pembentuk tabiat dan kebiasan manusia yang berada dalam lingkungannya.
Berlainan bangsa dan keturunan tidaklah menjadi penghalang kepada mereka
untuk berkenalan dan bermesra-mesra antara satu lain. Nasi uduk dan nasi lemak,
bakso dan bebola, malah nasi dan roti
bukanlah merupakan batu penghalang untuk mereka bebaik-baik dan bersatu demi
menjunjung perintah Allah SWT. Tuhan semesta alam.
“Untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan peraturan
dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu
umat [sahaja], tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepada
kamu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan”.Surat 5 ayat 48.
0 comments:
Post a Comment