SIAL MAJAL TIDAK ADA DALAM ISLAM
>> Saturday, December 14, 2013
SIAL
MAJAL: TIDAK ADA DALAM ISLAM
Bekas
Cancelor Azahar Universiti.
Alihbahasa:
Allahyarham
[Dato’] Yusuf Zaky Yaacob
Banyak orang menyangka bahawa Allah telah mengikatkan
kejayaan dan kegagalan seseorang dalam rancangan-rancangannya yang baik dengan
waktu-waktu atau dengan hari-hari tertentu. Oleh sebab itu mereka akan enggan
melancarkan rancangan-rancangan mereka pada hari-hari tertentu
Begitu juga mereka menyangka bahawa di sana ada jalan untuk mengetahui perkara-perkara ghaib, seperti mengetahui barang-barang curi yang tidak diketahui pencurinya atau mengetahui barang-barang hilang yang tidak diketahui tempatnya. Dalam hubungan ini mereka telah menggunakan fantasi-fantasi yang karut marut hingga menyebabkan mereka menyeleweng dari kebenaran dan menyeleweng dari undang-undang sebab musabab yang dijadikan Allah.
Begitu juga mereka menyangka bahawa di sana ada jalan untuk mengetahui perkara-perkara ghaib, seperti mengetahui barang-barang curi yang tidak diketahui pencurinya atau mengetahui barang-barang hilang yang tidak diketahui tempatnya. Dalam hubungan ini mereka telah menggunakan fantasi-fantasi yang karut marut hingga menyebabkan mereka menyeleweng dari kebenaran dan menyeleweng dari undang-undang sebab musabab yang dijadikan Allah.
Islam lahir ketika manusia diselubungi kejahilan, dan
dikuasai oleh adat-adat yang karut marut. Dari itu Islam memerangi segala rupa
kejahilan. Ia menentang kejahian dengan seruan tauhid. Ia membawa dalil-dalil
keesaan Allah yang terpenting dalam kejadian-kejadian alam dan kejadian-kejaian
diri mereka agar manusia percaya bahawa sifat keagungan, sifat mengetahui
segala-gala dan sifat berkuasa mutlak adalah milik Allah yang tunggal sahaja.
Islam juga memerangi sikap bertaklid kepada kepercayaan
datok nenek yang karut marut. Demikianlah nilai ilmu pengetahuan dan kebenaran
pada pandangan Islam. Tetapi manusia yang gopoh itu merasa lambat untuk
menggunakan cara-cara ilmu atau cara menyiasat dan menyelidik. Mereka lebih
tertarik kepada cara-cara meraba-raba dan mengagak-agak yang turun temurun
untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Mereka cuba meramalkan
perkara-perkara ghaib dengan perantaran wali, sami dan bernujum, membaca cawan
dan tapak tangan, beristikarah dengan buah tasbij dan dengan al-Quran, juga
dengan cara bersangkamara dengan waktu, hari, bulan, tempat, orang-orang,
benda-benda, kata-kata dan mimpi-mimpi yang tertentu.
Dengan cara itu mereka merasa sudah dapat menguasai
anak-anak kunci perkara-perkara ghaib seperti Allah.
Manusia yang telah dikurniakan akal, daya-daya menyelidik
dan mengkaji telah menjatuhkan darjah mereka sendiri. Dengan sikap-sikap mereka
yang lemah da serba salah akibat terpengaruh kepada adat-adat dan
kepercayaan-kepercayaan tradisional yang karut marut. Sikap mereka yang lemah
dan serba salah itulah yang melariskan pasaran perniagaan yang dijaja oleh
orang-orang yang mencari makan dengan menipu akal manusia dan menjual
khurafat-khurafat yang karut-marut.
Dengan sikap sedemikian, kekukuhan azam manusia dalam
perjuangan hidup menjadi lemah, akibat-akibatnya kerja-kerja mereka
terbangkalai dan mereka tidak lagimberpegang kepada undang-undang senang dan
susah yang diatur sebab musasbabnya oleh Allah. Mereka bersangkamara dengan
pandangan-pandangan tertentu atau dengan kata-kata tertentu yang didengarnya
atau dengan lintasan burung terbang dari arah-arah tertentu, atau dengan
fantasi-fantasi yang ditanam dalam jiwanya oleh tukang-tukang topu, ahli-ahli
nujum dan sambi-sami. Malah untuk mengetahui perkara-perkara ghaib dan
bersangkarama mereka pernah menggunakan al-Quran dan ayat-ayatnya.
Banyak orang yang enggan mengawini anak perempuannya
walaupun sudah bertunang kerana bersangkamara dengan mimpi-mimpi tertentu dan
akibatnya anak mereka menjadi dara tua yang kehilangan peluang hidup keemasan.
Banyak ahli-ahli perniagaan yang enggan belayar atau
telah mencuaikan perniagaan-perniagaan mereka dengan sebab bersangkamara dengan
ramalan seseorang tukang tipu yang dusta.
Banyak orang ditimpa penyakit merbahaya atau wabak hanya
berubat dengan menggunakan tangkal, asap kemenyan, azimat pelindung dengan
membiarkan penyakit itu merebak pada diri mereka.
Banyak orang menjadi korban penipu-penipu yang mendakwa
tahu meramalkan perkara-perkara ghaib.
Tetapi ramalan-ramalan itu terus sahaja merosot, dan
andainya kebenaran sesetengah ramalan-ramalan itu telah memberangsangkan lagi
orang-orang untuk terus berpegang dengan cara-cara itu, maka di sana ada pula satu sebab yang lain yang
menggalakkan orang-orang yang berjiwa lemah untuk percayakan cara-cara itu
ialah adanya lebai-lebai agama yang melakukan kerja-kerja seperti itu.
Akhbar-akhbar dan majalah-majalah juga mengambil bahagian
dalam kerja ramalan ini dengan mengadakan ruangan bintang dua belas untuk
meramalkan nasib-nasib baik dan buruk
pembaca-pembacanya, sedangkan sepatutnya akhbar-akhbar sebagai sumber
pendidikan dan bimbingan.
Al-Quran Mencela Sangkamara
Di zaman purba kaum Musa bersangkamara dengan Musa, “Apabila
mereka mendapat kebaikan, mereka pun berkata kebaikan ini adalah hasil usaha
kami dan kalau mereka ditimpa mala petaka mereka bersangkamara dengan Musa dan
pengikut-pengikutnya”. Ayat 131 Syrah al-A’raf. Kaum Saleh juga
bersangkamara dengan Nabi Saleh, “Kata mereka kami bersasngkamara denganmu
dan pengikut-pengikutmu”.[Ayat 47, Surah al-Naml].
Lalu Allah menjawab bahawa malapetaka itu bukanlah datang
dengan sebab kesialan Rasul-Rasul, malah datang dengan sebab kekufuran,
kedegilan dan kecuaian mereka terhadap undang-undang Allah. “Kesialan kamu
ada bersama kamu sendiri”. [Ayat 19 Surah Yasin].
Dalam al-Quran Allah memerangkan bahawa pengetahuan ghaib
itu hanya dimiliki oleh Allah sahaja. “Pada-Nya [Allah] segala anak kunci ghaib yang tidak diketahui melainkan
Dialah sahaja”. [Ayat 59 Al-An’am].
“Terangkanlah [wahai Rasul] aku tidak menguasai guna dan bahaya bagi
diriku melainkan apa yang dikehendaki Allah. Andainya aku mengetahui urusan
ghaib tentulah aku mendapat kekayaan yang banyak dan aku tidak ditimpai
kesusahan lagi”. [Ayat 188 Surah al-‘Araaf].
Dan cukuplah kepada orang-orang Mukmin berpegang dengan
keterangan ayat yang begini jelas, “Sesungguhnya Allah sahaja yang mempunyai
pengetahuan tentang hari kiamat. Dia turunkan hujan dan mengetahui apa yang ada
di dalam rahim. Dan tidak ada orang yang dapat mengetahui apa yang dia akan
beroleh pada besok hari, tidak ada orang yang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. [Ayat 34 Surah Luqman].
Ada orang yang berpegang dengan kepercayaan sial atau
sangkamara ini cuba berdalil dengan firman Allah waktu menceterakan mala petaka
yang menimpai kaum Ad, “Sesungguhnya Kami telah melepaskan ke atas mereka
ribut badai yang besar pada hari sial yang berkekalan”. [Ayt 19 Surah al-Qamar].
“Lalu Kami lepaskan ke atas mereka ribut badai yang besar
pada hari-hari sial”. [Ayat 61 urah Fusilat].
“Ada pun kaum Ad, mereka telah dibinasakan dengan ribut
badai yang besar dan dasyat yang menimpai mereka selama tujuh malam dan delapan
hari terus-terusan”.[Ayat 7 Suran al-Haqqah].
Menurut mereka ayat-ayat ini menunjukkan di dalam hari
itu terdapat hari-hari celaka dan sial. KemUdian mereka perkuatkan ayat ini
dengan satu Hadis yang katanya diriwayatkan
oleh Ibnu Abbas [ra] iaitu, “Hari Rabu yang akhir dalam satu bulan
itu adalah hari sial yang berkekalan”.
Al-Wasi telah membentangkan dalam tafsirnya segala
riwayat-riwayat yang sengaja diada-adakan untuk melariskan kepercayaan sial
atau sangkamara atau bersangkaria [menganggapkan baik] dengan hari-hari
tertentu. Dalam hubungan ini saya tertarik kepada kata-katanya, “Dalam
pembicaran ini cukup kita berpandukan kepada peristiwa kaum Ad yang ditimpa
ribut badai selama seluruh hari-hari minggu itu kerana menurut keterangan Allah
tadi yang berbunyi, “Yang menimpai mereka selama tujuh malam dan delapan
hari terus-terusan”. Andainya semua hari-hari itu sial belaka, maka manakah
pula hari dalam seminggu yang tidak sial? Yang sebenarnya seperti kata Al-Wasi
seluruh hari itu adalah sama sahaja tidak ada hari yang sial dan tidak pula ada
hari yang baik, malah setiap saat itu boleh merupakan saat yang baik kepada
seseorang dan saat yang sial kepada seseorang yang lain mengikut baik buruk
peristiwa yang berlaku kepada seseorang. Waktu, tempat dan benda-benda tidak
ada campur tangan dalam kesialan dan kecelakaan seseorang.
Ya, memang benar ada beberapa waktu yang mulia pada
pandangan Allah yang boleh menggandakan pahala atau dosa kepada orang-orang
melakukan kebajikan atau kejahatan, tetapi kemuliaan waktu itu satu soalan lain
dan kesialan dan kecelakaan satu soalan lain pula yang memang tidak diakui
Islam.
Dari itu orang-orang Mukmin harus waspada dari tindak
tanduk penipu-penipu yang mahu melariskan kepercayaan sial atau memajukan
kerja-kerja meramalkan perkara-perkara ghaib. Kepercayaan sial atau sangkamara
itu telah menyebabkan seseorang itu menjadi tawanan sangkaan-sangkaan yang
karut, kepada kesialan kata-kata, hari-hari atau pandangan-pandangan yang
dilihat mereka. Mereka harus membersihkan hati mereka dari kekarutan-kekarutan
ini, mereka harus sanggup meneruskan kerja dan rancangan-rancangan mereka
dengan penuh azam bila sudah mereka yakinkan kebagusannya, “Kalau engkau
sudah mempunyai azam maka bertawakallah kepada Allah”. [Ayat 59 Surah Al-‘Imran], iaitu berpegang kepada
keimanan mereka yang bersih dan kepada taufik Allah. Dengan jalan ini
selamatlah hidup mereka dan lancarlah segala kerja-kerja mereka dan akan
sampailah mereka ke pantas keamanan dan kesentosaan.
0 comments:
Post a Comment