Rantau Panjang Terbakar Membuka Tirai Tahun 2014

>> Thursday, January 9, 2014



RANTAU PANJANG TERBAKAR MEMBUKA TIRAI TAHUN 2014

[Foto-foto Dipetik Dari SINAR HARIAN]



Ambang tahun baru 2014 telah disambut dengan ketibaan banjir yang menelan beberapa buah daerah di negeri-negeri Pantai Timur. Ribuan orang terlibat dalam banjir itu dan telah mernimpakan kerasakan yang besar terhadap harta benda orang ramai.



Tidak cukup dengan itu, tirai ketibaan tahun baru 2014 ini disambut pula dengan petaka kebakaran yang berlaku di Rantau Panjang Kelantan.


Sehubungan dengan itu, ketika berada di sebuah pasar raya di Saujana, Sungai Buloh, tiba-tiba saya terdengar sebuah berita radio mengenai kebakaran yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan. Dalam kebakaran yang berlaku pada hari Isnin [6 Januari 2014] 11.45 malam, segugus 60 buah premis telah musnah dalam kebakaran yang meragut bandar sempadan yang terkenal syurga membeli belah itu.



Mumtaz Md. Nawi


Saya terkejut mendengar berita tersebut. Tapi mujurnya tidak ada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku. Tidak juga ada mereka yang tercedera dalam kebakaran itu, selain daripada api meragut seluruh 60 buah kedai-kedai itu.


Sebenarnya saya tidak begitu terkejut mendengar berita kebakaran itu, bila terbayang dalam kepala saya, keadaan kedai-kedai tersebut yang begitu dhaif dan uzur dan tidak terkawal. Kawasan yang terbakar itu ialah kedai-kedai yang terletak berhampiran  Zon Bebas Cukai.


Namun begitu saya amat bersimpati dengan nasib para peniaga disitu yang sudah tentu menanggung kerugian yang bukan sedikit dengan terbakarnya barang-barang dagangan mereka, di mana 74 orang peniaga telah kehilangan sumber pedapatan mereka.


Saya pernah menulis secara santai mengenai kedai Rantau Panjang yang terbakar dalam Blog Pondok Rahmat. Antara lain saya pernah berkata:


“Bau busuk pasar lama itu telah memusnahkan niat kami untuk makan dalam pasar itu. Baunya amat teruk, dengan kebersihan pasar yang tidak terjaga, walaupun barang-barang jualan berlambak-lambak dan bergantung pada setiap pintu kedai kecil dalam pasar itu.


“Bau tikus, bau jebat tikus dan bau kencing tikus berbaur dengan bau-bau lain menyumbat hidung, menyebabkan kami segera keluar dari pasar dan mencari makan di luar-makan roti canai dan magi goreng dan rebus [sup]. Ada beberapa jenis roti canai di kedai tersebut, antaranya roti canai kaya, roti  canai telur, roti canai sardin, dan roti canai melo.





“Saya bertanya-tanya kenapa pasar itu terus dibiarkan dalam keadaannya yang bertambah teruk sebegitu rupa tanpa kawalan kebersihannya? Sepatut ia telah lama dipulihkan, diperindahkan, dibersihkan supaya menjadi lebih menarik, sesuai dengan sebuah bandar di sempadan negara yang menarik perhatian ramai.


“Memang pada hari itu kami nampak ada sebuah pasar baru yang baru siap dibina dan masih belum beroperasi, namun begitu, pasar lama Rantau Panjang itu sepatutunya tidak dibiarkan dalam keadaan merana seperti itu sekian lama, sehingga menimbulkan kesan yang negatif kepda pengunjung-pengunjungya?


“Memang Pekan Rantau Panjang banyak menawarkan barang-barang jualan menarik, termasuk berbagai-bagai barang cendera hati yang harganya amat berpatutan, tapi keadaan pasar Rantau Panjang dan keadaan sekitarnya kurang menggalakkan, mungkin merosakkan selera pengunjung-pengunjung, khususnya dari luar untuk datang lagi di masa-masa akan datang kalau keadaan tidak medesak.


“Walau bagaimana pun kami pulang dengan membawa harapan Pekan Rantau Panjang akan segera menjalani pembangunan yang sewajarnya dalam semua bidang, termasuk dalam bidang kebersihan, sejajar dengan sebuah bandar  di sempadan yang mempunyai begitu banyak potensi untuk lebih baju, dan sekali gus dapat membantu peningkatan ekonomi bukan sahaja penduduk-penduduk tempatan tapi juga seluruh negeri Kelantan khasnya, dan negara Malaysia amnya akan bersama-sama menikmati faedahnya.


“Saya harap wakil-wakil rakyat peringkat negeri dan Parlimen meletakkan pembangunan bandar Rantau Panjang sebagai sebahagian daripada agenda utama pembangunan mereka dalam rangka pembangunan Jajahan Pasir Mas khasnya dan pembangunan seluruh negeri Kelantan amnya”.




Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob segera membuat pengumuman bahawa Kerjaan Kelantan melalui Tabung Serambi Makkah akan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM148,000 kepada seramai 74 orang peniaga-peniaga yang ditimpa musibah kebakaran itu. Ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa kebakaran itu.


Sementara itu Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md. Nawi dilaporkan berkata, “Kita akan cuba membantu daripada sumber yang ada, dan berharap Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dapat dibangunkan semula”.


Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah pula memberitahu Kerajaan Negeri akan membangun semula kawasan itu mengikut kesesuaiannya setelah kajian yang dibuat selesai nanti.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP