Istana Negeri Kelantan Jadi Lokasi Pilihan Pengantin Baru Merakam Foto

>> Thursday, January 23, 2014







ISTANA NEGERI KELANTAN JADI LOKASI PILIHAN PENGANTIN BARU BERFOTO




Negeri Kelantan dari sejak dahulu lagi mempunyai beberapa buah istana, iaitu tempat kediaman raja-raja dan sultan-sultan yang memerintah. Ada istana-istana itu dijadikan tempat kediaman yang tetap, ada pula istana-istana itu dikunjungi sekali sekala, yang dikenali sebagai istana hinggap.





 Ada pula istana itu dijadikan istana tamu untuk penginapan para tetamu terhormat yang menjadi tamu kerajaan negeri, seperti Raja-raja atau Sultan-Sultan atau para menteri, seperti Istana Kota Lama, di Kampung Sirih. Malah ada Istana pernah dijadikan rumah tumpangan menteri-menteri yang datang dari pusat. Saya sempat bertemu dengan beberapa orang menteri yang menjadi tamu di Istana Telipot.

Sejak kebelakangan ini ada pula istana-istana itu telah diubahsuai dijadikan muzium kerajaan negeri.






Dari semua istana-istana itu, Istana Negeri adalah merupakan salah sebuah istana baru yang dibina di atas tapak yang luas di Kubang Kerian yang terletak kira-kira enam kilometer daripada bandar Kota Bharu, iaitu kira-kira 10 hingga 15 minit berkenderaan. Kubang Kerian adalah sebuah bandar pinggiran dan sebuah jajahan dalam negeri Kelantan Darulnaim.

Istana Negeri di Kubang Kerian ini  merupakan kediaman rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V setelah baginda ditabalkan menjadi Sultan Kelantan beberapa tahun yang lalu.

Ia dibina dalam zaman pemerintahan Almarhum KDYMM Al-Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang memerintah dari tahun 1960 hingga 1979. Almarhum KDYMM Sultan Yahya Petra adalah ayahanda kepada KDYMM Sultan Ismail Petra.





Kalau dari arah Kota Bharu atau dari arah Hospital  USM menghala ke Pasir Puteh atau Kuala Terengganu, letak Istana Negeri ini ke atas sedikit dari bandar Kubang Kerian, di sebelah kiri jalan, dan tidak berapa jauh dari Balai Polis Kubang Kerian yang tgerletak di sebelah kanan jalan.

Pada masa-masa yang lalu, seperti dalam zaman pemerintahan KDYMM Al-Sultan Tuanku Ismail Petra istana ini digunakan untuk mengisi beberapa acara penting, seperti menerima penghadapan para pembesar, khusus dari luar negara dan juga merupakan salah satu tempat berlangsungnya acara sambutan Hari Keputeraan Raja-raja yang memerintah dengan mengadakan majlis-majlis taman di istana itu.




 
Dalam zaman pemerintah Sultan Muhammad V, Istana Negeri telah dibuka dengan lebih luas kepada rakyat jelata dengan mengadakan acara-acara lain yang melibatkan rakyat jelata, seperti Semabahyang Tarawih, dan expo pembangunan dalam kawasan istana dan memberi peluang kepada rakyat melawat bahagian-bahagian tertentu istana itu.




Di istana inilah, bonda KDYMM Sultan Ismail Petra permaisuri kepada Almarhum KDYMM Sultan Yahya Petra, yang kembali kerahmatullah lebih awal iaitu nenekanda kapda Sultan Muhammad ke-V sekarang, Almarhum Raja Perempuan Zainab [RPZ] kembali ke Rahmatulah.

Di sebelah luar pintu pagar Istana Negeri ini sejak kebelakangan ini telah menjadi lokasi pilihan kepada para pengantin baru mengabadikan bersama gambar-gambar hari bahagia mereka. Saya pernah beberapa kali melihat pengantin-pengantin baru itu beraksi di beberapa sudut yang menjadi pilihan mereka di kawasan itu.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP