SANGGUP MATI KERANA CITA-CITA

>> Tuesday, January 28, 2014






SANGGUP BERKORBAN KERANA CITA-CITA




Ada sebuah dialog yang menarik pernah berlangsung antara seorang mahasiwa sebuah universiti di Amerika dengan Profesornya. Persoalannya mengenai cita-cita pelajarnya yang ingin menjadi seorang penulis. Dialog kira-kira demikian bunyinya:



Pelajar: Cita-cita besar saya ialah ingin menjadi seorang penulis.



Profesor:Kalau cita-cita engkau itu berjaya nescaya engkau  akan mati kelaparan.



Pelajar: Saya tidak pedulikan itu.



Profesor: Kalau demikian keadaan azam engkau, maka engkau akan tetap menjadi seorang penulis yang maju.



Siapakah pelajar tersebut yang bersedia untuk berkorban demi cita-cita besarnya itu? Beliau sedar bahawa setiap kejayaan yang ingin diraih mesti menerusi pengorbanan. Tanpa pengorbanan tidak mungkin berjaya. Tapi kita sering melupakan hakikat ini. Kita sentiasa berharap untuk mencapai kejayaan dengan mudah. Tanpa perlu berkorban. Kerana itu kita lebih suka mencari jalan pintas, yang biasanya bukan mengangkat mereka ke puncak kejayaan, tapi sebaliknya melempar mreka ke  jurang kegagalan dan kekecewaan.



Sebenarnya pelajar yang bercita-cita tinggi itu ialah Sinclair Lewis, seorang pujangga ulung Amerika. Nama penuhnya Harry Sinclair Lewis, seorang novelis, cepenis, puisiwan dan playwright.



Beliau adalah sastrawan Amerika yang julung-julung kali dianugerahkan Nobel Prize dalam bidang sastra pada tahun 1930. Beliau juga dikurniakan dengan hadiah Pultizer Prizes untuk cerita fiksi, dan Prometheus Hall of fame Award. Juga dikurniakan hadiah Arrowsmith, tapi kemudiannya ditolak oleh beliau.



Beliau dilahirkan pada 7 Febuari 1885 di Sauk Center, Minnesota, Amerika dan meninggal di Rum, Italy pada 10 Januari 1951.



Salah satu daripada nobel beliau yang berjodol Main Street mengikut laporan telah menghasilakn pendapatan yang sangat lumayan, iaitu 3 juta dollar.



Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan sekumpulan novel, sekumpulan cerpen dan juga puisi yang terus diminati oleh masyarakat Amerika dan peminat sastra di seluruh dunia hingga ke hari.



Demikianlah azam, cita-cita yang kukuh dan usaha yang gigih telah menghadiahkan kejayaan besar kepada Sinclair Lewis, dan namanya terus terpahat dan disanjung sebagai seorang pujangga ulung Amerika.

                                                                       
                                                                             


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP