DATO' MUHAMMAD SHUKRI MUHAMMAD DEDAHKAN RAHSIA MEMBINA KEKUATAN UMAT
>> Friday, January 3, 2014
Dato' Muhammad Shukri Muhammad
Kepentingan Sejarah
“Hendaknya kita tidak merasa jemu untuk mentalaah sejarah kita umat Islam, khususnya umat Melayu Islam. Kerana sejarah bukan sekadar peristiwa yang berlaku tanpa memberi apa-apa pengajaran, tetapi sejarah adalah Sunah Allah yang merupakan khazanah, perbendaharan dan pengajaran kepada setiap Mukmin, agar catatan hitam tidak diulangi lagi”.
Kepentingan Sejarah
“Hendaknya kita tidak merasa jemu untuk mentalaah sejarah kita umat Islam, khususnya umat Melayu Islam. Kerana sejarah bukan sekadar peristiwa yang berlaku tanpa memberi apa-apa pengajaran, tetapi sejarah adalah Sunah Allah yang merupakan khazanah, perbendaharan dan pengajaran kepada setiap Mukmin, agar catatan hitam tidak diulangi lagi”.
Demikian S.S.Dato’ Hj Muhammad Shukri Muhammad, Mufti Kerajaan Kelantan
memulakan pembentangan pendapatnya dalam satu majlis seminar yang diadakan pada
tahun 1993. Walaupun dua dekad lebih telah berlalu tapi pendapat-pendapat beliau
itu masih lagi segar dan relevan serta amat berguna untuk dibaca dan diteliti
bagi mewujudkan perpaduan umat yang kental dalam persaudaran Islam sejagat.
Seterusnya beliau mengungkapkan sebuah Hadis yang bermaksud, “Seorang
Mukmin tidak seharusnya dipatuk dua kali dilubang yang sama”.
Kelemahan Umat Melayu
Dalam pembicaran itu beliau telah bercakap mengenai kelemahan umat Melayu.
Menurut beliau persoalan mengenai kelemahan dan kemunduran umat Melayu Islam
telah banyak diperkatakan. Abdullah Munsyi pernah mengemukakan pandangan beliau
mengenai kepincangan Melayu di akhir abad sembilan belas.
Sebagai seorang yang pengkagum Inggeris dan budaya Barat, Abdullah Munsyi
mengajak umat Melayu menerima tamadun Barat untuk menjadikan mereka kembali
kuat.
Katanya gerakan Islah tahun 1930an menyedari bahawa kemunduran umat Melayu
Islam bukan kerana agama Islam, tapi kerana penyelewengan dari amalan Islam
yang sebenar. Syeikh Abdul Hadi adalah merupakan seorang yang mencetuskan idea
untuk membangun umat Islam. Tapi malangnya kata beliau, umat Islam pada masa
itu tenggelam dalam perbahasan mengenai masalah-masalah khalifiah yang tidak
berkesudahan.
Peristiwa 13 Nei 1969, katanya telah mencetuskan satu
kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu untuk membangun umat Melayu
Islam. Untuk membangun Melayu Islam tampil beberapa kalangan dari pemimpin
Melayu mengemukakan gagasan Revolusi Mental yang berintikan pemikiran kapitalis
Barat.
Demikianlah sebahagian dari gambaran usaha-usaha yang dicari untuk umat
Melayu membangun hinggalah ke saat ini.
Tapi menurut beliau, perkembangan mutakhir memberi
harapan di mana timbul kesedaran baru di kalangan umat Melayu Islam, kesedaran
yang membawa suatu kesimpulan bahawa Melayu hanya boleh selamat, Melayu hanya
boleh maju, Melayu hanya boleh membangun, boleh menjadi umat yang kuat, kembali
unggul, bermaruah hanya dengan Islam.
Beliau menarik perhatian kepada pengalaman sejarah umat Melayu yang telah
terbukti bahawa Islam telah memberi perubahan yang besar lagi menyeluruh kepada
umat Melayu. Melayu yang dahulunya hidup dalam sistem Hindu berada dalam
kelesuan, kebekuan, hidup penuh dengan khurafat, sesudah menerima Islam sebagai
suatu tatacara hidup, umat Melayu bertukar wajah dapat menegakkan kepala, megangkat martabat
menjadi umat yang kuat di rantau ini.
Memulihkan Martabat Umat
Justeru itu katanya, umat Melayu sekarang sedang berhadapan dengan suatu
amanah yang sangat berat, iaitu membina kualiti umat, supaya kembali ke tarafnya
yang asal sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran, “Khairu Ummah”, iaitu umat
yang terbaik.
Dr Burhanuddin
Sebagai umat Islam, menurut beliau, kita sebenarnya masih bernasib baik, kerana kita tidak pernah kehilangan contoh teladan. Sejarah telah meninggalkan untuk kita model para sahabat sebagai generasi mithali.
Para sahabat adalah mereka yang mencintai agama mengatasi yang lain-lain.
Mereka meletakkan agama di atas segala-gala termasuk kepentingan diri sendiri.
Mereka tidak membuang waktu dengan hal-hal yang remeh temeh. Seluruh
perhatian ditumpukan kepada perjuangan menegakkan agama.
Mereka memberi tumpuan kepada pencapaian matlamat, dan mengelak dari
sebarang perselisihan.
Membina Kekuatan
Untuk mengangkatkan martabat umat, kita harus menyediakan kekuatan
sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran.
Allah berfirman, maksudnya, “Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka
dengan apa juga kekuatan yang termampu oleh kamu”.
Katanya, ayat tadi mengarahkan kita untuk merancang kekuatan dalam apa juga
aspek. Kekuatan di bidang ketenteraan dan lain-lain, kerana ancaman yang
dihadapi oleh umat Islam bukan sahaja di bidang ketenteraan, malahan juga di
bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan bermacam-macam lagi.
Untuk membangun umat, kita perlu merancang melahirkan manusia yang
berkualiti. Berkualiti dari segi jasmani, akali dan rohani. Pengabaian kepada
aspek-aspek manusia, umat tidak akan kuat, umat hanya akan menjadi seperti buih
yang akan segera pecah-pecah. Akan segera hilang jika dipukul ombak.
Beliau mengingatkan, umat yang benar-benar berkualiti ialah umat yang
berjiwa merdeka. Umat yang berjiwa merdeka ialah umat yang hatinya penuh
keimanan terhadap SWT. Keimanan yang tulin sahaja yang dapat membentuk jiwa
yang merdeka. Jiwa yang merdeka ialah jiwa yang sangat peka dengan soal-soal
maruah, soal martabat, dan soal harga diri.
Umat yang benar-benar merdeka hujah beliau, mesti kaya dengan idea,
cita-cita dan daya usaha. Mereka akan bekerja dengan penuh tenaga, dengan
kengikhlasan mengharapkan reda Allah. Kerja dibuat tanpa dipaksa-paksa, tanpa
dikerah-kerah dan diperintah. Tidak seperti mereka yang berjiwa hamba, tidak
mahu bekerja, tidak mahu merancang, tidak ada daya usaha, tidak mahu bergerak,
kecuali sudah dibelasah dengan tongkat atau cemeti, kerana bahasa cemeti baru
dimengerti oleh mereka yang berjiwa hamba.
Bijkasanawan pernah menegaskan, “Hamba abdi itu dipaksa bekerja dengan tongkat dan orang-orang yang merdeka itu cukup memahami dengan isyarat”.
Menurut beliau, kita terpaksa mengakui bahawa sebagai
bekas anak jajahan hingga ke hari ini masih ada sebilangan umat Melayu Islam
yang berjiwa hamba. Hingga ke hari ini mereka tetap mengkagumi Inggeris. Apa
sahaja yang diimport dari Barat, mereka akan bermegah, walaupun mereka terdiri
dari golongan terpelajar, tapi dari segi kenyataan dan hakikat mereka adalah
penderita-penderita, penghidap penyakit rendah diri yang sangat teruk. Kerana
penyakit rendah diri itulah mereka sanggup menjadi manusia pak turut. Mereka
menjadi Melayu yang bercita rasa Barat, atau Timur. Mahu tiru Barat, mahu ikut
Timur. Islam yang begitu baik sudah tidak boleh dinilai. Mereka tidak menyedari
bahawa diri mereka dan milik mereka lebih unggul.
Beliau mengingatkan bahawa Al-Marhum Dr. Burhanuddin al-Hilmi pernah
mengingatkan umat Melayu Islam tidak mampu menempa sejarah kegemilangan dalam
erti kata yang sebenar-benarnya andainya umat Melayu belum lagi merdeka
jiwanya. Keimanan terhadap Islam senipis kulit bawang.
Memang tanpa jiwa merdeka, suatu bangsa itu tidak mampu meraih
kecemerlangan. Jiwa merdeka yang dicetuskan oleh rasa keimanan yang tulin
sahaja yang tidak akan tunduk kepada tekanan dan ugutan hawa nafsu. Tidak
terpukau dengan kebendaan. Tidak menjadi hamba abdi kebendaan. Tidak berfahaman
materialisme.
Perkara yang kedua yang perlu diberi perhatian dalam membina kekuatan umat
ialah daya intelekcualnya, daya pemikiran, kekuatan ilmu.
Umat Melayu Islam tidak mungkin dapat dibangunkan selagi kekuatan ilmu dan
daya pemikiran umat masih ditahap yang lemah dan terkebelakang. Kelemahan ilmu
pengetahuan menyebabkan pemikiran tidak berpijak di alam kenyataan.
Di dalam sejarah Islam, institusi masjid adalah memain peranan yang utama
dalam usaha membina kekuatan daya berfikir umat. Masjid adalah universiti
terbuka yang menjadi lambang budaya ilmu masyarakat.
Satu gejala yang sangat berat menimpa kita hingga kini ialah kebekuan
keilmuan, lemah daya berfikir.
Seorang tokoh ulamak, Malik bin Nabi pernah berkata, “Bahwa umat Islam
rata-rata sedang menderita terkena wabak penyakit yang disebut sebagai kelesuan
dan kemalasan untuk berfikir. Ummat Islam sudah kehilangan apa yang disebut
sebagai “Thinking CapacitaY”.
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W. yang menyebut:
“Jika kamu memiliki akal
pemikiran maka kamu akan memperolehi kelebihan
Jika kamu memiliki akhlak maka kamu akan memperolehi
maruah
Jika kamu memiliki harta maka akan memperolehi kedudukan
Jika kamu memilik takwa maka kamu beragama”.
Pembacaan Di Kalangan Masyarakat
Beliau juga menyentuh tentang alam pembacaan masyarakat yang amat
menyedihkan yang disifatkan oleh beliau sebagai suatu kenyataan yang pahit.
Katanya kita terpaksa akui bahawa tahap pembacaan masyarakat kita masih ditahap
yang sangat lemah. Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam satu kajian merumuskan bahawa
masyarakat Malaysia hanya membaca sekadar satu halaman seorang dalam masa
setahun. Hal ini tentulah tidak dapat memenuhi tuntunan wahyu yang pertama
diturunkan kepada umat Islam, iaitu, “Iqrak Bismirabika“.
Masyarakat kita, terutama generasi muda lebih memilih bahan ringan untuk
dijadikan bahan bacaan. Majalah-majalah yang bercorak hiburan lebih laris di
pasaran. Bahan yang berbentuk hiburan itu sebenarnya tidak mampu menolak
masyarakat ke arah berbudaya ilmu,
berfikir secara dinamik.
Budaya Pemakanan
Menurut beliau, perkara ketiga yang perlu diberi perhatian ialah budaya
pemakanan dan tahap penjagaan kesihatan untuk menjaga badan.
Bahan-bahan makanan masih tidak serasi dengan kehendak dan keperluan badan.
Tubuh badan kita memerlukan makanan yang seimbang.
Tubuh badan kita memerlukan riadah. Pendidikan jasmani dipandang semacam
tidak penting oleh masyarakat kita. Padahal bila kita menyorot pada Sirah Nabawiyah,
maka ternyata aspek riadah diberi perhatian yang sungguh-sungguh oleh Rasul S.A.W.
Perpaduan Ummah
Seterusnya beliau memperingatkan, bahawa perpaduan umat merupakan tuntutan
asasi akidah Islamiah. Umat Islam tidak akan dapat merasakan nikmat pembangunan kebendaan biar bagaimana mewah sekalipun, andainya
hati-hati mereka hangus dibakar api permusuhan dan perbalahan sesama sendiri.
Dalam hal ini al-Quran mengingatkan, “Janganlah kamu menyerupai mereka
yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada
mereka”.
Dalam kenyataan hidup kita hari ini, amaran al-Quran itu nampaknya tidak
begitu diambil indah, seolah-olah budaya hidup kita ialah bermusuh-musuhan
sesama sendiri.
Antara kelemahan yang nampak begitu ketara ialah berpecahan akibat
kepelbagaian aliran pemikiran. Pertentangan pendapat dan pendekatan hingga
melenyapkan kepentigan bersama, iaitu kekuatan umat. Hasil dari perbezaan
pendapat, menyebabkan wujud suatu sikap negatif, iaitu fanatik terhadap
golongan sendiri, hingga tidak ada kesedian untuk menghormati pendapat yang
berbeza. Penyakit mengkagumi golongan sendiri sahaja ini memberi kesan sangat
berat hingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah
umat. Seluruh tenaga tertumpu kepada perbahasan dan perdebatan.
Mohammad Natsir
Sehubungan dengan itu, kita merasakan adalah menjadi tanggungjawab bersama meletakkan perpaduan umat sebagai agenda bertindak yang utama dalam program pembangunan umat.
Perbezaan pandangan dan pendapat dalam sistem yang diamalkan hari ini dapat
dielakkan, tapi apa yang dikesalkan perbezaan itu melarat menjadi permusuhan
yang merombakkan ikatan ukhwah dan memecahkan perpaduan.
Beliau mengingatkan, bahawa almarhum Mohammad Natsir pernah mengatakan
bahawa umat Islam sangat mudah berlawan sama sendiri. Mereka boleh bersatu
kalau ada musuh. Mereka akan cari musuh sesama sendiri bila musuh tidak ada.
Almarhum juga pernah meluahkan perasaan secara peribadi mengingatkan umat
Islam di Malaysia agar jangan jadi seperti umat Islam di Indonesia yang sudah
tidak lagi berpecah. Sudah tidak mampu lagi untuk berpecah, kerana sudah
terlalu banyak pecahnya'.
Sekian S.S Dato’ Hj. Muhammad Syukri Muhammad, Mufti Kerajaan Kelantan,
semoga menjadi renungan kita bersama.
0 comments:
Post a Comment