NORHISHAM MUSTAFFA LARI DAN SEMBUNYIKAN HARLINI ABDALA. WAJARKAH?
>> Saturday, January 11, 2014
NORHISHAM MUSTAFFA LARIKAN HARLINI ABDALA. WAJARKAH?
NORHISHAM MUSTAFFA sembunyikan Harlini Abdala, ganti dengan Nur Hamdina, yang seiras wajahnya, adilkah dia?
Demikian pertanyaan yang terlintas dalam layar fikiran saya, setelah
selesai mengikuti TERMINAL CINTA.
Terminal Cinta adalah sebuah novel terbaru yang mengalir daripada ilham
sastrawan terkenal Norhisham Mustaffa.
Naskah novel ini salah sebuah novel yang dihadiahkanya kepada saya, ketika
berkunjung ke kediaman kami di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, baru-baru ini.
Sebuah novel fiksi yang diadun dengan realiti yang sarat dengan berbagai-bagai
adegan yang menarik dan mendebarkan yang wajar dibaca. Ia tidak mengecewakan.
Watak utamanya belegar tentang seorang pemuda bernama Aidil Akhyar, dan
beberapa watak lain yang menghidupakan paparan novel itu. Antaranya Harlini
Abdala, Aliman Yasin, Ira Hamima, Nur Hamdina, Haji Ghafar dan Pak Durham dan
beberapa orang lagi yang turut memain peranan menghidupkan novel ini.
Aidil Akhyar seorang pemuda yang berharta, dan Harlini Abdala adalah gadis
comel, beradarah kacukan Melayu Pakistan. Jelitawan ini telah berjaya menawan
hati Aidil Akhyar. Tapi malangnya, dia bakal berkawhin dengan lelaki lain
pilihan orang tua mereka. Ini mengecewakan Aidil Akhyar.
Ira Hamima juga seorang wanita yang menarik, kakak angkat Aidil Akhyar,
sementara Aliman Yasin adalah suaminya. Nur
Hamdina adalah anak kepada Pak Durham, sementara Hj. Ghafar bapak saudara Nur
Hamdina dan senafas itu juga ayah angkat yang memeliharnya sejak masih kecil.
Dia lebih berotoriti ke atas Nur Hamdina daripada ayahnya sendiri, Pak Durham
seorang tua berwatak wali.
Aidil Akhyar telah dipertemu dengan Nur Hamdina secara kebetulan di sebuah
kampung di Pahang, kerana pada masa itu Aidil Akhyar secara kebetulan pula
bertemu dengan kakak angkatnya itu bila train yang ditumpangi telah tergendala
kerana jalan kereta api rosak akibat banjir. Pada masa itu dia dalam perjalanan pulang dari
Kuala Lumpur ke Kelantan.
Dari sinilah cerita itu berkembang dan merupakan sebahagian daripada
sejarah hidup manusia yang bernama Aidil Akhyar ini. Dan sejak itulah watak,
Harlini Abdala yang jelita itu terus kabur dan tidak muncul-muncul lagi sampai
kisah yang ditayangkan berakhir dengan mengejutkan.
Kerana itulah yang terlintas dalam benak saya, adakah adil Norhisham Mustaffa
menghilangkan Harlini Abdala dan menggantikannya dengan Nur Hamdina yang
bertemu dengan Aidil Akhyar secara kebetulan di Pahang. Untuk mendapat
jawapannya anda perlunya membacanya sendiri Terminal Cinta yang baru sahaja
muncul di alam sastera kita.
Pak Durham, ayah Nur Hamdina sangat berkenan dengan Aidil Akhyar dan ingin menjodohkan puterinya, Nur Hamdina itu dengan pemuda itu. Aidil Akhyar juga bersedia untuk menerima gadis yang seiras dengan Harlini Abdala itu sebagai isteri. Malah sanggup pula berkorban apa sahaja kerananya. Dan hasratnya itu mendapat sokongan yang amat kuat daripada kedua kakak angkat dan abang angkatnya itu. Tapi hasratnya itu ditentang hebat oleh Haji Ghafar ayah angkat Nur Hamdina. Berbagai-bagai syarat yang tidak wajar telah dikenakan ke atas pemuda yang berhati lembut dan pemurah ini jika dia ingin mengambil Nur Hamdina sebagai isteri.
Saya suka dengan watak Ira Hamima, wanita cantik, kakak angkat Aidil
Akhyar. Ia mengingatkan saya kepada isteri saya, Allahyarahmah Asiah Yaacob. Ia
menimbulkan satu nostalgia. Sebahagian daripada ciri-ciri kedirian wanita itu
memang ada keirasan dengan isteri saya yang telah pergi terlebih dahulu itu.
Antara sifat-sifat tersebut ialah suka menolong orang, walaupun terpakasa
menggunakan tenaga dan wang ringgit. Ira Hamima suka memasak, dan masakannya
memang digemari oleh sesiapa sahaja memakannya, dan dia juga suka melayan dan
menghormati tetamu. Demikianlah dengan isteri saya itu. Ira
Justeru itu setiap kali melihat Terminal Cinta membuat saya terkenangkan Allahyarahmah isteri saya. Setiap kali saya membacanya, saya terasa seolah-olah sedang melayari sebahagian deripada beraian episod hidup masa lampau kami ketika bersama. Malah bagi saya Ira Hamima adalah penjelmaan daripada sebahagian isteri saya.
Sementara Aidil Akhyar pula seorang hamba Allah yang amat pemurah, suka
menginfakkan harta bendanya tanpa ragu-ragu. Tidak sedikit pun merasa
teragak-agak. Dilaburkannya begitu sahaja kepada sesiapa sahaja yang
difikirkannya wajar menerimanya. Dan dia ikhlas, tanpa mengharap apa-apa
pembalasan.
Manusia seperti ini mungkin ada di dunia ini. Rindu kita untuk menemuinya. Tapi di bumi mana lain lagikah kita dapat menemuinya, selain daripada di Terminal Cinta?
Manusia seperti ini mungkin ada di dunia ini. Rindu kita untuk menemuinya. Tapi di bumi mana lain lagikah kita dapat menemuinya, selain daripada di Terminal Cinta?
Dan ia mungkin ada “Di hadapan, jalan lapang dan lurus, sangat terang
benderang di pagi penuh ceria”.
0 comments:
Post a Comment