HIDUP DI DUNIA; APAKAH ERTINYA?
>> Thursday, January 30, 2014
HIDUP DI DUNIA: APAKAH ERTINYA?
Jika ditanya apakah erti hidup itu?
Dari segi
kedoktoran atau klinikalnya, jawapannya ialah selagi nafas belum terhneti, jantung masih berdenyut dan glumbang otak masih aktif, itulah
erti hidup.
Sebaliknya bila
semuanya telah terhenti, nafas telah terhenti, jantung telah terhenti dan
gelumbang otak telah padam, maka tidaklah ada lagi hidup. Mati.
Sebaliknya bila
semuanya telah terhenti, nafas telah terhenti, jantung telah terhenti dan
gelumbang otak telah padam, maka tidaklah ada lagi hidup. Mati.
Tapi yang kita
maksudkan hidup di sini bukanlah sahaja bererti denyut nadi, tarikan nafas dan
gelumbang otak, malah lebih jauh dari itu lagi, iaitu sebuah kehidupan yang
merangkumi jasad, roh atau jiwa manusia, dengan segala tindak tanduk dan
tingkah lakunya.
Walau
bagaimanapun, jika ditanya kepada orang-orang yang masih hidup itu, apakah erti
hidup kepada mereka?
Maka sudah
tentu berbagai-bagai jawapan akan
diperolehi yang mungkin berbeza-beza antara satu sama lain. Jawapan-jawapan
ini mungkin berbeza tergantung kepada tata hidup, agama, bangsa, pengalaman,
budaya, cita-cita dan pengharapan seseorang terhadap hidup dan masa hadapanbya.
Justeru itu
dalam satu segi, kehidupan ini boleh diibaratkan seperti sebuah pirma kaca yang
membiaskan cahaya, di mana akan kelihatan berbagai-bagai warna yang
berbeza-beza jika dilihat dari sudut-sudut yang berlainan. Demikian jugalah dengan
kehidupan ini mempunyai erti yang berbeza-beza kepada masing-masing orang.
Walau
bagaimanapun yang penting ialah tindakan susulan yang diambil oleh seseorang
sesuai dengan definisi yang mereka berikan itu, asalkan tidak bercanggah dengan
perintah Allah S.W.T.
Antara
definsi-definisi itu ialah:
Ada Orang
Berkata:
Hidup ini
neraka dunia.
Tindakan yang
wajar dilakukan:
Sabarlah.
Ambillah masa untuk merenung. Fikir dan kajilah. Beristighfarlah banyak-banyak.
Mohonlah keampunan Allah. Tolehlah kiri kanan anda. Lihat sekeliling. Jangan
suka dan sentiasa mendongak ke langit. Kelak kaki anda akan terserandung ketika
melangkah. Pandang ke bawah. Masih banyak mereka yang telah rebah dan
tersungkur kerana kesilapan diri sendiri. Mereka beristighfar. Dan ada yang
berjaya bangkit kembali setelah menyedari segala rahsia-rahsia kejatuhannya,
dan mampu keluar dari dunia yang sebelumnya mereka anggap sebagai neraka itu.
Terimalah segala kesusahan itu sebagai ujian dan bersikap positiflah, dan carilah
di sebaliknya rahsia untuk bangkit dan berjuang dengan gigih keluar dari dunia
yang penuh dengan onak dan duri. Insya-Allah berjaya.
Ada Orang Berkata:
Hidup ini
perjuangan.
Tindakan yang
wajar diambil:
Berjuanglah
dengan seluruh daya kemampuan anda untuk
menghadapi perjuangan itu. Persiapkan diri dengan segala keperluannya,
kerana perjuangan itu menuntut pengorbanan, kesabaran dan kecekapan untuk
mendakap kejayaan. Jangan pula lupa betawakal dan berdoa kepada Allah.
Ada Orang
Berkata:
Hidup itu
tempat rumah persinggahan sementara menunggu kematian yang pasti akan tiba.
Tindakan yang
wajar diambil:
Berusahalah
sedaya upaya anda untuk memungut bekalan sebelum tiba kematian, untuk dibawa meredah
perjalanan jauh yang tidak dapat dipastikan, menuju ke alam Akhirat yang kekal
dan abadi. Semoga kita dilimpahi kebahagian di dunia dan kebahagian di Akhirat.
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan ialah
sebuah universiti tempat menuntut
ilmu.
Tindakan yang
wajar diambil;
Betindaklah
segera. Jangan menempoh-nempoh masa. Belajarlah dengan penuh kesungguhan untuk
memiliki ilmu pengetahuan yang berguna, khususnya ilmu-ilmu agama untuk
kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Ingatlah kewajipan belajar itu dari
buaian hingga ke liang lahad.
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan ini
bukan padang tempat bermain.
Tindakan yang
wajar diambil:
Bekerjalah
dengan penuh kesungguhan dengan usaha-usaha yang bernilai untuk tidak
membazirkan masa yang amat berharga itu dengan sia-sia . Jangan leka bermain-main, jangan habiskan masa dengan bermain-main, kerana hidup bukan permainan. Hidup ini satu usaha dan kesungguhan. Ianya amat penting. Berhentilah bermain-main dengan hidup sebelum terlambat.
Ada Orang Berkata:
Kehidupan itu bukan tempat berihat-rihat.
Kehidupan itu bukan tempat berihat-rihat.
Tindakan yang
wajar diambil:
Bekerjalah dan
berusahalah untuk memenuhi kepentingan dunia dan akhirat anda. Semoga kita
berbahagia di dunia dan berbahagia di akhrat. Jangan habiskan masa dengan
banyak berihat-rihat, bergelak ketawa,
berhilai-hilaian dan bersuka-sukaan, atau melakukan kerja-kerja yang tidak memberi
kebaikan kepada diri dan orang lain. Masa itu amat berharga. Masa itu lebih
mahal dari emas. Kalau hilang masa, ia tidak dapat diganti, tapi kalau hilang
emas, boleh dicari ganti. Jangan habiskan masa dengan berihat-rihat yang merugikan. Jangan biarkan kerihatan membelenggu hidup anda.
Ada Orang
Berkata:
Hidup ini
tempat bekerja.
Tindak yang
wajar diambil:
Ya memang.
Hidup sebuah pentas tempat bekerja dan berusaha. Bekerjalah dan berusahalah dengan
sepenuh hati, ikhlas dan jujur, sambil bertawakal dan berdoa kepada Allah
supaya membuahkan hasil yang bermanafaat kepada dunia dan akhirat.
Ada Orang
Berkata:
Hidup ini hanya
mimpi.
Tindakan yang
wajar diambil:
Keluarlah
segera dari mimpi anda, dan bawalah mimpi anda ke alam nyata. Kerana hidup ini
bukan mimpi, bukan khayalan, tapi satu kenyataan yang mesti dihadapi dengan
penuh kesungguhan dan keyakinan yang mantap. Bangkitlah, dan bukalah mata anda luas-luas,
pandanglah keliling, nescaya mimpi anda akan lesap, seperti kabus pagi sirna
ditelan sinar matahari..
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan ini perjuangan.
Tindakan yang wajar diambil:
Segeralah
bangkit berjuang. Berusahalah dengan sepenuh kuderat untuk memberi nafas kepada
kehidupan anda itu. Jangan dibiarkan ia layu atau mati sebelum daripada tiba
masanya. Berusaha dan terus berusaha untuk meninggikan aras kehidupan anda yang
akan membawa anda ke mercu kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya hidup ini memang perjuangan. Lahir dan batin.
Ada Orang
Berkata:
Hidup tanpa
pasangan tidak bermakna.
Berkahwinlah.
Bernikahlah. Kalau anda seorang wantia carilah suami dan kalau anda lelaki
carilah isteri. Teman hidup itu memang penting kepada kebanyakan orang, khususnya
untuk menyambung zuriat supaya tidak terputus, di samping menyemarakkan lagi kegembiraan
dan kebahagian hidup yang didamba oleh setiap orang. Carilah pasangan yang
bermutu, berakhlak mulia dan beragama, supaya hidup anda berbahagia sebagai
sepasang suami isteri yang saling cintai mencintai dan hormat menghormati dan tidak
berporak peranda nanti sebelum sampai ke hujung penghidupan.
Ada Orang Berkata:
Hidup ini pernuh
bertabur dengan bunga-bunga ros berduri.
Tindakan yang
wajar diambil;
Anggaplah ia
sebagai satu cabaran dan berusahalah dengan gigih untuk mengatasinya. Mana ada
bunga ros yang pohonnya tidak berduri? Mana ada hidup yang bersih dari cabaran?
Kalau suka, pungutlah bunga-bunga ros itu dengan selamat untuk dijadikan hiasan
jambangan atau pakailah alas kaki yang sesuai untuk tidak melukakan kaki dalam
melangkah untuk menuju ke medan perjuangan. Ingatlah, tidak ada karpet merah
untuk menyambut seseorang dalam kehidupan di dunia ini. Dia harus berjuang
untuk menghadapi segala halangan dan rintangan demi kehidupannya dan kebahagian
hidupnya.
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan ini
seperti sebuah samudera yang luas terbentang dan bergelumbang.
Tindakan yang
wajar diambil:
Selamilah ia
untuk mencari permata-permata yang bernilai yang terbenam di perutnya. Galilah
ia untuk mencari minyak diperutnya. Jadilah nelayan untuk menangkap ikan-ikan
dan segala hidupan-hidupan yang berharga. Layarilah ia dengan saksama jika
anda dalam pelayaran untuk mencari pelabuhan baru untuk mengembangkan kehidupan
anda.
Hidup ini
memang satu pelayaran, dan kita adalah pelautnya, belayarlah dengan bijaksana
mengatasi rempuhan ombak dan gelumbag untuk selamat sampai ke pangkalan yang
menjadi tujuan.
Ada Orang
Berkata:
Hidup ini
adalah peluang.
Tindakan yang
wajar diambil:
Jangan
dilepaskan peluang itu. Ia mungkin berharga untuk kehidupan anda.. Biasanya
peluang yang baik itu jarang datang berulang. Jangan sia-siakan peluang
keemasan yang tiba, kelak anda menyesal. Jadilah orang yang bijaksana yang
sentiasa mencari dan merebut peluang yang ada. Bersyukurlah jika anda dikurniakan
peluang yang berharga. Rebutlah segera.
Ada Orang
Berkata:
Hidup tanpa
cinta satu petaka.
Tindakan yang
wajar diambil:
Bercintalah.
Carilah cinta yang sesuai dan mulia. Kalau anda sudah beristeri atau bersuami,
cintailah pasangan anda. Jangan biarkan mereka merana tanpa cinta anda. Jangan bermain
cinta yang tidak keruan, nanti diri anda akan tebakar oleh api cinta yang
panas. Kalau belum ada pasangan, segeralah cari seseorang untuk dicintai, dan
kahwinilah mereka dengan sebaik-baiknya sebagai suami atau isteri, dan hiduplah
bersama dalam lautan cinta dan kasih sayang.
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan ini
seperti sebuah lombong emas.
Tindakan yang
wajar diambil;
Lombongilah ia
dengan sebaik-baiknya untuk memperolehi hasilnya yang amat bernilai. Jangan
hanya menjadi penonton yang pasif. Tidak menguntungkan. Berusahalah untuk
mendapat hasilnya sebagai bekalan hidup yang bermakna dan juga untuk membantu
orang lain yang memerlukan bantuan. Bersyukurlah, kerana tidak semua orang
dikurniakan dengan kesenangan dan kemewahan hidup, walaupun mereka telah
berusaha dengan sepenuh daya. Ia hanya merupakan kurnia Allah.
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan
adalah tindakan.
Tindakan yang
wajar diambil:
Lakukanlah
dengan sebaik-baiknya apa-apa yang baik dan tidak bercanggah dengan perintah-perintah
agama dan carilah keredaan Allah di dalamnya untuk menjamin kebahagian hidup
anda di dunia dan akhirat. Penuhilah hidup anda dengan perlakuan yang bernilai dan
berguna, dan jauh sekali daripada menganggu dan merosakkkan kehidupan anda
sendiri dan juga orang lain. Tegasnya bertindaklah. Hidup mulia, mati berjasa.
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan tanpa
tujuan, bererti meraba-raba dalam kegelapan..
Tindakan yang
wajar diambil:
Bersegeralah
memilih dan menetapkan matalamt atau tujuan hidup anda. Pastikan apa yang menjadi
keinginan anda? Apakah hasrat dan cita-cita anda. Pilihlah matalamat yang
jelas dan terang yang digalakkan oleh
agama, bukan sebaliknya bercanggah dengannya. Pilih matalamat yang selaras
dengan diri anda untuk menjamin kejayaannya. Jangan kail panjang sejengkal
lautan dalam hendak di duga. Merana nanti. Tegasnya matalamat biarlah wajar dan
rasional.
Ada Orang
Berkata:
Kehidupan
adalah sebuah penggembaran.
Ya satu
penggembaran yang panjang dan belum dapat dipastikan bagaimana keadaan
kembarannya dan bagaimana pula keadaan peghujungnya nanti. Masih tetap misteri.
Tidak ada siapa yang telah pergi, pernah balik mengkhabarkannya keadaan di
sana. Justeru sediakanlah bekalan yang mencukupi untuk menjamin kita selamat
sampai dan hidup berbahagia di sana.
Itulah dunia akhirat yang kekal dan abadi.
Ada Orang
Berkata:
Hidup ini
syurga dunia.
Tindakan yang wajar diambil.
Beryukurlah.
Nikmatilah kurniaan Allah yang Maha Pemurah itu yang melempahkan kepada anda
dengan segala kenikmatan dan kemewahan hidup. Tapi jangan melampau. Jangan
berlebih-lebihan. Jangan jatuh cinta kepada dunia yang fana ini, dunia yang
akan hancur dan musnah, dan yang akan ditinggalkan. Jangan lupa dan abaikan
orang-orang yang melarat dan susah. Di dalam kesenangan anda itu ada sebahagian
daripadanya hak mereka. Hulurkanlah dan jangan kikir. Jangan lalai. Berapa
banyak orang yang asalnya mewah bahagia tapi telah bertukar menjadi papa
kedana. Syurga yang dimiliknya selama ini telah hilang dan musnah kerana
kecuaian mereka sendiri. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Kata Orang-orang Tua Kita Pula:
-Hidup di
hujung gurun orang
Unggakapan yang
menggambarkan kesusahan dan kemelaratan serta penderitaan hidup seseorang di
dunia ini.
-Hidup
dikandung adat mati dikandung tanah.
Nasihat yang
mengajar kita supaya menjalani hidup ini secara normal mengikut adat kebiasaan
dan peraturan-peaturan yang tersedia dalam masyarakat. Jangan asyik
melanggarinya.
-Hidup pokok
berbuah, hidup manusia berjasa.
Seruan kepada
manusia supaya berbuat baik dan jasa kepada dirinya sendiri dan juga masyarakat
semasa hidup di dunia ini.
-Hidup sandar
menyandar, seperti aur dengan tebing.
Unggapan
nasihat supaya kita hidup dengan baik, harmoni dan tolong menolong antara satu
sama lain. Buluh boleh hidup kerana adanya tebing, dan tebing pula menjadi
lebih kukuh dari serangan hakisan kerana adanya buluh atau aur.
-Hidup segan
mati tak mahu.
Unggakapan yang
menggambar seseorang yang hidup dalam cengkaman kesukaran, kemiskian, kehinaan,
kemalaratan atau kepenyakitan.
-Daripada hidup
bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.
Unggakapan yang
memberi isyarat lebih baik mati sahaja daripada hidup menanggung aib atau malu
yang amat sangat.
-Lama hidup
banyak dirasa, jauh berjalan banyak pandangannya.
Kata-kata yang
menggambarkan seseorang yang kaya dengan pengalaman hidupnya.
“DAN KEHIDUPAN DUNIA INI, HANYALAH PERMAINAN DAN SENDA GURAU. SEDANGKAN
NEGERI AKHIRAT ITU, SUNGGUH LEBIH BAIK BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAKWA. TIDAKKAH
KAMU MENGERTI?” AL-AN'AM [6]: 32.
“KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA ITU HANYA PERMAINAN DAN SENDA
GURAUAN, PERHIASAN DAN SALING BERBANGGA DI ANTARA KAMU SERTA BERLOMBA DALAM
KEKAYAAN DAN ANAK KETURUNAN, SEPERTI HUJAN YANG TANAM-TANAMANYA MENGANGKAGUMKAN PARA PETANI; KEMUDIAN [TANAMAN] ITU MENJADI KERING DAN KAMU LIHAT WARNANYA
KUNING KEMUDIAN MENJADI HANCUR. DAN DI AKHIRAT [NANTI] ADA AZAB YANG KERAS DAN
AMPUNAN DARI ALLAH SERTA KEREDAANNYA. DAN KEHIDUPAN DUNIA TIDAK LAIN HANYA
KESENANGAN YANG PALSU”. AL-HADID [57]: 20.
0 comments:
Post a Comment