MUNAFIQ - KALI INI C.M.FAUZI BICARA TENTANG MUNAFIQ

>> Saturday, February 1, 2014






SETANGGI KOTA BHARU LII




Dalam ruangan SETANGGI KOTA BHARU LII ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan dalam akhbar MINGGUAN KOTA BHARU  di sekitar tahun 1960an-1970an.

Kami harap penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.

Mengisi SETANGGI KOTA BHARU LII ini,  kita siarkan  sebuah puisi karya C.M. FAUZI berjodol  MUNAFIQ.

Sambutlah salam hormat  takzim dari kami dan selamat membaca.




MUNAFIQ

Jangan kau kata

Tuhan kasihmu

Rasul kasihmu

kerana kau nabi selepas Muhammad

lantar kau tak pernah ngaku

apa itu perjuangan nabi

apa itu penegakan Rasul.


Katalah: Tuhan bencimu

Rasul bencimu

Kerana kau Nabi selepas Muhammad.

.....yang berjuang untuk diri

menegak hukum sendiri

lantar Quran dan sunah adalah dongeng

yang boleh ditawakan.


CM. FAUZI
 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP