NORHISHAM MUSTAFFA BAWA MARDIANA KEMABARA
>> Tuesday, February 18, 2014
“Papa mesti tengok
rumah yang papa biarkan usang tak dijaga. Separuhnya sudah roboh. Papa mesti
izinkan orang-orang di Kuak mengambil durian dan kelapa di kebun papa. Setiap
tahun, durian dan kelapa membusuk, cambah dan mati sendiri kerana tak siapa
yang berani mengambilnya. Papa mesti balik ke Kuak, dan istiyarkan yang papa
merelakan siapa saja mengutip buah apa pun di kebun papa. Minta sesiapa saja
usahakan tanah papa. Banyak tanah papa yang terbiar”.
2]
“Ingat papa, di mana
papa dilahirkan, di mana papa membesar. Jangan biarkan kita kehilangan darah
daging hanya kerana dendam dan benci. Wassalam”.
Demikian SMS
Mardiana kepada
Ayahnya Mazlan.
KEMBARA MARDIANA
ialah salah sebuah novel terbaru Norhisham Mustaffa yang diterbitkan penghjung
tahun 2013 yang lalu atau menjelang tahun 2014 yang sedang kita jalani
sekarang.
Norhisham telah
menyusun novel Kembara Mardiana banyak berteka teki, dari bab ke bab, dan ada
di antara teka teki itu tidak terjawab sampai ke penghujungnya. Hanya
pembaca-pembacanya sahaja yang tekun mungkin dapat memberi jawapannya sendiri selepas
selesai membacanya.
Watak utama novel
ini Mardiana, seorang gadis terpelajar yang masih lagi sedang berusaha untuk
mendapat gelaran Master dalam pengajiannya di sebuah universiti di tanah air.
Norihisham membawa
saya berasa lelah dan rimas untuk menjejaki kembara gadis 25 tahun ini dari
Timur ke Barat, dan dari Selatan ke Utara,
Apa yang sebenarnya
diburu oleh gadis ientelek yang comel dan cekal hati ini? Penulisnya banyak berteka
teki dalam hal ini.
Kisah berumla dari
sebuah kereta api KTMB yang bertolak dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Di antara
penumpangnya ialah gadis Mardiana. Dalam perjalanan, dia ditimpa musibah, jatuh
pengsan. Mujur ada teman segerabak yang saling tidak kenal mengenal antara satu
sama lain yang membantunya. Membawanya ke hospital Sereman untuk menerima
rawatan.
Malah pemuda itu,
Zul Hakimi rela mendermakan darahnya kepada Mardiana yang baru pertama kali
dikenalinya itu. Di samping itu, dia juga rela menjaga Mardiana selama dia
pengsan beberapa jam di hospital sehingga kedua ibubapa Mardiana sampai dari
Kota Bharu setelah dia sedar dari pengsan.
Tapi kesampaian
mereka tidak menyenangkan suasana. Mereka, terutama ibu Mardiana, Hudaibah
Janirah Bee tidak langsung menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh Zul Hakimi
dengan ikhlas dan sukarela itu. Menyebabkan lelaki itu terpaksa berundur diri
tanpa Mardiana sempat mengucapkan
terimakasih yang sewajarnya.
Bermula dari
sinilah, kembara Mardiana berkembang mencari Zul Hakimi, walaupun dia masih
lagi dalam keadaan tidak sihat. Dia yang kuat azamnya itu menjejaki Zul Hakimi
dari Tanah Merah, Kelantan, ke Juasseh, Negeri Sembilan, dan akhirr ke Kuak
Dalam, di Perak.
Mardiana bertemu
dengan keluarganya di Kuak Dalam, dan di situlah dia mengetahui bapanya berasal
dari Kuak, dan masih mempunyai adik beradik, anak saudara serta tanah-tanah
pusaka di Kuak Dalam itu. Semuanya ini disembunyikan dari pengetahuan Mardiana,
setelah mereka berpindah ke Kelantan dan tinggal di kawasan Perumahan Telipot
Kota Bharu. Malah di situ juga dia mengetahui bahawa lelaki yang sedang
dijejakinya itu, Zul Hakimi merupakan
sebahagian daripada keluarganya yang masih ramai di situ.
Alhamdulillah,
dengan paksaan Mardiana pada akhirnya bapaknya Mazlan kembali juga ke Kuak
Dalam bertemu dengan keluarga yang telah lama ditinggalkannya itu kerana salah
faham. Dan mereka akhirnya bersatu semula dalam ikatan persaudaran.
Ramai watak-watak
ditonjolkan untuk menghidupkan nobel Kembara Mardiana. Kebanyakan watak-watak
itu timbul dan tenggelam, merupakan buku-buku rantai yang dicipta oleh
Norhisham untuk menghidupkan perjalanan cerita.
Watak Kak Norjee,
seorang wanita yang baik, yang tak kalah kecantikannya, melayan Mardiana lebih
daripada ibunya sendiri, suka memanjakan Mardiana dan memasak untuknya. Dia
sebenarnya seorang yang pandai memasak. Saya teringatkan Terminal Cinta di mana
salah seorang daripada wataknya juga pandai memasak.
Kembara Mardiana
adalah salah sebuah daripada novel yang dihadiahkan kepada saya ketika mereka
berkunjung ke rumah penghujung tahun lalu. Sebuah lagi adalah Terminal Cinta.
Inilah dua buah novel beliau yang pernah saya miliki dan saya baca. Dua buah
novel cinta yang berlekar dalam kisah keluarga yang dijalin dengan begitu rupa
dengan mengadunkan fantasi dan pengalaman-pengalaman yang menghidupkan novel
ini.
Sebuah novel cinta
yang bersih dari kisah-kisah asmaradana atau perlakuan-perlakuan seksual yang
menggesel perasaan.
Saya sudahi tulisan
ini dengan mengungkapkan pertanyaan-pertanyaan yang masih hidup dalam kepala
saya, adakah saudara Norhisham pernah menjejakkan kakinya di tempat yang
dijadikan gelanggang novelnya itu, itu Juasseh di Negeri Sembilan dan Kuak
Dalam di Perak? Atau adakah ianya sekadar khayalan beliau semata?
Walau bagaimanapun,
penduduk-penduduk di Kuak, khsusnya Kuak Dalam [saya hanya tahu Kuak Luar] dan
Juasseh, sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, patut merasa bangga, kerana
nama kampung mereka telah diabadikan dalam novel Kembara Mardiana dengan
gambaran yang begitu harmonis. Penduduk-penduduk di kedua-dua tempat tersebut,
terutama generasi mudanya, memang wajar memiliki dan membaca novel Norhisham
ini sebagai kenangan kasih kepada penulisnya yang telah berjaya meletakkan
kampung-kampung mereka di ufuk pemikiran manusia, yang mungkin kebanyakan
mereka tidak pernah mengetahui tentang kewujudaannya.
Judul buku: KEMBARA MARDIANA
Pengarang:Norhisham
Mustaffa
Penerbit: Aras Nega
[M] Sdn. Bhd [164242-W]
Harga:RM 19.00SM.RM:21.00
S/S
0 comments:
Post a Comment