KOTA BHARU; JANGAN DIBIARKAN PENIAGANYA KERING
>> Tuesday, February 11, 2014
KOTA BHARU: PENIAGANYA JANGAN DIBIARKAN KERING
Ini hanya merupakan satu catatan kembara. Ia melibatkan tiga buah tempat dalam negara, Selangor, Kelantan dan Negeri Terengganu. .Anak saya Arham Zaini, tiba di Pengkalan Chepa pada tengah hari Ahad. Dia sebenarnya dalam perjalanan ke Kuala Terengganu kerana urusan kerja pada hari Isnin, malam Selasa. Oleh sebab sudah agak lama dia tidak balik ke Kelantan, dia bertolak awal dan mengalih arah laluan ke Kota Bharu dahulu sebelum pergi terus ke Kuala Terengganu.
Adik Syami pun turut makan juga
Seperti beberapa hari yang lepas, hari Ahad itu cuaca telah berbahang panas. Sedangkan sebelumnya cuaca begitu sejuk, walaupun di waktu tengah hari. Lebih-lebih lagi kalau mulai petang hari, membawa sampai malam dan keesokannya pula. Allah Maha Besar, boleh menukar cuaca sejuk itu kepada cuaca panas hanya begitu sahaja kalau Dia mahu. Cuaca akan bertukar sejuk kembali selepas pukul 12.00 tengah malam.
Sebelah
malamnya kami sekeluarga makan malam di luar. Tempat yang kami pilih kali ini
ialah Resturan Sri Chengmai. Agak jauh
sedikit dari tempat kami tinggal di Pasir Tumbuh. Resturan ini telah
bertahun-tahun dibuka, tapi inilah baru pertama,a kami bertandang ke sana.
Hidangannya masakan Thai.
Waktu kami
sampai pelanggan telah ada, tapi tidaklah sampai memenuhi resturan. Jika dibandingkan
dengan tempat-tempat lain yang pernah kami kunjungi di Kota Bharu ini, resturan
ini salah satu daripada resturan yang
selesa, terutama jika dibandingkan dengan resturan-restruan terbuka di
tepi jalan, dimana bunyi kipas-kipas besar yang berpusing pun sudah
membengekkan telinga. Hidangannya di sini pun OK juga.
Pagi besoknya
setelah sarapan biasa di rumah, kami keluar agak lewat untuk mencari nasi
belauk sebagai makanan pagi kali kedua. Mata hari telah terasa panas mulai meninggi
di langit Timur. Dari pondok kami, kami tidak terus mencari nasi belauk, tapi
terus ke kubur Allahyarhamah isteri saya, Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri
tahmat ke atasnya] di Kg. Salor, membawa anak saya yang telah agak lama tidak
menzirahi pusara ibunya itu.
Di sini kami makan nasi berbudu dan ulam-ulam
Selesai dari tanah perkuburan, waktu sudah pukul sebelas lebih. Kami perlu mengisi perut. Kerana untuk mencari nasi yang ada hidangan ulam-ulaman kami menuju ke resturan di Kampung Kraft Tangan yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan Istana Balai Besar. Waktu kami sampai itu, belum lagi pukul dua belas, tapi pelanggan telah ramai mengeliling meja-meja dan sedang mnikmati hidangan masing-masing. Pada sangkaan kami, orang tentu masih belum ramai, sebab waktu masih awal untuk makan tengah hari. Tapi dugaan kami meleset.
Kami memilih
sebuah meja yang baru sahaja dikosongkan oleh pelanggan yang selesai makan. Di
antara makanan-makanan yang kami pilih ialah singgan ikan, hati ayam goreng,
sayur masak lemak, dan budu tempoyak ikan panggang tawar untuk melengkapkan
dengn budu. Makanannya biasa sahaja, masakan tradisonal Kelantan. Harganya pun tidak
mahal dan boleh makan dalam suasana selesa.
Di sebelah
resturan itu ada beberapa gerai tempat menjual barang-barang tempatan,
kain-kain batik dan barang-barang kraf tangan. Kami singgah sekejap di sebuah gerai di situ. Kemudian kami bertandang pula ke
Bazar Tengku Anis yang terletak di sebelah resturan dan dipisahkan oleh sebatang
jalan. Ada banyak petak-petak kedai di bazar itu dan kebanyakannya menjual
pakaian wanita sahaja. Sangat sukar untuk mencari pakaian lelaki.
Bazar itu
kelihatan sepi. Tidak ada pengunjung. Tidak ada pembeli. Bazar kelihatan
kering. Yang ada hanya para penjual yang hampir keseluruhnya wanita. Ada Cina
dan ada Melayu. Kalau keadaan begitu setiap hari, kami meragukan kemampuan para
penjualnya untuk, membayar sewa kedai?
Kemudian kami
singgah di Bazar Buluh Kubu. Keadaannya lebih baik sedikit dengan para
pelanggan, mungkin kerana di sini ada aneka barang yang dipasarkan, termasuk
tokoh buku, kedai makanan dan sebagainya.
Makan tengah hari di Kg. Kraft Tangan
Selepas itu kami singgah di Bazar Tok Guru di Jalan Mahmood. Keadaannya hampir sama dengan di Bazar Tengku Anis. Tak ada pembeli. Tak ada pengunjung. Yang ada hanya para penjual yang menjadi penunggu setiap buah gerai mereka. Malah ada juga yang berani meninggalkan kedai-kedai mereka tanpa ditunggu kerana ketiadaan pengunjung. Kalau begini keadaannya, bagaimana orang-orang Kelantan hendak mencari makan dengan berniaga?
Kenapa pihak berkuasa tidak
mengkajii semula untuk mencari jalan memajukan bazar-bazar itu, seperti dengan
mengadakan promosi-promosi tertentu dari masa ke masa? Atau kenapa tidak
diadakan juga kedai-kedai makan untuk menarik orang berkunjung, sambil mereka makan
sambil membeli-belah? Atau lain-lain perkara yang tidak hanya terbatas kepada
penjualan pakaian yang hampir keseluruhnya berupa pakaian wanita belaka?
Saya harap
pihak-pihak berkuasa kerajaan Negeri Kelantan, seperti MPKB atau pihak SUK dari
masa ke masa dapat mengatur progrem memantau keadaan perniagaan di bazar-bazar
ini dan merangka cara-cara untuk lebih memajukannya? Di bidang inilah salah
satu cara di mana kerajaan Negeri patut menghulurkan bantuan kerajaan yang
wajar kepada rakyat Kelantan, bukan semata-mata berupa bantuan kewangan,kalau
dihulurkan?
Kita tidak
boleh memkasa orang membeli, tapi kita boleh membuat orang ramai terpaksa hadir
ke sesuatu tempat. Dan dengan melihat-lihat barang-barang yang dipamerkan di
situ, mungkin menarik perhatian mereka untuk berbelanja sekadar kemampuan
mereka.
Dalam
perjalanan pulang ke Pasir Tumbuh, kami singgah di Wakaf Che Yeh dengan tujuan
untuk mencari sedikit barang-barang keperluan. Tapi oleh sebab waktu tengah
hari berdiri, pasar Wakaf Che Yeh masih belum dibuka, kecuali pasar ikan. Hanya
ada satu atau dua buah kedai di dalamnya yang dibuka, kecuali kedai-kiedai yang
terletak di bangunan yang berjajar berhadapan jalan besar- KB-Gua Musang semuanya
di buka untuk perniagaan.
Pada sebelah
petangnya anak saya, Arham Zaini menaiki bas untuk ke Kuala Terengganu, kerana
dia ada acara sebelah malamnya. Kemudian pagi besoknya, hari Selasa dia akan
meneruskan perjalanan ke Kemamam untuk urusan kerja di sana sebelum balik ke
Kuala Lumpur dengan kereta kawannya selepas tugas selesai. Beliau menaki bas
yang teketnya telah kami beli terlebih dahulu di Perhentian Bas SKMK, di Kota
Bharu. Bas bertolak pukul 5.30 petang. Tapi kira-kira pukul 6.30 beliau
memberitahu saya, menerus telefon bas yang dinaikinya itu terpkasa ditukar
kepada bas lain di Kubang Kerian. Walau bagaimana pun oklah tu. Aslkan selamat
sampai di Kuala Terengganu pukul 8.30 malam untuk menghadiri majlis pukul 9.00
malam.
Tiba-tiba
menjelang pukul 8.30 malam saya menerima telefon dari anak saya itu memberitahu
bas yang dinaikinya itu mengalami kerosakan lagi di Chalok, kira-kira 34 kilo meter
dari Kuala Terengganu. Enjin bas berasap berkelo-kelo. Mujur tak terbakar atau
meletup. Bas diberhentikan di kakwasan hutan yang tidak ada kampung atau kedai.
Penumpang-penumpang semua turun menunggu di bawah.
Arham Zaini menunggu bas hendak bertolak
Menurut pemandu yang kurang mesra alam itu, mereka kena tunggu bas baru datang mengambil mereka. Bas dari mana tidak pula diberitahu. Saya beritahu anak saya, kalau bas dari Kuala Terengganu, tidak lama menunggu, tapi kalau bas baru itu dari KB akan mengambil masa dua jam lebih baru sampai. Walau bagaimanapun tidak apa yang dapat mereka buat hanya sabar menunggu. Kebanyakan daripada penumpang adalah kaum wanita, dan bersama mereka ada pula kanak-kanak dan bayi. Kasihan mereka tersadai di situ.
Kita hanya boleh merancang, tapi segala ketentuanya hanya di tangan Allah. Dialah Maha Penentunya.
Kira-kira pukul
12.30 tengah malam, anak saya telefon memberitahu bas ganti telah sampai
dari Kota Bharu. Pada masa itu itu hampir separuh daripada penumpang telah
tiada di ambil keluarga mereka dengan motokar. Mereka semua tentu kelaparan,
kerana masih belum makan malam. Tapi bas yang datang tidak membawa apa-apa pun,
walaupun segelas kecil air sejuk atau seketul kecil roti. Bas hanya bawa batu. Kalau naik keretapi
KTMB kalau kereta api terkandas lama seperti itu mereka akan sediakan makanan pengalas
perut Nuntuk para penumpang yang terkandas. Apakah pihak Bas Tran Nasional tidak pernah
memikirkan keselesan dan kebajikan para penumpangnya dalam keadaan seperti itu?
Apakah perkara kecemasan seperti ini
tidak ada dalam agenda mereka?
Anak saya baru
sampai ke hotel penginapannya kira-kira pukul 2.00 pagi, kira-kira 4.00 pagi
baru boleh tidur, kena bangun sembahayang subuh, kemudian kira-kira pukul 7.00
pagi kena tertolak ke Kemaman. Bayangkanlah keadaannya.
Pada akhirnya sekali
lagi saya berharap, kerajaan negeri walaupun telah menyediakan kemudahan tempat untuk
rakyatnya berniaga, tapi wajar juga kiranya pihak kerajaan turut memikirkan
untuk mencari jalan membantu memajukan perniagaan rakyatnya itu, supaya tidak mati
kekeringan, seperti cicak kering yang mati tersepit di celah pintu. Menggalakan
pelancong berkunjug ke Kelantan satu hal, tapi menggalakan pelancong hadir ke
sesuatu tempat yang wajar mereka pergi atau kunjungi, satu hal lain pula. Apa
yang kelihatan hari ini, kebanyakan peniaga-peniaga itu tidak mampu untuk
mencari jalan untuk mempromosikan dagangan mereka?
Janganlah
dibiarkan peniaga-peniaga kecil di Kota Bharu itu mati kekeringan kerana
tersepit di celah-celah arus perniagaan yang berkembang pesat di negeri ini.
Jangan dibiarkan mereka mati merana. Hidup segan mati tak mahu.
0 comments:
Post a Comment