ROBERT LOUIS STEVENSON YANG TIDAK DAPAT DITUMPAS
>> Monday, February 24, 2014
ROBERT LOUIS
STEVENSON YANG TIDAK DAPAT DITUMPASKAN
“Robert Louis Stevenson, dengan kerapuhan
fizikalnya menyebabkan dia uzur hampir di sepanjang hayatnya, enggan untuk
membiarkan penyakitnya itu menguasai hidupnya ataupun kerjanya sebagai seorang penulis
besar. Cahaya mata hari, kekuatan, kesegaran, tenaga kelakian memancar dari
semangatnya, dan aliran arus kekuataannya itu mengalir di sepanjang baris yang
pernah ditulisnya. Kesusasteraan dunia menjadi tidak terukur kekayaannya kerana
Stevenson enggan menyerah kalah kepada kecacatan akibat penyakitnya. Berapalah ramai daripada nama orang-orang besar dunia yang menjadi
besar walaupun [dan kadang-kadang kerana] mereka cacat.”! Dorothy Carnegie.
ROBERT LOUIS STEVENSON adalah salah seorang pengarang besar dunia. Berbangsa Skot.
Karya-karyanya terus popular hingga ke hari ini. Walaupun sakit sejak kecil
lagi, tapi beliau tetap gigih berkarya dan menghasilkan karya-karya yang
termasyur dalam kesakiktannya itu.
Di zaman
persekolahan dulu, ketika berada di Tingkatan Satu, salah sebuah buku teks
dalam bidang English Literature ialah Terassure Island. Hasil karya Robert
Louis Stevenson. Kini saya sudah lupa kandungan ceritanya, selain daripada
peristiwa dalam kisah itu berlaku di sebuah pulau.
Saya tertanya-tanya
kenapa buku Treassure Island yang dipilih jadi buku teks? Siapakah penulisnya,
Robert Louis Stevenson itu? Saya tidak dapat menjawabnya, sehinggalah saya
keluar dari maktab beberapa tahun kemudiannya, dan menghabiskan banyak masa saya
dengan meminjam, membeli dan membaca buku-buku.
Kemudian saya tahu, Treassure Island adalah salah sebuah
karya besar dalam sastera Eropah dan pengarangnya Robert Louis Stevenson adalah
seorang pengarang yang termasyur bukan sahaja di Barat tapi juga di seluruh
dunia.
Selain itu ada
beberapa buah karya lagi yang termasyur hingg ke hari ini yang dihasilkan oleh
beliau. Karya-karya itu ialah Kidnapped, Strange Case of Dr. Jekay dan Mr.
Hyde.
Sebenarnya beliau menghasilkan banyak karya-karya yang masih popular
sehingga sekarang. Tidak sepeti sesetengah penulis, hanya menjadi termasyur
selepas kematian mereka, tapi Robert Louis Stevenson menjadi termasyur sejak
hayat beliau masih ada lagi di mana beliau menjadi sanjungan masyrakat.
Karya-karya beliau, bukan saja popular di kalangan orang awam, para pembaca,
tapi juga disanjug oleh kaum penulis sendiri.
Sehingga ke hari ini beliau adalah salah seorang daripada dua puluh enam
orang penulis termasyur yang karyanya diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai
bahasa dunia. Saya rasa saya pernah melihat Treassure Island terjemahan dalam
bahasa Indonesia lama dulu.
Beliau menerima pendidikan awal di Mr. Henderson’s School, yang terletak di India Street, Edinburgh. Tapi selepas beliau beberapa minggu menduduki bangku persekolahan, beliau terpakasa meninggalkan sekolah kerana kesihatannya tidak mengizinkan beliau belajar. Sementara itu beliau terus belajar dengan guru persendirian, kemudian datang semula menyambungkan pelajarannya ke sekolah yang sama pada tahun 1859. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajarannya ke University of Edinburgh pada tahun 1867 dan lulus sebagai seorang peguam.
Walaupun lulus
undang-udang, tapi beliau tidak pernah menjadi peguam, sebaliknya menghabiskan usianya
denga menulis dan kembara dari setempat ke setempat. Di antara sebabnya beliau
suka kembara, ialah kerana kesihatannya yang buruk, di samping mencari ilham
untuk menulis.
Walaupun dalam
keadaan terbaring sakit beliau tetap berkarya di atas ranjangnya. Beliau
meninggal dunia dalam usia 44 tahun pada tahun 3 Disember 1894 di Kepulauan
Valima Samoan. Dia mati akibat penyakit batuk kering, atau mungkin juga kerana
penyakit bronkitis. atau juga sacoidosis.
Pada hari akhir
hayatnya itu beliau sedang bercackap-cakap dengan isterinya yang sedang membuka
sebuah botol arak. “Apa itu?”, beliau bertanya isterinya, “Adakah muka saya
kelihatan luar biasa?”. Kemudian dia terus jatuh. Dan beberapa jam kemudian
menghembuskan nafasnya yang akhir..
Beliau dilahirkan
pada 13 Nobember 1850, oleh ibunya Margaret Isabella Balfour [1829-1897], dan
papanya Thomas Stevenson, seorang
jurutera rumah api, di Edinberg, Scotland. Selepas kelahirannya beliau
dinamakan Robert Lewis Balfour Stevenson
Dari keluarganya itu beliau mewarisi sejenis penyakit yang tidak boleh
tahan dengan cuaca sejuk. Dalam iklim sejuk, beliau akan mengalami batu-batuk
dan demam-demam teruk yang berpanjangan sebagaiamana dialaminya sejak masih
kanak-kanak lagi. Justeru beliau memerlukan iklim yang hangat untuk hidup sihat dan selesa.
Penyakit warisannya itu ditanggungnya hingga sampai ke usia tua,
menyebabkan tubuhnya menjadi kurus melidi. Mayatnya dikebumikan di di atas
sebuah tanah tinggi yang berhadapan dengan laut lepas. Atas kuburnya ditulis
beberapa baris puisi “Requieny”, sebagaimana sering di mintanya.
Puisinya itu dalam bahasa Inggerisnya berbunyi begini:
Under the wide and starry sky,
“Dig the grave and let me lie
Glad did I live and gladly die
And I laid me down with a will.
Thus be the verse you grave for me:
Here he lies where he longed to be
Home is the sailor, home from sea,
And the hunter home from the hill”.
Demikian Robert Louis
Stevenson seorang tokoh penulis yang terkemuka. Beliau yang tidak pernah ditewaskan
oleh penyakit yang dialaminya sejak kanak-kanak lagi. Beliau berjaya
menghasilkan karya-karya yang dikagumi oleh dunia kesusateraan. Mereka yang
mengikuti detik-detik hidupnya akan mengkagumi kecekalan dan kesabaran beliau
menghadapi penderitaan penyakit, sambil terus juga berkarya.
Dorothy Carnegie Rivkin,
sorang penulis dan pakar motivasi yang terkenal penah menyanjung Robert Louis
Stevenson sebagaimana saya kutip kenyataan singkatnya di atas. Izinkanlah saya
perturunkan sekali lagi kata-kata beliau sebagai perangsang kepada kita semua,
tanpa mengira golongan penulis atau tidak dalam usaha untuk mencari kehdupan:
“Robert Louis Stevenson,
dengan kerapuhan fizikalnya menyebabkan dia uzur hampir di sepanjang hayatnya,
enggan untuk membiarkan penyakitnya itu menguasai hidupnya ataupun kerjanya
sebagai seorang penulis besar. Cahaya mata hari, kekuatan, kesegaran, tenaga
kelakian memancar dari semangatnya, dan aliran arus kekuataannya itu mengalir di
sepanjang baris yang pernah ditulisnya. Kesusasteraan dunia menjadi tidak
terukur kekayaannya kerana Stevenson enggan menyerah kalah kepada kecacatan
akibat penyakitnya. Berapalah ramai
daripada nama orang-orang besar dunia yang menjadi besar walaupun [dan
kadang-kadang kerana] mereka cacat.”! Dorothy Carnegie.
0 comments:
Post a Comment