Selfie Kegemaran Memotret Diri Sendiri

>> Wednesday, January 8, 2014





SELFIE, KEGEMARAN MEMOTRET DIRI SENDIRI


Kim Kardahian


Dulu-dulunya, kalau kita hendak memotret gambar diri kita, kita terpakasa menggunakan khidmat tukang pukul atau ambil gambar.

Kita terpaksa pergi ke kedai gambar, atau jemput mereka datang ke sesuatu tempat, seperti majlis perkahwinan.

Atau kalau kita ada kamera, pada masa itu jarang orang memiliki kamera, kerana harganya tidak murah seperti hari ini, kita minta tolong sahabat-sahabat kita, atau siapa sahaja memukul atau mengambil gambar kita.

Tapi kalau si pengambil gambar itu, tidak tetap tangannya, terketar-ketar, gambar atau foto tak akan menjadi, menjadi blur atau kabur atau bergoncang.

Kemudian bila kamera yang mempunyai pemetik automatik diperkenalkan, pemilik-pemilik kamera, tdak perlu meminta pertolongan orang lain lagi untuk mengambil gambar dirinya. 
Caranya mudah sahaja, pertama pastikan tempat yang hendak dipukul gambar itu, letakkan kamera dihadapan sejauh yang perlu, kemudian petik pemetik automatik kamera, lalu kita berlari ke hadapan kamera dan mengambil posisi di mana kita telah tetapkan terlebih dahulu, kemudian kamera yang telah dipetik itupun berkelik sendiri merakam gambar.

Cara ini ada risikonya. Mungkin wajah kita tidak tertera dalam gambar, atau gambar kita kabur, kerana kita tidak sempat mengambil posisi  dengan baik sebagaimana yang telah kita tetapkan terdahulu. Kecacatan inipun hanya diketahui selepas filem atau negatif dicuci.

Pada permulaannya kamera dulu menggunakan negatif  hitam putih sahaja, kemudian filem warna pula. Sesebuah foto yang diambil, hanya tahu menjadi atau tidak menjadi, goncang  atau tidak goncang setelah filem dicucui. Yang mencucinya ialah tukang gambar khusus yang mempunyai bilik gelap.

Barack Obama


Bila dicuci, menjadi atau tidak menjadi, upahnya mesti dibayar juga, antara 30 sen atau 50 sen dan sebagainya. Dua kali kerugian, pertama rugi harga membeli filem dan kedua rugi upah cuci.

Demikian juga yang berlaku ketika filem warna diprkenalkan. Setelah foto dipukul, negatif yang dkeluarkan dari kamera lalu  dibawa ke kedai gambar dan dicuci. Selesai dicuci, kita kena membayar harganya, baik foto itu menjadi atau tidak menjadi.

Kemudian timbul pula kamera digital, di mana filem atau negatif tidak perlu lagi digunakan. Gambar-gambar yang telah dipukul boleh dipilih terlebih dahulu sebelum dicuci, kemudian semua gambar-gambar itu boleh disapu atau dibuang dari kamera jika tidak dikehendaki,

Selepas itu muncul  pula telefon kamera yang berfungsi sebagai alat telefon bimbit dan juga boleh mengambil gambar sebagai kamera biasa dan sebagainya.

Berikutnya muncullah kegemaran memotret gambar diri sendiri yang dapat dilakukan dengan gampang menerusi telefom bimbit yang amat meluas pengunaannya hari ini di seluruh dunia. Biasanya gambar-gambar itu dikirim kepada orang-orang lain, saudara mara, sahabat handai malah juga masyarakat awam yang tidak dikenali secara peribadinya di alam maya.




Pop Benediktus XVI sedang berselfie



Foto-foto itu dihantar lewat internet menerusi was-sapp, face book, twitter dan sebagainya yang terdapat kemudahannya di di laman sosial, alam maya.

Kegemaran memotret diri sendiri amatlah digemari dan boleh merupakan satu kegila-gilaan dalam alam maya hari ini.

Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang awam atau biasa, tapi juga oleh tokoh-tokoh terkenal dalam bidang kerohanian, budaya, politik, koporat  dan sebagainya.

Tokoh-tokoh politik setakat yang diektahu  suka memotret diri sendiri ialah Presiden Amerika, Barrack Obama, Perdana Menteri Inggeris, David Cameron dan Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmid.

Di samping itu pemimpin tertinggi agama Katholik dunia, Paderi Francis, yang dikenali dengan panggilan Paderi Benediktus XVI, sering kelihatan berselfie dengan peminat-peminatnya di seluruh dunia, khususnya mereka datang menemuinya di kota Vatikan. Selain itu dia dilaporkan mempunyai akaun Twitternya sendiri.

                                                                     
Tujuan utamanya ialah mempromosikan agama Katholik, dan memperkukuhkan agama itu di seluruh dunia, di samping melakukan aneka kempen yang lain.

Bintang-bintang hiburan yang termasyur juga tidak kekurangan suka memotretkan diri sendiri atau selfie untuk dikirimkan kepada pablik, terutama kepada peminat-peminat mereka di seluruh dunia. Antara mereka ialah Justin Bieber, Rihanna dan Kim Kardashian.

Mengikut sejarah, orang yang pertama menggunakan kamera untuk memotretkan dirinya sendiri ialah Amastasisa Nikolavena, seorang ramaja, puteri Kaisar Russia pada tahun 1904. Ia dipercayai menggunakan cermin untuk memotret gambarnya, dan gambar itu untuk dihantarkan kepada teman lelakinya.

Justeru itu jika kita berada di sesuatu majlis awam ataupun tertutup sejak kebelakangan ini, kita akan dapat melihat ramai orang sedang memotretkan diri mereka sendiri dengan telefon bimbit mereka. Kemudian gambar-gambar itu mereka kirimkan ke menerusi whatsApp, ke face book, dan twitter dan sebagainya untuk ditonton oleh orang sesiapa sahaja yang memperolehi aksesnya.

Justin Bieber



Selfie ialah sepatah perkataan yang baru sangat muncul. Ia merupakan kependekan daripada perkataan Self Potrait. Perkataan Selfie telah dipilih sebagai “kata tahunan” atau ‘word of the year” oleh Kamus Oxford.

Anda mungkin merupakan salah seorang daripada orang yang suka memotretkan diri anda atau selfie seperti itu. Kemudian mengirimkan foto-fotonya menerusi laman sosial internet kepada keluarga anda, saudara mara, sahabat handai anda, rakan-rakan anda, kumpulan anda, dan sebagainya. Ratusan malah mungkin ribuan foto telah anda kirimkan di malam maya. Tapi ingatlah walaupun anda tidak dilarang berbuat demikian, tapi anda hendaklah berhati-hati dalam penggunaanya, supaya anda tidak terlajak dalam perbuatan anda, seperti mengirim gambar-gambar anda dalam keadaan yang tidak senonoh yang akhirnya boleh menjeratkan diri anda sendiri dalam mala petaka yang tidak diundang. Tegasnya janganlah biarkan diri anda atau orang-orang yang anda sayangi, termasuk dalam golongan yang gila bersilfie sehingga jatuh cinta dengan diri anda sendiri dan seterusnya membinasakan diri anda.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP