TUN GHAFAR BABA DAN HUTANG MARA
>> Saturday, January 18, 2014
Allahyarham
Tun Ghafar Baba bekas Timbalan Menteri Malaysia dalam masa Dr. Mahathir
Mohammed sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu daripada 10 Mei 1986 hingga 15
Oktober 1993.
Sebelum itu, beliau yang dilahirkan pada 18 Febuari 1925 telah menyandang berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan dan banyak menabur jasa kepada bangsa dan negara.
Antara jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau ialah sebagai
Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi MARA yng pertama. Beliau memegang jawatan
tersebut daripada 1 September 1967 sehingga 31 Oktober 1971.
Sepanjang masa tersebut beliau telah berjaya mengasaskan penubuhan Kolej
MARA pada tahun 1971.
Beliau juga berjasa sebagai pengasas Institut Kemahiran MARA, Yayasan Pelajaran MARA, dan Institut Teknologi
MARA, sekarang Universiti Tekonologi MARA atau UiTM.
Beliau meninggal dunia 23 April 2006 meninggalkan begitu besar jasanya
kepada anak watan tercinta.
Semasa mula-mula menyandang jawatan Pengeusi MARA itu beliau berdepan
dengan problam-problam hutang yang melengkari badan tersebut. Ketika berucap di
Parlimen beliau telah menyebut mengenai hutang lapuk pada waktu itu yang terpaksa ditanggung
oleh MARA sebanyak RM600,000.
Ucapan beliau itu telah mendapat liputan media masa waktu itu. Ini
berdasarkan salinan kenyataan akhbar beliau yang membetulkan ketidaktepatan laporan
yang dibuat oleh Strait Times Berita Harian tentang ucapan beliau itu.
Kanyataan akhbar beliau itu menonjolkan beberapa perkara penting yang masih
relevan hingga ke hari ini. Justeru kita siarkan salinan kenyataan akhbar itu
yang ditujukan kepada Pengarang Straits Times dan Berita Harian dan salinannya
kepada Ahli-ahli Parlimen.
Untuk memudahkan anda mengikuti kandungan kenyataan akhbar beliau itu maka di sini kami salinkan sepenuhnya untuk direnung bersama.
MAJLIS AMANAH RA’YAT
Ibu Pejabat MARA
Tingkat 8,
Bangunan MARA,
Kuala Lumpur.
30hb. April, 1968
Pengarang
Staits
Times dan Berita Harian,
Kuala
Lumpur.
Tuan,
Kenyataan
di Surat Khabr
Saya percaya berita yang terkeluar dalam surat khabar tuan pada 30. 4. 1968
berkenaan dengan ucapan saya kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat berhubung dengan
perkara mengeluarkan wang pinjaman MARA
itu akan menimbulkan silap faham kepada orang ramai terutama sekali kepada Ahli-ahli
Dewan Rakyat sendiri.
2. Saya tidak sekali-kali ada membuat tuduhan mengatakan hutang RM600,000
yang tidak dapat dipungut itu disebabkan oleh buatan Ahli-ahli Dewan Wakyat
seperti yang disiarkan itu. Hutang lapuk sebanyak RM600.000 itu ialah hutang
dari semenjak 10 tahun dahulu dan tidak
ada sebab saya hendak menyalahkan
Ahli-Ahli Parlimen yang ada sekarang kerana tidak ada sangkut pautnya. Saya pun
baru sahaja 7 bulan bertugas di dalam MARA dan tentulah saya tidak
bertanggung jawab atas hal yang berlaku 10 tahun dahulu. Saya hanya sekadar menyatakan kebimbangan
saya dan cuba mengelakkan supaya hal yang demikian tidak berlaku pada masa akan
datang.
3. Apa yang sebenarnya berlaku dalam perjumpaan itu ialah saya telah menceritakan
bagaimana kesulitan MARA sewaktu menimbangkan pemohon-pembohon yang hendak
meminjam wang dari MARA. Saya adalah mengalu-ngalukan Wakil-Wakil Rakyat yang
selalu berusaha bagi menolong orang ramai
datang bertemu saya bagi memberikan sokongan atas pinjaman mereka. Saya telah menerangkan dalam
pertemuan saya dengan Wakil-wakil Rakyat
supaya jangan berkecil hati jika
saya tidak dapat meluluskan pinjaman itu, kerana MARA terpaksa menghalusi
permintaan itu dengan teliti dan jika
didapati permohonan itu tidak patut diluluskan, maka permintaan itu adalah
ditolak. MARA terpaksa mengambil sikap seperti ini kerana MARA tidak mahu
berlaku lagi seperti mana yang telah lalu di mana lebih kurang RM600.000 wang
yang dipinjamkan telah tidak dapat dipungut.
4. Jika hal yang seperti itu berlaku lagi, tidak dapat tidak MARA akan
menerima kecaman daripada orang ramai ataupun di dalam Dewan-Dewan Undangan.
5. MARA juga adalah menggalakkan usaha-usaha Wakil-wakil Rakyat yang selalu
datang berunding dengan pehak MARA bagi mencari jalan yang sesuai apabila MARA
mengambil tindakan hendak mengutip balek wang pinjaman itu. Sesetengah rayuan
yang dibuat oleh Ahil-Ahli Dewan Rakyat itu adalah berpatutan dan munasabah
dan dapat diterima oleh MARA. Seterusnya saya menerangkan kepada Ahli-Ahli
Parlimen yang hadir dalam perjumpaan itu supaya tidak merasai tersinggung apabila MARA mengambil tindakan yang tegas
pada akhirnya apabila
peminjam-peminjam tidak taat di
atas seperti yang dicadangkan oleh Ahli
Parlimen. MARA terpaksa berbuat begitu
kerana wang pinjaman yang diberi oleh MARA
itu adalah wang daripada orang ramai.
6. Demikianlah isi kandungan ucapan yang telah saya keluarkan kepada
Ahli-Ahli Parlimen yang menemui saya itu. Dengan ini saya berharap tidaklah
berbangkit apa-apa keleliruan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan
Undangan Negeri. Terima kasih.
Yang benar
[Tada tangan Ghafar Baba]
Abdul Gfafar b Baba
Pengerusi MARA.
Salinan kepada: YB Ahli-Ahli Parlimen.
xxxxxxxx
Kesimpulan
Daripada kenyataan akhbar Tun Abdul Ghafar Baba itu dapatlah dibuat
beberapa kesimpulan untuk menjadi renungan bersama, khususnya kepada mereka yang
bertanggungjawab dalam agensi-agensi kerajaan dalam memberi pinjaman kepada
orang ramai.
a. Kejadian salah lapor atau laporan tidak tepat media masa memang berlaku dari masa ke masa. Cuma adakah
salah lapor itu disengaja atau tidak disengajakan. Kalau disengajakan apakah
tujuannya?
b. Kenyataan akhbar beliau itu menunjukan beliau perihatin dengan masalah hutang yang
ditanggung oleh MARA dan berharap perkara yang sama tidak akan berulang lagi di
zaman beliau memegang jawatan Pengerusi MARA.
c. Ahli-ahli politk, wakil-wakil rakyat, ada memain peranan dalam membuat
sesuatu pemohonan kepada pehak berkuasa untuk menjamin kejayaannya, khususnya
dalam membuat sesuatu permohonan untuk berhutang daripada agensi-agensi
kerajaan, seperti MARA.
d. Beliau bimbang jika perkara seperti itu berulang lagi, MARA akan mendapat kencaman
daripada orang ramai yang akan merasa tidak puas hati dengan cara pengurusan
MARA dalam memberi hutang kepada orang ramai yang layak diberikan pinjaman,
kerana wang yang dipinjamkan itu adalah wang rakyat.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment