BUAH HULU GULUNG

>> Wednesday, August 1, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BUAH HULU GULUNG



Sukatannya



15 biji telur ayam



½ kati gula pasir



1 tin jim



1/3 kati tepung gandum



Sedikit essence of rose



Peraturan Memasaknya



Pukul kuning telur sahaja sampai naik. Masukan tepung dan kacau hingga sebati. Bubuh pula essence of rose, kacau hingga rata baunya.



Setelah itu dibakar dalam acuan yang besarnya 12 inci, supaya kuih itu nipis. Apabila masak, angkat dan keluarkan kuihnya, serta sapu pula dengan jim di atasnya.



Kemudian gulung, dan biarkan sejuk barulah dipotong.



Cara potong:



1.Potong serong-serong



2.Potong panjang dua inci



3,Potong panjang satu inci.



Pilih yang mana suka.


xxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN



T.”Nasib malang selalunya masuk menerusi pintu yang dibiarkan terbuka untuknya”-Pepatah.



I.”Orang bijaksana melihat nasib malang yang menimpa orang lain apa yang patut dijauhinya”-Syrus.



T.”Seorang yang bijaksana sepatutnya mempunyai wang dalam kepalanya, dan bukan dalam hatinya”-Swift.



I.”Bila wang bercakap kebenaran akan menyepi”-Pepatah Rusia.



K.”Jalan yang paling singkat untuk melakukan banyak perkara ialah melakukan hanya satu perkara pada suatu masa”-Cecil.



M.”Cara akan mengajar untuk memenangi masa”- Goethe.



E.”Lurus dan jujur itu bagus, tapi jangan jadi “lurus bendul”-Pepatah Melayu.



N.’Makin dekat dengan tulang, makin manis daging”-Pepatah Inggeris.



U.”Beritahu saya apa yang anda makan, saya akan beritahu siapakah anda”-Brillat.



N.”Seseorang patut makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan”-Franklin.



G.”Awal ke tempat tidur, awal bangkit, membuat seorang lelaki sihat, kaya dan bijaksana”-Franklin.



A. ”Awal pagi ada emas dalam mulutnya”-Franklin.



N.”Budi bahasa yang benar memancar daripada menyukai dan bertimbang rasa terhadap orang lain. Kita memegang pintu kerana kita benci ia akan tertutup balik dan mencederakan orang yang mengekor di belakang kita. Kita menunggu giliran kita kerana kita tidak ingin mengambil hal orang kasar yang menolak dalam barisan kerana ingin berada di hadapan kita. Kita mendengar orang lain, kerana kita suka mendengar orang lain bercakap”-Ahli jiwa.



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP