Laitul Qadar:Bila Bagaimana Melayannya.

>> Friday, August 10, 2012


LAITUL QADAR:BILA DAN BAGAIMANA MENGISINYA?

------------------------------------------------------------------



Pada setiap bulan Ramadan kita umat Islam dikunriakan dengan suatu malam yang begitu agung, iaitu malam Laitul Qadar, yang dikurniakan khusus oleh Allah S. W. T. kepada Rasulullah s.a.w. dan umatnya.



Allah berfirman:



1.“Sesunggunya Kami telah menurunkannya [a-Quran] pada malam al-Qadr.



2.Tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu?



3.Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.



4.Pada malam itu turun para malaikat dan roh [Jibril] dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.



5.Sejahteralah [malam itu] sampai terbit fajar”. Al-Qadr:1-5.



Dua perkara penting yang selalu kita ingin ketahui mengenai Laitul Qadar, ialah bilakah ianya turun dan bagaimanakah cara yang wajar kita menyambutnya supaya kita dikurniakan Allah S.W.T. dengan ganjaran-ganjaran kurnia yang dijanjikan-Nya untuk mereka yang berusaha untuk mendapatnya pada malam tersebut khasnya, dan sepanjang bulan Ramadan amnya.



Untuk tujuan tersebut di sini kita pungut pendapat Allahyarham USTAZ HAJI HASAN BIN HAJI IDRIS untuk dikongsi bersama pada bulan yang mulia ini sebagaimana terdapat dalam sebuah risalah beliau yang diedarkan secara percuma beberapa tahun yang lalu. Semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya.

___________________________________________________________



Bilakah Laitul Qadar berlaku?



“Bagi menjawab soalan malam manakah akan jatuh Laitul Qadar di antara malam-malam dalam Bulan Ramadan? Eloklah dirujuk kepada Hadis-hadis berikut:



1.Hadis Muslim riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu katanya:”Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku diperlihatkan dalam tidur tentang Laitul Qadar kemudian aku dijagakan oleh seorang daripada isteri-isteriku lalu aku lupakannya, iaitu dalam lingkungan sepuluh malam baki daripada Bulan Ramadan”.



2.Hadis Mauta’ riwayat Abu Sa’id Al-Khudri Radhiallahu’anhu katanya Rasulullah beriktikaf pada sepuluh malam pertengahan bulan Ramadan, apabila Baginda berada pada malam dua puluh satu Baginda bersabda,”Barangsiapa telah beriktikaf bersamakku hendaklah ia terus beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir, sesungguhnya pada malam ini aku diberitahu tentang Laitul Qadar, kemudian aku terlupa, aku lihat diriku sujud di atas tanah basah pada pagi harinya, maka hendaklah kamu berusaha dapatkan dia pada malam-malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dan malam-malam yang gasal, kata Abu Sa’id malam itu turun hujan dan Masjid Nabi s.a.w. yang beratapkan pelepah-pelepah tamar bucur membasahkan tanah masjid, setelah sembahayang subuh pada pagi dua puluh satu Ramadan itu saya ternampak kesan tanah basah terlekat di dahi Rasulullah s.a.w.”.



3.Hadis Bukhari dan Muslim riwayat Siti ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Tuntutlah malam Laitul Qadar itu pada malam-malam sepuluh terakhir dari Bulan Ramadan”.



4.Hadis Mauta’ riwayat Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Carilah Laitul Qadar pada malam-malam tujuh terakhir, pada kali yang lain Abdullah bin Umar berkata: Sahabat-sahabat diperlihatkan dalam mimpi mereka malam Laitul Qadar iaitu malam-malam tujuh terakhir dari bulan Ramadan lalu Rasulullah bersabda kepada mereka:”Sesungguhnya aku nampak mimpi-mimpi kamu sepakat pada malam-malam tujuh terakhir dari Bulan Ramadan, maka sesiapa hendak menuntutnya tuntutlah pada malam tujuh terkahir itu”.



5.Hadis Al-Tirmizi riwayat “Aisyah Radhiyallahu ‘anha katanya Rasululllah s.a.w. beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir dan bersabda,“Tuntutlah Laitul Qadar pada malam-malam sepuluh terakhir”.



6.Hadis al-Tirmizi riwayat Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhuma katanya: Saya tidak cari malam Laitul Qadar dengan sesuatu, sebab saya dengar daripada Rasulullah s.a.w. melainkan pada malam-malam sepuluh terakhir, kerana saya dengar Baginda bersabda,”Tuntulah Laitul Qadar pada malam dua puluh satu, pada malam dua puluh tiga, pada malam dua puluh lima, pada malam dua puluh tujuh dan pada malam dua puluh sembilan, kata perawi Hadis: Abu Bakar Radhiyallahu ‘anhuma ini mengerjakan sembahayang dua puluh malam dalam bulan Ramamdan seperti sembahayang-sembahayang sunat yang biasa dilakukan sepanjang tahun, bila masuk sahaja malam dua puluh satu beliau mengerjakan sembahayang sunat dengan bersungguh-sungguh”.



7.Hadis diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhah bahawa Rasulullah s.a.w. biasanya pada malam-malam sepuluh terakhir bulan Ramadan membangunkan isteri-isterinya supaya mengerjakan ibadat bersungguh-sungguh”.



Dan banyak lagi Hadis-hadis mengenai persoalan ini, tetapi cukuplah dengan kadar yang tercatat di sini.



Bagaimana Mengisi Malam Litul Qadar?



Mengenai soalan kedua bagaimana hendak mengisi malam Laitul Qadar? Jawabnya mudah sahaja, tapi pelaksanaannnya agak sukar kepada orang-orang yang lemah iman, kurang semangat hendak berkorban masa dan bersifat malas dalam perkara ibadat, walaupun disebut kepadanya Hadis yang bermaksud barangsiapa mendirikan atau menghidupkan malam Laitul Qadar dengan penuh iman dan harapan mendapat balasan dan keredaan akan diampun dosanya yang telah lalu, atau dsebut kepadanya amal ibadat dalam Laitul Qadar pahalanya lebih baik daripada beribadat seribu blan.



Hanya orang-orang yang kuat iman dan merasa kelazatan beribadat serta sentiasa hendak mencari keuntungan pahala di sisi Allah atau pendekatan dirinya dengan Allah sahaja akan berusaha bersuggguh-sungguh membanyakkan sembahayang sunat, membaca al-Quran, berdoa dan lain-ain zikir serta banyak bersedekah dalam sepanjang bulan Ramadan, di antara doa yang selalu diajar oleh Rasulullah kepada isterinya ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, suka memaafkan, maka maaflah kepadaku”, dan bila menjelang dua puluh satu Ramadan dilipatgandakan ibadat-ibadat dengan harapan memperolehi Lailatul Qadar yang berkat dan paling menguntungkan di hari kemudian.



Sebelum berlakunya malam Laitul Qadar tidak ada siapa yang mengetahui bila akan berlaku? Melainkan Allah jua, tetapi Hadis-hadis yang disebutkan di atas menggalakkan kita menuntut Laitul Laitul Qadar pada malam-malam gasal sepuluh malam terakhir daripada bulan Ramadan, tidak ada tada-tanda yang tepat pada malam Laitul Qadar selain daripada yang disebut oleh sesetengah ulamak bahawa biasanya suasana tenang dan suhunya sederhana, tidak sejuk sangat dan tidak panas sangat.



Walau bagaimanpun Hadis-hadis Nabi s.a.w. ada menyebut tanda-tanda pada keesokan hari bagi Laitul Qadar, tegasnya tanda-tanda selepas berlaku Laitul Qadar iaitu cahaya mata hari yang baru terbit itu tidak becar dan tidak menyilaukan mata melihatnya.



Kesimpulannya



1.Masa sangat bernilai, hendaklah diisi dengan kerja-kerja yang menguntungkan kita di dunia dan diakhirat.



2.Laitul Qadar adalah satu kurnia istimewa dikhususkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya.



3.Kelebihan Laitul Qadar amat besar, dan rugilah orang-orang yang tidak berusaha mendapatnya.



4.Laitul Qadar berlaku setiap tahun dalam bulan Ramadan, dan banyak Hadis-hadi menunjukkan berlaku pada malam gasal sepuluh terakhir.



5.Orang-orang yang menuntut Laitul Qadar digalakkan beriktikaf di masjid, banyak sembahayang sunat malam, memabca al-Quran, berzikir, berdoa dan bersedekah serta tidak tinggal berjemaah sembahayagn Isa’ dan Subuh. Wabillahi taufik wassalam.



ENDPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP