BENGKENG ROTI

>> Sunday, August 12, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________



[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BENGKANG ROTI



Sukatannya



1 biji roti



4 biji telur



1 cawan susu [ santan boleh juga].



Gula seberapa yang cukup atau pun anggaran dua sudu.



PeratuRan Memasaknya



1.Roti direndam dalam susu



2.Telur dipukul



3.Hancurlan roti kemudian gaul bersama-sama gula lalu tuangkan telur.



4.Bakar hingga kuning.



xxxxxxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN



T.”Orang bodoh mungkin menyulam bajunya dengan emas, namun ia masih tetap baju si bodoh”-Rivaryl.



I.”Sebuah kehidupan yang dihabiskan dengan bernilai patut diukur dengan perbuatan-perbuatan, bukannya dengan tahun-tahun”-Sheridan.



T.”Dunia ini bumi kematian, yang akan datang itulah bumi kehidupan”-Tryon Edwards.



I.”Katakan siapa kawanmu, kemudian aku akan katakan siapa sebenarnya kamu”-Imam al-Ghazzali.



K.”Undian sepatutnya ditimbang bukan dikira”-Schiller.



M.”Minda timbul menyempit sejajar dengan jiwa yang tumbuh kotor”-Rousseau.



E.”Falsafah adalah seni kehidupan”-Plutarch.



N.”Garis lurus itu lebih singkat kepada moral daripada di dalam ilmu matamatik”-Maria Edgeworth.



U.”Pemberontakan menentang kezaliman adalah kepatuhan kepada Tuhan”-Franklin.



N.”Kehidupan indah yang ada di sekeliling kita adalah panggilan hakiki untuk memperolehi kebahagian”.Dr.’Aidh Bin’ Abdullah Al-Qarni.



G.”Hati mempunyai alasan-alasan di mana alasan tidak memahaminya”-Rossuet.



A.”Perbuatan-perbuatan yang baik itu berdering jelas sampai ke langit seperti sebuah loceng”-Richter.



N.”Kita mesti belajar mencintai hidup, mesti belajar untuk hidup dengan bersemangat. Anda tidak boleh membenci hidup dan mencintainya mengikut sebagaimana anda fikirkan. Jika anda terus menerus memberitahu diri anda bahawa hidup ini sukar, hidup ini berat, benda-benda menjadi buruk, anda telah pergi terlalu jauh untuk membawa keputusan tersebut.



Hanya orang bodoh sahaja akan berkata hidup ini tidak mempunyai sebarang kesulitan. Hidup ini penuh dengan kesukaran, kesakitan dan ketakutan. Tapi orang yang menghadapi kesulitan-kesulitan ini dengan semangat yang tidak terbatas dan mengetahui bahawa Tuhan bersamanya, adalah orang yang berjaya mengatasinya”-Cr.Norman Vincent Peale.



ENDPr.Pr.Pr.Pr.End


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP