BANGKIT BULAN BINTANG

>> Friday, August 10, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].


BANGKIT BULAN BINTANG



Sukatannya



1 cawan teh tepung gandum



2 cawan teh sagu



2 cawan teh gula pasir [tumbuk halus]



5 biji telur ayam



Sedikit essence of rose.



Peraturan Memasaknya



Pukul telur dengan gerpu sampai naik. Masukkan essence of rose lalu kacau hingga rata baunya.



Campurkan sagu, gula, lalu ayak. Sirama tepung itu dengan telur yang sudah dipukul. Gaya menyiram itu hendakah sedikit-sedikit sampai basah tepung itu.



Kemudian hulilah sampai lembut, serta canai atas bangku tebalnya suku inci. Kemudian terapkan dengan terap “bulan bintang”. Kelilingnya sepit dengan penyepit kuih.



Setelah itu bakarlah di dalam acuan yang bersapu minyak kelapa, apinya atas bawah adanya.



TITIK MENUNGAN



T.”Tingkah laku adalah cermin di mana setiap orang boleh menayang bayangnya”-Goethe.



I.”Darah lebih pekat dari air”-Pepatah.



T.”Orang bodoh bercakap dengan lidahnya, orang bijaksana bercakap dengan hatinya”-ILHAM.



I.”Jasmani yang sihat adalah sebuah kamar tamu untuk jiwa, jasmani yang sakit adalah sebuah penjara”-Racon.



K”Sebuah buku yang bermutu adalah sahabat-sahabat yang baik, untuk hari ini dan juga untuk selama-lamanya”-Tupper.



M.”Sesetengah buku untuk dirasa, sesetengah buku untuk ditelan, dan sedikit benar buku untuk dikunyah dan dicerna”-Bacon.



E.”Orang bodoh bangga dengan lidahnya; orang bijaksana menderita kerana otaknya”-ILHAM.



N.”Rahsia kejemuan ialah amalan bercakap segala-galanya”-Voltaire.



U.”Orang yang berada di atas perniagaannya mungkin pada suatu hari mendapati perniagaannya berada di atasnya”-Drew.



N.”Hidup bukan bilangan tahun dan nilainya bukanlah berapa emas bertumpuk. Hidup adalah pendirian dan kepercayaan. Konsekuensi dari pendirian dan kepercayaan ialah perjuangan. Berhenti berpendirian, lalu berhenti berjuang, nescaya berhentilah hidup. Walau badan masih di dunia, walau nafas masih turun naik”- HAMKA.



G.’Jika anda hendak membudayakan seorang manusia, mulailah dari datoknya”-Victor Hugo.



A.”Jika orang miskin tidak selalunya mendapat daging, orang kaya pula tidak selalu dapat mencernanya.”-Giles.



N.”Dalam pandangan manusia biasa, Tuhan adalah yang Maha Kuasa atas alam ini. Kepada-Nya-lah kita memohonkan apa yang kita hajati. Tetapi seorang sufi memandang bahawa Tuhan ialah hakikat dan kekuatan. Kekuatan dan tenaga itulah yang menjadi sumber gerak-geri hati manusia, bahkan gerak-geri alam”-HAMKA.



ENDpR.Pr.Pr.Pr.Pr.End



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP