Hari Terbuka'Aidilfitri
>> Saturday, August 25, 2012
HARI TERUKA ‘AIDILFIRTRI
Sudah menjadi tradisi yang turun dalam masyarakat kita kunjung mengunjungi rumah sanak saudara, atau jiran tetangga setiap kali hari raya tiba. Baik Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa, dengan tujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.
Dalam kunjungan yang singkat itu, kalau masih ada ruang, dapatlah kita bertanya khabar, bercerita dan mendengar cerita, sambil makan dan minum yang disediakan oleh tuan rumah khusus untuk hidangan para tamu raya.
Biasanya kerana kesuntukan waktu, kita undang sanak keluarga dan sahabat handai berkunjung dan beraya di rumah pada hari tertentu yang kita tetapkan sempenan hari raya, menyedikan hidangan-hidangan khas untuk para tetamu yang datang, baik yang diudang atau tidak diundang.
Majlis seperti itu dikenali dengan nama “Hari Terbuka” untuk para tamu datang berhari raya dan menikmati juadah yang kita sediakan.
Berbagai-bagai jenis hidangan disediakan mengikut pilihan masing-masing, biasanya hidangan-hidangan istimewa yang berat atau yang ringan, baik makanan tradisonal atau pun moden.
Kanak-kanak sangat suka menghadiri majlis “Hari Terbuka”, kerana mungkin dapat bertemu dengan kawan-kawan lama dan juga yang baru, dapat bermain-main, dan menikmati makanan yang disedikan dan juga akan dihuurkan sampul hari raya yang khas untuk mereka ketika hendak pulang nanti.
Sesusngguhnya sudah tentu hidangan-hidangan yang kita sediakan itu dengan penuh keikhlasan, tanpa dengan niat untuk berbangga-bangga atau bermegah-megah diri, untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan kita sebagai orang yang berada.
Justeru itu hidangan-hidangan itu kita sediakan dengan sewajarnya mengikut kemampuan dan keikhlasan kita untuk menyenangkan hati para tetamu yang berkunjung sempena hari raya itu.
Sudah tentu di majlis tersebut kita mengambil kesempatan untuk bermaaf –maafan antara satu sama lain baik kita sebagai tamu atau tuan rumah, saling doa mendoakan demi untuk kebajikan bersama. Semoga kekal dalam iman, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bahagia di dunia dan berbahagia di akhirat.
Seperti orang lain juga, setiap kali menjelang hari raya kami mengadakan “Majlis Terbuka” untuk sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga yang sudi berkunjung ke rumah. Ia sembutan tradisi yang telah dijalankan oleh isteri saya sejak kami mendirikan rumahtangga berpuluh-puluh tahun dahulu lagi, dan kini tradisi itu diteruskan oleh anak-anak kami setiap kali tiba hari raya yang mulia.
Alhamdulillah ramai juga tetamu yang sudi berkunjung pada hari itu yang diadakan pada hari hari Khamis, hari raya ‘Aidilfitri yang kelima.
Seperti biasa majlis yang sederhana itu diuruskan oleh anak-anak, menantu dan keluarga mereka.
Selamat sejahtera untuk semua. Semoga puasa sebulan di bulan Ramadan yang lalu member kesan yang sungguh bermakna pada hati dan jiwa kita untuk menjadi manusia yang lebih mantap iman dan lebih bertakwa kepada Allah dalam menjalani hidup sehari-hari di masa-masa yang akan datang.
Amin.
END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd
0 comments:
Post a Comment