PELUM KEK

>> Saturday, August 4, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________

[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



PELUM KEK



Sukatannya



32 camca besar mentega



32 camca besar gula pasir



48 camca besar tepung gandum



4 biji telur ayam



1 camca teh tepung kayu manis



1 camca teh bikin powder



50 biji kismis kecil



560 biji kismis kasar



20 camca halwa kundur.



Peraturan Memasaknya



Pukul gula dengan mentega sampai naik.



Pukul telur dengan gerpu sampai naik. Campurkan dengan mentega yang sudah dipukul dan kacau.



Campurkan tepung gandum, kayu manis, kismis kecil dan besar, halwa kundur, bikin powder lalu digaul.



Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega serta kacau hingga sebati. Setelah siap bakarlah dalam acuan bulat. Adanya.



xxxxxxxxxxxxx


TITIK MENUNGAN



T.Rahsia kejayaan ialah beterusan dalam matlamat”-Disrareli.



I.”Pengakuan terhadap kerja-kerja buruk merupakan langkah pertama kepada permulaan kerja-kerja baik”-Augustine.



T.”Pengakuan adalah langkah pertama untuk bertaubat”-Edmund Gayton.



I.”Pengakuan terbuka adalah baik untuk jiwa”-Pepatah Scot.



K.”Burung sebulu berkumpul sama”-Pepatah Barat.



M.”Pakaian pinjam tak sedap duduk”-Pepatah Barat.



E.”Mentega itu emas di waktu pagi, perak di waktu tengah hari dan timah di waktu malam”-Pepatah Barat.



N.”Kadang-kadang diam itu jawapan”-Pepatah Arab.



U.”Bila hati luka mata menangis”-Pepatah Arab.



N.”Kebahagian itu mesti diusaha bukannya anugerah”-ILHAM.



G.”Mereka boleh menawan kepada mereka yang berfikir mereka boleh”-Dryden.



A.”Masyarakat dibina di atas kepercayaan”-South.



N.”Beradab sopanlah kepada semua, tapi rapat hanya sedikit, dan biarkan yang sedikit itu diuji dengan sebaik-baiknya sebelum anda memberi kepercayaan kepada mereka”-Washington.



End.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP