SERI KAYA KELAPA MUDA

>> Sunday, August 5, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



SERI KAYA KELAPA MUDA



Sukatannya



½ biji kelapa muda



2 biji telur ayam


11/2 kati gula kelapa



½ kati tepung gandum



2 helai daun pandan



½ biji kelapa



PERATURAN MEMASAKNYA



1.Kelapa muda dipotong halus-halus dan direndam dengan air sejuk.



2.Telur dipecah dan dipukul dengan gula melaka serta dibubuhkan daun pandan bersama-samanya.



3.Ambil santan kelapa, campur dengan telur tadi, kemudian ditapis.



4.Lepas itu baru masukkan tepung dan kacau supaya jangan berbiji-biji lalu dikukus, hampir masak, masukkan kelapa muda tadi, kemudian dikukus hingga masak.



xxxxxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN



T.”Jika anda telah membina istana-istana di atas angin, usaha anda itu tidak perlu hilang; di situlah sepatutunya istana-istana itu berada. Sekarang binalah tapak di bawahnya”-Thoreau.



I”Orang yang bijaksana tidak percayakan telur-telurnya ke dalam sebuah raga”-Cervantes.



T.”Jangan minum apa-apa pun tanpa melihatnya, jangan tandatangan sesuatu pun tanpa membacanya”-Pepatah Perancis.



I.”Tengok sebelum anda melompat, lihat sebelum anda pergi”-Tusser.



K.”Dunia adalah suatu pemandangan yang berubah-ubah, untuk tetap bersama dengan semula jadi adalah tidak menepati”-Cowley.



M.”Tidaklah luar biasa walaupun cinta kita berubah-ubah bersama dengan perubahan nasib kita”-Shakespeare.



E.”Bukan semua ikan boleh dipancing dengan umpan lalat”-Pepatah Barat.



N.””Semua orang tidak boleh dapat nomber satu belaka”-Pepatah Barat.



U.”Tidak semua orang jadi ketua belaka”-Pepatah Barat.



N.”Sedekah dan derma tidak pernah membuat seorang itu papa”-Pepatah Barat,



G.”Jika anda ingin mengetahui nilai wang, pergi dan cubalah pinjamkan sedikit wang-orang yang pergi meminjam pergi kepada kedukacitaan”-Franklin.



A.”Hutang adalah lautan yang tidak berdasar”-Carlyle.



N.”Seorang kanak-kanak lelaki lebih menyusahkan daripada dua belas orang kanak-kanak perempuan”-Pepatah Barat.



EndPr.Pr.Pr,Pr,Pr,Pr,PrEnd

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP