PUDING ROTI

>> Saturday, August 11, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________



[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



PUDING ROTI



Sukatannya



3 buku roti



3 paun susu cair



5 biji telur ayam



½ kati gula



1 camca teh essence of vanila.



Peraturan Memasaknya



Telur dan gula dipukul sampai naik. Campur essence of vanila hingga rata baunya.



Buang kulit roti itu ambil isinya sahaja,lalu rendam dengan susu hingga kembang.



Campurkan adunan telur itu ke dalam roti, rendam lalu dikacau kuat-kuat hingga hancur roti.



Setelah itu bakarlah dalam acuan yang bersapu dalamnya dengan mentega, adanya.



TITIK MENUNGAN



T.”Orang yang kolot ialah orang yang terlalu pengecut untuk berlawan dan terlalu gemuk untuk berlari”-C. Hubbard.



I.”Tuhan telah memerintah masa untuk memujuk yang tidak bahagia”-Joubert.



T.”Untuk meningkatkan minda, kita sepatutnya kurang belajar daripada merenung”-Descartes.



I.”Kita memang wajar berpuas hati dengan apa yang kita miliki, bukannya dengan keadaan kita”-Mackintosh.



K.”Nikmatilah hidup anda tanpa membandingkanya dengan hidup orang lain”-Condorcet.



M.”Diam adalah satu seni yang agung dalam perbualan”-Hazlitt.



E.”Makin kurang manusia berfikir, makin banyak mereka bercakap”-Montesquieu.



N.”Agama, baru lekat dalam hati kalau dia dikerjakan dengan penuh perhatian. Bukan hanya semata-mata mengerjakan pekerjaan rutin sebagai gerak-geri yang kaku”-HAMKA.



U.”Perbualan adalah makmal dan bengkel kepada pelajar”-Emerson.



N.”Sesungguhnya seorang mukminah yang berada di sebuah rumah beratap rumbia, dengan roti dan gandum, air dari teko, namun bersamanya ada mushaf dan tasbih adalah lebih bahagia daripada wanita yang hidup di apartmen yang tinggi dengan bilik-bilik mewah, namun dia tidak mengenal Tuhannya, tidak berzikir mengingati-Nya dan tidak mengikut sunnah Rasul-Nya”-Dr. Aidh bin abdullah al-Qarni.



G.”Anda boleh memperbodohkan sesetengah orang di sepanjang masa, kepada semua orang dalam sedikit masa, tapi anda tidak dapat memperbodohkan semua orang di sepanjang masa”-Lincoln.



A.”Saya lebih suka menderita tewas daripada mempunyai sebab untuk malu dari kemenangan”-Quintus Curtius.



N.”Yang dipandang pada kemajuan hidup ini bukanlah kulit, tetapi ialah apa yang mendorongnya. Kalau kemajuan hidup ini kian lama hanya menimbulkan cemas, takut, gelisah dan berlumba memperturutkan hawa nafsu dan syahwat, maka apa yang dikatakan zaman kemajuan itu ialah kemajuan kepada kebiadaban. Kemjuan biadab yang diberi hiasan dengan radio, telivisyen dan gambar-gambar telanjang dari bintang-bintang filem, yang menerbitkan selera”- HAMKA.



ENDPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP