ANAK RAJA BERENDAM

>> Monday, August 13, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________



[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



ANAK RAJA BERENDAM



Sukatannya



1 cawan isi durian masak yang baik



1 biji telur ayam



1 cawan kelapa atau lebih sedikit



1 sudu besar susu pekat



1 sudu besar tepung gandum



Peraturan Memasaknya



Durian diletak dalam pinggang/bekas yang dalam dan dikukus.



Telur, gula dan santan disatukan dan dipukul sampai sebati.



Kemudian dituang di atas durian yang dikukus tadi.



Kukus sekali lagi hingga masak, adanya.



xxxxxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN

T.”Jika anda menyerah kepada keputusan, anda tidak akan dapat berbuat sesuatu pun dan tidak akan dapat meraih kebahagiaan”-Dr.’Aidh Bin’ Abdullah al-Qarni.



I.”Lebih necral untuk mati daripada untuk lahir”-Bacon.



T.”Mati adalah anak kunci keemasan yang membuka pintu ke tempat yang abadi”-Milton.



I.”Sentiasalah lakukan apa yang anda takut untuk melakukannya”-Emerson.



K”Perbuatan adalah buah-buahnya, kata-kata hanya daun-daun”-Shakespeare.



M.”Berikan saya tangan yang telah bersedia daripada lidah yang telah bersedia”-Garibaldi.



E.”Apa itu kekalahan? Tidak ada apa-apa, tapi ia pendidikan, tidak ada apa-apa, tapi langkah pertama kepada sesuatu yang lebih baik”-Wendell Philips.



N.”Kalah tidak sepatutnya menjadi sumber kekecewaan, tapi lebih kepada perangsang yang segar”-South.



U.”........Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat, tidak akan musnah dari dunia”-Lincoln.



N.”Kekotoran itu bukan kekotoran, tapi sesuatu dalam tempat yang salah”-Lord Palmerston.



G.”Mengambil ubat selalunya semata-mata membuat suatu penyakit baru untuk menyembuhkan atau menyembunyikan penyakit lama”-Cplton.



A.”Sesetengah pengubatan lebih parah daripada penyakit”-Syrus.



N.”Lebih baik dicemburi daripda dikasihini”-Herodotus.



END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP