SERUNDING DAGING
>> Monday, August 6, 2012
MASAK DAN MENUNG
__________________________________________________________
[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].
SERUNDING DAGING
Sukatannya
1 kati daging
1 biji kelapa parut
1 sudu teh lada solah
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
4 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
Sedikit gula melaka
Garam secukupnya
1 cawan minyak kelapa.
Peraturan Memasaknya
1.Bersihkan daging dan potong seruas jari.
2.Giling semua rempah dan gaulkan daging itu dengan rempah dan kelapa juga.
3.Panaskan minyak dan gorenglah hingga kering.
xxxxxxxxxxxxx
TITIK MENUNGAN
T.”Bila kekayaan hilang; tidak ada apa yang hilang. Bila kesihatan hilang, sesuatu yang hilang. Bila tingkah laku hilang, segala-segalanya hilang”-Anon.
I.”Pembinaan tingkah laku bermula ketika kita masih bayi dan berterusan hingga kita mati”-Puan Franklin D.Roosevlet.
T.”Jika anda ingin mencipta sesuatu, anda hendaklah jadi sesuatu”-Goethe.
I.”Jika anda menanam lalang, anda tidak akan menuai padi. Tapi jika anda menanam padi, mungkin lalang juga yang tumbuh”-ILHAM.
K.”Orang bujang ialah orang yang menikmati perburuan tapi tidak pemburuannya”-Anon.
M.”Peminjam ialah orang yang meminjamkan anda sekaki payung ketika cuaca baik dan mengambilnya kembali bila hujan”-Anon.
E.”Hidup ini sperti ombak, pasang dan surut. Tidak sentiasa pasang dan tidak sentiasa surut, kerana pasang surut itulah ombak”-ILHAM.
N.”Idea-idea seperti janggut, manusia tidak mendapatnya sebelum dewasa”-Gartfield.
U.”Imaginasilah yang memerintah bangsa manusia. Imaginasilah yang memerintah dunia”-Napoleon.
G.”Seseorang sepatutnya mempunyai ingatan yang baik bila ia telah menceritakan satu pembohongan”- Corneille.
A.”Kita lebih baik mati di atas kaki daripada di atas lutut”-Franklin D.Roosevelt.
N.”Hidup ini sentiasa dikelilingi oleh kelaparan dan kedahagaan. Kebanyakan manusia dengan lahap menghilangkan dahaga dengan meneguk air dunia sesuka hatinya dengan melupakan air akhirat-akibatnya mereka seperti minum air laut, menjadi mabuk bukan sahaja kerana tidak pernah puas, tapi bertambah kedahagannya. Sebab air dunia ini memang memancar untuk manusia, tapi manusia itu sendiri untuk air akhirat”-ILHAM.
EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd
0 comments:
Post a Comment