BUAH HULU PERMAISURI

>> Tuesday, July 31, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BUAH HULU PERMAISURI



Sukatannya



4 biji telur ayam



2 cawan teh gula pasir



1 cawan suku teh tepung gandum



1 camca kismis



1 camca besar halwa kundur yang sudah diracik



1 camca buah pisang kaki sudah beracik



2 camca besar mentega



½ cawan minyak sapi



Sedikit biking powder.



Peraturan Memasaknya



Pukul telur dengan gula sampai naik.



Campurkan mentega dan minyak sapi, kacau hingga sebati.



Campurkan tepung gandum, kismis, halwa kundur, buah pisang kaki, lalu digaul.



Kemudian masukkan ke dalam adunan telur, kacaulah hingga bersatu.



Masukkan pula biking powder dan kacau. [kalau suka bubuh juga enssence of rose].



Kemudian bakar dalam acuan bulat.


xxxxxxxxxxxxxxx



TITIK MENUNGAN



T.”Yakinkan kejayaan, selalunya mendorongkan kejayaan yang sebenarnya”-Sigmund Freud.



I.”Manusia adalah apa yang dia fikirkan mengenai sepanjang hari”-R.W.Emelson.



T.”Kerja adalah penyembuh besar kepada semua jenis penyakit dan penderitaan yang pernah menimpa kemanusiaan-kerja yang ikhlas’- Thomas Carlyle.



I.”Harap yang terbaik, tapi bersedialah untuk yang terburuk”-Pepatah Inggeris.



K.”Pengharapan dan ketakutan tidak dapat dipisahkan. Tidak ada pengharapan tanpa ketakutan dan tidak ada ketakutan tanpa pengharapan”-La Rochefoucauld.



M.”Kepada yang sakit, jika masih hidup, masih ada harapan”-Cicero.



E.”Hidup ini seperti mengemudi perahu kecil di tengah seggara luas, kalau tidak waspada akan karam dalam pelayaran dilambung ombak dan gelombang”-ILHAM.



N.”Hidup ini tidak begitu penting, sebagaimana pentingnya mengetahui tujuan hidup ini”-ILHAM.



U.”Harapan adalah mimpi yang berjalan”-Aristotle.



N.”Kedukacitaan tidak ada obat lain selain dari pengharapan”-Shakespere.



G.”Anda tidak dapat meletak harapan yang besar ke dalam jiwa yang kerdil”-J.L.Jones.



A.”Hati-hatilah dengan sihir, ia boleh mengubah: orang tolol jadi cerdik, dan orang cerdik jadi bodoh”-ILHAM.



N.”Tidak ada siapa yang boleh membuat anda takut. Jika ketakutan masuk, andalah yang membenarkan ia masuk. Ingatlah anda hanya boleh hidup satu minit dalam satu masa, tanpa mengira apa yang berlaku. Dan satu minit ini boleh dilebarkan menjadi satu jam, dan kemudian kepada satu hari. Hapuskan ketakutan anda dengan memecahkan hidup anda kepada unit-unit yang boleh diuruskan, kemudian ambillah satu unit untuk satu masa”-John H. Crowe.



End.Pr.Pr,Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP