SAMBAL SERUNDING
>> Monday, July 30, 2012
MASAK DAN MENUNG
__________________________________________________________
[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].
SAMBAL SERUNDING
Sukatannya
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
4 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
Belacan sedikit
1 biji kelapa
Asam sebesar ibu jarinya
Garam dan gula ikut rasa
1 kati daging
Peraturan Memasaknya
1.Jintan putih, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan belacan digiling sampai halus.
2.Daging dibasuh dan dihiris halus-halus.
3.Kelapa dibuang kulit arinya dan diparut.
4.Campurkan barang-barang yang digiling tadi dengan daging lalu diperah asam anggaran semangkuk airnya serta masukkan garam dan gula.
5.Setelah itu campurkan kelapa parut tadi, dikacau hingga bersatu lalu digoreng dalam kuali hingga kuning.
XXXXXXXXXX
TITI MENUNGAN
T.”Hiduplah dengan bahaya. Terimalah perkara sebagaimana dia datang. Jangan merungut, dan semuanya akan jadi selamat”-R.W.Emerson.
I.”Peperangan dimenangi dalam hati- dan mesti seperti itu jugalah dengan anda”-Field Marshall Viscount Montogomery.
T.”Dalam perjuangan, kalau terpaksa jatuh, lebih baik jatuh tersemban ke hadapan, daripada jatuh terlentang ke belakang, kerana jatuh ke hadapan lebih dekat dengan garis penamat perjuangan”-ILHAM.
I.”Jangan bimbangkan tentang pencen atau gaji. Buatlah keputusan apa yang hendak dilakukan, dan laksanakanlah”-Air Marshall Sir Geoffery Tuttle.
K.”Jika anda berada dalam tempat yang sukar dan semuanya bergerak menentang anda, tapi jangan menyerah kalah sehingga nampaknya anda tidak lagi dapat bertahan walau pun seminit, kerana itulah satu-satunya tempat dan masa di mana perubahan akan berlaku”-Harriet Beecher Stowe.
M.”Tidak ada kerajaan yang mungkin bertahan dengan penentangan tidak berdarah seluruh rakyat”-M.Ghandi.
E.”Keselamatan sesebuah negara adalah undang-undang tertinggi”-Justinian.
N.”Seluruh kerajaan mengandungi seni berlaku jujur”-Thomas Jefferson
U.”Orang yang akan memerintah orang-oang lain, pertama sekali mesti pandai memerintah diri sendiri”-Philip Massenger.
N.”Sebaik-baik pemerintah ialah yang mengajar kita memerintah diri sendiri”-Goethe.
G.”Kita tidak pernah ditipu; kita menipu diri kita sendiri”-Goethe.
A.”Sudah pasti lelaki dilahir untuk menipu, dan wanita untuk mempercayai mereka”-Gay.
N.”Cinta seperti bayang-bayang; engkau kejar dia lari, dan engkau lari dia kejar; tapi kalau engkau berhenti berlari dan berhenti mengejar, engkau akan kehilangan nikmat cinta”-ILHAM.
End.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd
0 comments:
Post a Comment