Resipi Biskut Mekah
>> Wednesday, July 25, 2012
MASAK DAN MENUNG
__________________________________________________________
[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].
BISKUT MEKAH
Sukatannya:
2 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan gula halus
6 tahil minyak sapi.
Peraturan Memasaknya
1.Tepung digoreng lalu dicampur dengan gula.
2.Minyak sapi dipanaskan, kemudian dibancuh tepung ubi sampai lembut.
3.Canai nipis-nipis sedikit lalu dipotong.
4.Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah.
TITIK MENUNGAN
T.”Setiap karya agung pada mulanya tidak mungkin”-Thomas Carlyle
I.”Bertindaklah sebagaimana anda inginkan, dalam masa singkat anda akan menjadi sebagaimana anda bertindak”-Dr.George W.Crane.
T.”Kejayaan kita yang teragung bukannya kerana kita tidak pernah jatuh, tapi dalam bangkit kembali setiap kali kita jatuh”-Ralph Waldo Emerson.
I.”Manusia boleh mengubah hidupnya, dengan mengubah sikap pemikirannya”.William James.
K.”Tanamlah keyakinan dengan matlamat anda, dengan kerja anda, dan dengan diri anda, kemudian ceburilah dengan penuh semangat”.Milton Wright.
M.”Tabiat tidak dapat diempar menerusi tingkap. Tapi mesti dipujuk turun anak tangga selangkah pada suatu waktu”-Mark Twain.
E.”Orang yang takut gagal membataskan aktiviti-aktivitnya. Kegagalan hanya peluang lebih bijakksana untuk memulakan sekali lagi”-Henry Ford.
N.”Salah satu perkara yang paling penting setiap orang patut dididik di sekolah ialah bagaimana untuk bersama manusia”.Wilfred Funk.
U.”Tahyul Warna:
“ Biru itu benar
Kuning itu cemburu
Hijau itu abai
Merah itu bongkak
Putih itu cinta
Dan hitam itu maut”.
N.”Semua parti politik mati pada akhirnya kerana menelan pembohongannya sendiri”-John Arbuthnot.
G.”Anda boleh membuktikan segala-segalanya dengan angka-angka”-Carlye
A.”Setiap manusia ada harganya”-Sir Robert Walpole
N.”Makin besar pendapatan, makin sukar untuk hidup dengannya”-Whately.
EndPr.Pr.Pr.Pr.End
0 comments:
Post a Comment