PUDING NANAS
>> Thursday, July 26, 2012
MASAK DAN MENUNG
__________________________________________________________
[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].
PUDING NANAS
Sukatannya:
2 biji nanas
3 biji teluar ayam
3 tahil gula pasir
1 tahil tepung gandum
Setengah tin susu
Sedikit essence of rose
Peraturan Memasaknya
Nanas itu dikupas, dibasuh dengan air garam, kemudian dibasuh pula dengan air. Setelah itu dibungkus dengan kain jarang, perahlah hinggga kering airnya.
Telur, gula dipukul sampai naik. Campurkan susu serta kacau hingga sebati. Campur pula tepung kacau lagi hingga sebati.
Masukkan nanas, kacau kuat-kuat dan bubuh essence of rose, kacau hingga rata.
Setelah itu dibakar, apinya atas bawah, adanya.
TITIK MENUNGAN
T.”Lelaki membuat salah kerana mementingkan diri sendiri; wanita membuat salah kerana mereka lemah”-Madam De Stael.
I.”Buku-buku salinan memberitahu kita “berbuat salah adalah manusia”.Tapi itu salah. Berbuat salah bukannya manusia”-Phillip Brookes.
T."Orang muda fikir orang tua bodoh; tapi orang tua tahu, orang muda adalah bodoh"-George Champman
I.”Menyepak dua kali batu yang sama adalah sebuah peribahasa yang memalukan”-Cicero.
K.”Orang yang berhati-hati jarang membuat salah”-Conculcius.
M.”Sungguh memalukan! Manusia menyedari dia menyayangi sesuatu setelah dia kehilangan sesuatu; dia menyedari dia mengasihi seseorang setelah ketiadaan seseorang”-ILHAM.
E.”Anda boleh katakan bukan “semua mungkin”, kecuali dalam politik”-ILHAM
N.”Kesalahan adalah kekuatan yang memadukan manusia bersama; kebenaran menghubungi manusia bersama hanya dengan perbuatan-perbuatan yang benar”. Tolstoy.
U.”Orang tua akan mimpikan impian-impian; orang muda akan melihat visi”- Joel.
N.”Kerana miskin, aku hanya memiliki mimpi-mimpiku”.W.B.Yeats.
G.”Makan untuk menyenangkan diri anda sendiri, tapi berpakaian untuk menyenangkan orang lain”.Franklin.
A.”Politik itu serba boleh”-ILHAM.
N.”Marah itu punca penyesalan”.HUKAMA.
EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd
0 comments:
Post a Comment