Resipi Kuih Som-som

>> Monday, July 23, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan huruf jawi yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].


KUIH SOM-SOM


Sukatannya:


1 camca tepung



1 camca kelapa



1 camca garam



½ gula Melaka



Peraturan Memasaknya



1]Masak santan sampai panas apabila sudah panas campurkan tepung dan garam serta kacau baik-baik sampai rata dan pekat.



2]Kemudian dituang ke dalam mangkuk dan dibiarkan sampai sejuk sementara itu campur gula melaka dengan air dan masak sampai pekat.



Titik-titik Fikiran Untuk Dimenung



T.”Haiwan-haiwan adalah sahabat-sahabat yang menyenangkan-mereka tidak bertanya apa-apa dan tidak melemparkan kritikan”- George Eliot.



I.”Keldai tidak membanggakan keturunannya dan tidak juga menghrapkan turunan yang akan datang”-Ingkrosoll.



T.”Manusia menunjuk keunggulannya di luar; tapi haiwan di dalam”- Pepatah Rusia.



I.”Bukan semua yang berkilau itu emas”- Cervantes.



K.”Wanita itu kelihatan seperti mentega, tidak cair dalam mulutnya”-Swift.



M.”Jangan percaya separuh apa yang anda lihat dan jangan percaya sedikit pun apa yang anda dengar”- Dinah Mulock Craik.



E.”Seorang lelaki jangan telan kepercayaan lebih daripada yang dapat dicernanya”- Havelock Ellis.



N.”Tukarlah keseronokan anda, tapi jangan tukar sahabat-sahabat anda”- Voltaire.



U.”Kekayaan membuat sahabat, kesusahan menghakimkannya”- Anon.



N.”Peluang membuat ibu bapa kita, tapi pemilihan membuat sahabat-sahabat kita”. Delille.



G.”Ada tiga sahabat yang setia: isteri yang tua, seekor anjing tua dan wang yang telah tersedia”-Franklin



A.”Mereka yang kehilangan seni untuk hidup ialah mereka yang tidak dapat mencari sahabat baru”-S.Weir Mitchell.



N.”Kebanyakan manusia menghayati hidup dengan melakukan sebahagian pembunuhan diri sendiri- mereka membinasakan bakat semula jadi mereka, mebinasakan tenaga mereka, dan membinasakan nilai-nilai kriatif mereka. Sesungguhnya untuk belajar berlaku baik pada diri sendiri itu selalunya lebih sukar daripada belajar untuk berlaku baik pada orang lain”-J.Loth Leibman.


EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP