Betis:Menjaga Betis Secara Tradisional

>> Thursday, July 12, 2012



KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



BETIS: MENJAGA BETIS SECARA TRADISONAL



Andainya anda pernah turun ke sawah atau ke bendang waktu padi sedang tumbuh menghijau dan berada di hujung musim untuk berbuah, dan djika anda perhatikan, anda akan nampak batang-batang padi itu di bahagian sebelah atasnya membengkak, dan dari bengkak-bengkak itulah nanti akan keluar tangkai-tangkai padi yang digayuti buah-buahnya.



Keadaan batang padi yang membengkak itu bentuknya seperti betis manusia, dan cantik pula rupanya, itulah yang dikatakan bunting padi. Justeru itu, betis-betis manusia, khususnya betis wanita yang dikatakan cantik itu , seperti “bunting padi”. Anda kena lihat sendiri bagaimana bunting padi itu, barulah anda dapat menggambarkan bagaimana cantiknya rupa bentuk betis yang dikatakan “bunting padi” itu.



Justeru, sekali sekala, ketika balik kampung, dan pada musim padi sedang hendak berbuah, anda turun ke sawah di petang-petang hari, waktu mata hari mulai hendak masuk ke peraduannya di ufuk barat, perhatikan panaroma di sekeliling, beburung sedang berterbangan pulang, langit bersewan dengan warna warni, batang-batang padi meliok-lintok dihembus angin pentang yang nyaman segar, membelai daun-daun padi yang batang-batangnya sedang membunting,….. Allah Maha Kaya.



Adakah betis anda secantik bunting padi itu? Betis adalah anggota yang berisi atau berdaging, yang terletak di sebelah bahagian bawah badan, tempatnya di antara buku lali dan lutut di bahagian sebelah belakang, sementara anggota di bahagian hadapannya dipanggil tulang kering.



Biasanya manusia dan juga haiwan yang berkaki, mempunyai anggota yang dipanggil betis, kecuali monyet tidak berbetis.



Selain daripada menjadi anggota penghubung antara buku lali dan lutut, betis juga dipercayai dapat menggambarkan keadaan kesihatan seseorang.



Betis seseorang yang terlalu besar, tidak dianggap cantik, sebagaimana orang yang terlalu gemuk tidak diletakkan dalam kategori manusia yang dikatakan cantik, walau pun pada asal kejadiannya semua wanita adalah cantik belaka.



Justeru itu, sejak ke belakangan ini, betis manusia, terutama betis wanita, diadakan penjagaan yang tersendiri, supaya sentiasa kelihatan cantik dan tidak bermasalah. Dalam hal ini ada pula cara-cara tertentu untuk mengkuruskan betis yang gemuk, sebagaimana ada caranya yang tersendiri untuk mengkuruskan badan yang gemuk gedempol.



Seperti anggota-anggota badan yang lain juga, betis tidak terlepas daripada dtimpa oleh berbagai-bagai masalah yang boleh meresah dan membimbangkan tuan empunya betis. Bagi wanita, terutama yang mempunyai suami, amatlah perlu menjaga betis, seperti menjaga anggota-anggota badan yang lain, supaya sentiasa kelihatan anggun di mata suami tercinta.



Wanita-wanita Islam menjaga keindahan betis, tidaklah bertujuan untuk mempamerkan kepada orang ramai, kerana ianya merupakan sebahagian daripada aurat yang haram didedahkan kepada umum. Tapi hari ini masih ramai lagi wanita-wanita muda, yang mendedahkan betis mereka yang cantik gebu itu, kalau tidak semuanya, sebahagian daripadanya dengan memakai pakaian yang sengaja dibelah untuk memperlihatkan betis yang mempesonakan itu.



Jagalah betis anda, dan khusus untuk suami anda. Ada beberapa problam yang sering menimpa betis dan memerlukan perhatian yang sebaik-baiknya, supaya ianya tidak terus menjadi problam. Nenek moyang kita, ada mempunyai cara-cara yang tersendiri untuk menyelesai problam-problam betis itu, dan inilah sebahagian darinya yang dapat kita angkatkan untuk perhatian anda. Antara problam-problam yang biasa menimpa betis ialah bersisik, berkerasat, dan urat betis timbul.



-Air Beras Menghilang Sisik Betis



Betis kalau tidak dijaga boleh menjadi kering dan bersisik, yang menjijikkan jika dipandang.



Problam ini dapat diatasi dengan menggunakan air basuhan beras. Caranya dengan mengambil air beras basuhan pertama, masukkan ke dalam sebuah mangkuk.



Kemudian basuhkan seluruh betis yang bersisik dengan air tersebut hingga rata. Biarkan selama kira-kira lima belas minit, kemudian basuhlah dengan air biasa.



Amalkan sehingga sisik-sisik betis hilang.



-Buah Mengkudu Hilangkan Sisik Betis



Betis yang bersisik juga boleh dihilangkan dengan buah mengkudu. Ambil buah mengkudu masak, gosok-gosokkan ke seluruh betis yang bersisik, dan biarkan selama kira-kira lima belas minit, kemudian baru dibasuh betis dengan air biasa hingga bersih.



-Air Beras Menggebu Betis



Salah satu ciri kecantikan betis ialah kelihatan licin dan gebu. Untuk menggebukan betis, sapukan air beras basuhan yang pertama tadi ke seluruh betis, biarkan selama kira-kira lima belas minit, kemudian basuhlah dengan air biasa.



Amalkan selalu, insya-Allah betis akan kelihatan cantik menawan.



-Minyak Kelapa Melicin Betis



Untuk menambahkan lagi kelicinan betis supaya kelihatan cantik, setiap pagi selepas mandi, sapukan betis dengan minyak kelapa yang bermutu, asli dan tidak berbau tengit atau busuk.



Amalkan selalu.



-Hampas Nyur Pelicin Betis



Selain daripada minyak kelapa, hampas nyur atau hampas kelapa juga boleh digunakan untuk melicinkan betis.



Jika anda memerah santan kelapa, simpanlah hampasnya, kemudian gosok-gosokkan hampas kelapa itu ke seluruh betis anda.



Biarkan selama beberapa minit, kemudian bersihkanlah betis anda dengan air yang biasa.



Amalkan selalu, insya-Allah betis menjadi cantik.



-Kacang Hijau Menghilang Urat Betis



Kadang-kadang selepas bersalin, urat betis seseorang ibu akan timbul memanjang dari atas ke bawah yang boleh meruskakan kecantikan betis, terutama kalau urat-urat itu banyak yang muncul dan wanita itu pula berkulit putih.



Datok nenek kita ada meninggalkan petua untuk mengatasinya. Ambil segenggam kacang hijau yang bersih, rebus dengan air secukupnya sampai masak, tapi jangan sampai kulitnya pecah dan airnya habis kering.



Ambil segelas air rebusan kacang hijau itu dan makanlah bersama-sama dengan kacang itu.



Amalkan dua kali sehari, iaitu di waktu pagi dan malam, insya-Allah urat betis yang timbul itu akan hilang dan betis akan kembali cantik menawan.



Anggota betul-betul terletak di atas betis ialah lutut, sejenis anggota yang bersendi. Betis inilah antara anggota yang menjadi penghubung antara lutut dengan buku lali dan kaki di sebelah bawah sekali tempat menampung seluruh berat badan seseorang.



Seperti betis juga, lutut pun ada mempunyai masalah yang tersendiri yang perlu di atasi supaya sentiasa sihat dan cantik kelihatan.



Inilah petua-petuanya untuk mencantikkan lutut.



-Jambu Batu Menghialng Kedut Lutut



Ambil beberapa biji putik jambu batu. Asahkan jambu itu pada canai atau sebarang alat yang berkerasat atau kasar dan masukkan sedikit air ke dalamnya supaya tidak terlalu kering.



Sapukan bahan-bahan tersebut pada lutut yang berkedut-kedut itu, biarkan ia kering, kemudian baru dibasuh hingga bersih.



Amalkan selalu, insya-Allah lutut akan kelihatan cantik.



-Telur Menghilang Kedut Lutut



Ambil sebiji putih telur ayam, masukkan ke dalam sebuah mangkuk. Campurkan dengan satu sudu besar madu. Pukul keduanya hingga rata.



Kemudian sapukan bahan tersebut kepada lutut pada waktu malam, biarkan semalamam, dan pagi esok cucilah lutut itu.



Jagalah betis anda dengan sebaik-baiknya, kerana ianya merupakan sebahagian daripada anggota badani anda,yang perlu dijaga, dan jadikan ia sebagai titian untuk menyemarakkan kasih dalam sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.



Sekian.


EndPr.pr.pr.pr.PrEnd

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP