PUDING SUSU
>> Friday, July 27, 2012
MASAK DAN MENUNG
__________________________________________________________
[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].
PUDING SUSU
Sukatannya
2 biji telur ayam
1 camca gula pasir
1 camca besar susu pekat
1 camca teh essence of vanila
Peraturan Memasaknya
Campurkan telur dan gula lalu pukul sampai naik, masukkan susu, essence of vanila dan kacaulah hingga rata baunya.
Setelah itu kukuslah dalam acuan kecil-kecil, adanya.
xxxxx
TITIK MENUNGAN
T.”Suka berlelucon, ramai orang binasa kerananya-Fullers.
I.”Lelucon hilang tujuannya bila orang yang pertama ketawa ialah pembuatnya”-Shiller.
T.”Memang baik untuk membuat lelucon, tapi bukan menjadikan lelucon satu dagangan”-Fuller.
I.”Tidak ada kerja membuat orang gila, kecuali pekerja itu menggilai pekerjaannya”-ILHAM.
K.”Tidak ada kerja membuat orang sakit, kecuali pekerja itu membuat pekerjaannya sakit”-ILHAM.
M.”Banyak kata-kata yang benar diucapkan dalam lelucon”-Pepatah Inggeris.
E.”Lelucon orang kaya sesungguhnya berjaya”-Goldsmith.
N.”Orang cerdik mengaku dia tidak pandai, hanya orang bodoh mendakwa dia bijak”_ILHAM.
U.”Empat perkara kepunyaan seorang hakim, mendengar dengan sopan, menjawab dengan bijaksana, menimbangnya dengan waras, dan membuat keputusan dengan adil”-Socrates.
N.”Jadilah hakim diri sendiri dan anda akan gembira”-M.Ghandhi
G,”Pengetahuan itu kuasa”-Hobbes.
A.”Kepada saya, apa yang saya tahu ialah saya tidak tahu apa-apa”-Socrates.
N.”Langkah pertama kepada pengetahuan ialah mengetahui kita adalah bodoh”-Cecil.
EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd
0 comments:
Post a Comment