BISKUT RAPUH

>> Sunday, July 29, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________



[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].



BISKUT RAPUH



Sukatannya



3 cawan tepung gandum



1 cawan kerisek [kelapa goreng]



1 cawan gula halus



2 biji telur



1 camca teh biking powder



Minyak sapi seberat yang cukup



Peraturan Memasaknya



1.Tepung hendaklah digoreng sehingga menjadi ringan lalu diayak.



2.Telur hendaklah dipukul hingga naik [kembang].



3.Bubuh tepung, kerisek, dan gula halus, kacau sampai rata, lalu masukkan biking powder tadi. Lepas itu masukkan telur dan kacau sampai bersatu.



4. Bubuh minyak sapi, huli sampai jadi lembut dan boleh dibentuk bulat-bulat.



5. Siapkan bekas membakar dan bubuh kuih yang telah dibentuk tadi di tempat membakar dan bakar anggaran 20 minit. Apabila kuning angkat, apinya bara yang panas sahaja.



6.Boleh dimakan bila telah sejuk.



xxxxxxxx


TITIK MENUNGAN



T.”Kecerdikan bukan kebijaksanaan”-Euripides



I.”Orang bijak adalah bagus, tapi bukan yang terbagus”-Lo Rochepoucald.



T.”Semua ciptaan kesenangan, Tuhan adalah ketuanya, anda hanya peminjam, bukan pemiliknya”-Rutcherord



I.”Nasib baik tidak pernah datang terlalu lewat”-Micael Drayton.



K.”Orang-orang yang cetek percayakan nasib, orang-orang yang kuat percayakan sebab dan musabab”-Emerson.



M,”Sekali fikir bagus, dua kali fikir pun bagus; tapi kalau terlalu banyak berfikir, tidak menjadi”.ILHAM



E.”Cinta memberi dirinya; ia tidak dibeli”-Longfellow.



N.”Kita dibentuk dan digayakan oleh apa yang kita cintai”-Goethe.



U.”Cinta palsu terbang bersama duit melayang”-ILHAM



N.”Kuda yang sesat mempersalahkan pelana”-Samuel Lover



G,”Membuat berbagai-bagai kesalahan tidak penting, tapi yang pentingnya ialah tidak mengulang kesalahan yang sama dua kali”.Alan Thornbill.



A,”Kehidupan manusia ini diwarnai oleh warna imaginasinya”-Marcus Aurelius.



N.”Orang yang hemat mendapat faedah daripada pengalamanya sendiri, tapi orang bijkasana menimba faedah daripada pengalaman orang-orang lain”- Dr.Joseph Collins.



End.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP