Resipi Puding Kelapa

>> Tuesday, July 24, 2012


* MASAK DAN MENUNG

__________________________________________________________


[Prakata:Kira-kira lima belas yang lampau, kami telah dihadiahkan sekumpuan buku-buku lama oleh seseorang. Di dalamnya terdapat sebuah buku latihan yang telah lusuh tanpa kulit. Bila diperiksa ia mengandungi sekumpulan resipi masakan dalam tulisan tangan yang cermat dan cantik. Tarikh yang tercatat di situ ialah 7.6.1940. Saya siarkan resipi-resipi itu kerana pada perkiraan saya ia lebih memberi faedah daripada menyimpannya. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan, termasuklah penggunaan sukatan atau timbangannya yang lama sebagaimana terdapat dalam buku tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas pengumpulnya yang budiman itu].


PUDING KELAPA


Sukatan



1 mangkuk kelapa parut



½ mangkuk kismis



1 biji telur ayam



1 mangkuk santan



3 camca besar serdak roti



3 camca besar gula pasir



3 camca besar mentega.



Peraturan Memasak



Semua benda dicampurkan dan dikacau. Masukkan ke dalam acuan yang sudah disapukan mentega, lalu dibakar dengan api yang lemah kira-kira satu jam lamanya. Angkatlah, adanya.



Titik-titik Menungan



T.”Bila cinta berpuas hati, semua daya penarik akan lupus”-Cormeile



I.”Tidak ada jalan berbunga-bungi membawa kepada kejayaan”-La Fontaine.



T.”Adalah kenikmatan yang berganda untuk menipu sang penipu”.La Fontaine.



I.”Hanya dalam perkara politik semata seseorang jangan sama sekali mengatakan “sekali-kali tidak”-Pepatah.



K.Yang paling lambat membuat janji, itulah biasanya yang paling jujur menunaikannya”.-Rousseau.



M.”Keluhan cinta yang pertama adalah kebijaksanaan yang terakhir”-Antoine Bret.



E.”Lelaki membuat undang-undang, wanita membuat gaya”-Guibert.



N.”Idea-ieda umum dan niskala adalah sumber kesalahan kemanusian yang terbesar”-Roussseau



U.”Kesalahan-kesalahan yang paling singkat itu selalunya yang terbaik”-Moliere,



N.Kebenaran-kebenaran itu adalah buah-buahan yang tidak patut dipungut kecuali bila ia cukup matang”-Pepatah.



G.”Rahsia perkahwinan yang bahagia mudah sahaja-hanya berlaku hormat menghormati antara satu sama lain sebagaimana anda menghormati sahabat-sahabat baik anda”-Robert Quill.



A.”Ajar saya seni untuk melupakan sesuatu, kerana saya selalunya ingatkan sesuatu yang tidak wajar saya ingati, dan tidak ingat sesuatu yang wajar saya ingati”.



N.”Rahsia kejayaan ialah istiqamah dalam matlamat”-Benjamin Disraeli.



EndPr.Pr.Pr.Pr.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP