PETAKA LPT, TOLONG DOAKAN KAMI
>> Wednesday, July 29, 2015
PETAKA LPT, TOLONG DOAKAN KAMI
Petang itu saya menerima sebuah berita dari WhatApp yang
datangnya dari anak saya. Waktu itu anak saya, Arham Zaini dan keluarganya dalam perjalanan dari Kuantan ke Selangor.
Dalam message itu beliau berkata,
“ Papa tolong doakan kami. Waktu ini kami dalam perjalanan balik ke rumah. Kami melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Bila sampai dekat Lancang ada kemalangan berlaku. Banyak pokok-pokok di tepi jalan telah tumbang ke atas jalan raya menghadang perjalanan. Ada cakap-cakap mengatakan ada beberapa buah kenderaan di hadapan telah dihempap pokok-pokok yang tumbang itu. Nasib baiklah kami bertolak lewat sedikit dari Kuantan, kalau tidak mungkin kami juga terperangkap dalam kawasan pokok-pokok yang tumbang itu. Kami harap kami selamat dan tidak begitu lama berada dalam kereta di paingir jalan ini untuk meneruskan perjalanan. Doakan kami”.
Begitulah antara lain bunyi message WhatApp itu setelah diubahsuai sedikit untuk tujuan penulisan ini
Kemudian dikirimkan juga beberapa keping foto di sekitar petaka tersebut
yang menggambarkan kesesakan jalan yang terpaksa ditempohnya. Tapi oleh
sebab-sebab foto-foto itu tidak dapat segera di Download, kerana khidmat Internet
yang bertambah meroyan sejak Bulan Ramadan lagi hingga ke hari ini, maka
baru semalam kami dapat melihat foto-foto itu yang kita siarkan sebahagian
darinya di sini walaupun telah agak terlewat.
Tujuan kami ialah untuk memberi peringatan kepda para pengguna lebuh raya itu, termasuk dari kami sendiri, supaya lebih berhati-hati ketika memandu melaluinya, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang tidak menentu-kalu.
Sebelum itu, beliau hanya beberapa kali melalui LPT itu. Kali pertama ialah sehari sebelum Hari Raya Idilfitri yang lalu ke Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk sampai ke Kota Bharu, sedangkan pada masa-masa yang lalu, kalau di musim perayaan seperti itu masa yang diambil untuk sampai ke Kota Bharu ialah tidak kurang dari dua belas jam, malah lebih lama lagi.
Alhamdulillah! Semua selamat.
Dua hari sehari sebelum itu, para jamaah di Masjid
al-Qasimi Pasir Tumboh, Kota Bharu telah menyembahayangkan jenazah seorang kanak-kanak
lelaki selepas solat Subuh. Kanak-kanak itu adalah salah seorang daripada empat orang mangsa
kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur sebelum itu.
Setiap orang yang pernah melalui LPT bila mendengar ada
sesiapa yang ingin melalui lebuh raya itu akan menasihati mereka supaya
lebih berhati-hati dan beringat-ingat kerana kemalangan dilaporkan kerap kali berlaku
di lebuh raya itu dan ada di antaranya yang telah meragut nyawa sejak jalan itu
dibuka untuk laluan.
Kebanyakan mereka berkata kemalangan banyak berlaku di
LPT kerana beberapa sebab, antaranya:
-Kerana lebuh raya itu tidak elok keadaanya, bertinggi
rendah, menyebabkan kenderaan melambung-lambung ketika melaluinya, terutama
jika dipandu dengan laju.
-Lebuh raya itu masih belum berpagar, kerana itu
binatang-binatang hutan yang ada ada di kiri jalan mungkin akan melintas jalan atau berkumpul atas lebuh raya
yang akan mengancam keselamatan para pemandu.
-Lebuh raya itu
keadaannya lurus-betul yang amat panjang, dan ini boleh menyebabkan para pemandu
menjadi ralik atau seronok memnadu yang boleh menyebabkan mereka terlalai yang
boleh menimpakan kemalangan ke atas mereka.
Alhamdullilah, setakat ini masih belum ada kisah-kisah atau laporan-laporan yang mengaitkan kemalangan-kemalangan di LPT itu dengan kejadian-kejaian anih atau kisah-kisah mistri.
Laporam akhbar keesokah harinya, iaitu pada 27 Julai 2015
menjelaskan sepanjang hampir kira-kira 10 kilometer dari lebuh raya itu, iaitu
di kilometer 85, dekat Lancang telah berlaku
petaka pokok-pokok di tepi-tepi jalan telah tumbang ke atas lebuh raya yang
menghalang perjalanan. Ini berlaku akibat hujan lebat dan ribut yang melanda
kawasan tersebut.
Bencana yang menimpa pada kira-kira pukul tiga petang itu
menyebabkan lima buah kenderaaan mengalami keroskan teruk ditimpa pokok yang
tumbang.
Namun begitu, tidak ada nahas jiwa yang dilaporkan
berlaku dalam bencana tersebut yang dilaporkan berlangsung kira-kira selama 10 minit.
Setelah lebuh raya itu dibersihkan oleh pihak yang
berkuasa, lebuh raya LPT itu boleh digunakan semula tidak lama kemudiannya.
Walau bagaimanapun, setiap pemandu yang ingin melintasi
lebuh raya itu hendaklah memberi perhatian yang lebih serius kepada
faktor-faktor keselamatan, supaya tidak terlibat dalam petaka yang tidak
diingini.
Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment