SETIAP HARI KITA MENGAMBIL RACUN?
>> Thursday, July 9, 2015
SETIAP HARI
KITA MENGAMBIL RACUN UNTUK MEMBUNUH DIRI SENDIRI?
**********
Setiap Hari Kita Mengambil Racun Bersama Makanan Kita. Berapa banyak yang telah kita ambil sepanjang hidup ini?
*****************
Tumbuhan-tumbuhan di muka
bumi ini, persis mansuia terdedah kepada berbagai-bagai ancaman yang boleh
menimpakan kemusnahan. Ancaman-ancaman itu dibawa oleh ejen-ejen penyakit yang
bertahap-tahap kemampuannya dalam menjana kerosakan.
Oleh itu, manusia di
samping menjaga kebajikan dirinya terpaksa pula menjaga keselamatan pokok-pokok
atau tanam-tanaman kepunyaan mereka daripada ancaman bahaya, khususnya para
petani yang bertanam, seperti pokok-pokok sayur-mayur dan juga buah-ketuah
memberi perhatian yang serius terhadap hasil tanaman mereka.
Ini memang wajar, kerana
mereka ingin mendapat pulangan yang isitimewa aripada apa yang telah mereka
usahakan atau tanamkan itu, malah mereka tidak ingin langsung ditimpakan kerugian
akibat kegagalan dalam usaha penanaman mereka itu.
Cara
Biasanya ada dua cara yang
dilakukan oleh para tani untuk tujuan tersebut yang bermmaksud untuk
menyelamatkan tanaman-tanaman mereka dari ancaman bahaya dan senafas itu juga memberi hasil yang
memuaskan.
Tanaman-tanaman itu,
seperti sayur-mayur diberi makan dan minum, iaitu apa yang kita panggil baja
dan air yang mencukupi kepada mereka. Dan mereka juga melakukan
tindakan-tindakan pencegahan untuk mengelak tanaman-tanaman itu ditimpa
penyakit, seperti diserang ulat-ulat, kulat atau belalang yang akan mengacam
keselamatan pokok.
Untuk mencegah atau merawat
pokok-pokok yang ditimpa penyakit atau daripada menjadi mangsa ancaman penyakit
yang kita panggil musuh-musuh pokok itu, para pengusaha menggunakan ubat-ubat tertentu, dan ubat
itulah kita panggil racun serangga.
Di sinilah ionisnya. Kerana
racun-racun serangga itu mungkin berkesan untuk mencegah tanaman-tanaman
daripaa menjadi mangsa penyakit, tapi senafas itu juga ia menjadi ancaman
serius kepada manusia yang menggunakannya.
Racun Serangga
Dari sejak lama dulu lagi, manusia telah berjaya merekakan berbagai-bagai jenis racun sserangga yang dapat membantu tanaman-tanaman mereka hidup subur dan selamat, tapi racun-racun itu sentiasa menjadi ancaman kepada tuannya sendiri, iaitu manusia.
Dari sejak lama dulu lagi, manusia telah berjaya merekakan berbagai-bagai jenis racun sserangga yang dapat membantu tanaman-tanaman mereka hidup subur dan selamat, tapi racun-racun itu sentiasa menjadi ancaman kepada tuannya sendiri, iaitu manusia.
Ada berbagai-bagai jenis racun
serangga yang telah direkakan dan diberikan berbagai-bagai jenis nama dan
dengan berbagai-bagai tingkat keampuhannya untuk bertindak.
Racun-racun serangga yang terdiri dari bahan-bahan kimia yang merbahaya ini disembur ke atas tanaman-tanaman, terutama sayur-sayuran dan berjaya menyelamatkannya daripada serangan penyakit dengan membunuh seranga-serangga kecil yang menjadi punca yang membawa penyakit itu.
Penggunaan racun-racun ini amatlah meluas di seluruh dunia. Mungkin beribu-ribu kilogram racun pertanian digunakan setiap hari untuk tujuan tersebut di seluruh dunia. Racun-racun yang menghidupkan dan menyegarkan tanam-tanaman, tapi senafas itu juga mengancamkan
kesihatan dan keselamatan manusia.
Ada berbagai-bagai cara
racun-racun itu menimpakan bahaya. Ada racun-racun membahayakan haiwan-haiwan
dan manusia secara langsung, ada racun membahayakan haiwan-haiwan mammalia, ada
racun yang membahayakan binatang-bintang berdarah panas [warm-blooded animals],
ada racun yang membahayakan ikan-ikan di sungai dan di tasik-tasik. Dari semua
racun-racun itu, jenis racun yang merbahaya ialah racun serangga yang menyerang
sistem saraf manusia.
Ada berbagai-bagai cara
racun-racun itu berjaya memasuki tubuh badan manusia, antaranya secara tidak
langsung, seperti memakan buah-ketuah atau sayur-mayur yang telah tercemar
kerana disembur dengan racun serangga, tanpa dibersihkan dengan sewajarnya
terlebih dahulu sebelum memakannya.
Racun-racun itu pula jika disembur terlalu banyak kepada buah-ketuah dan bijirin-bijirin ianya akan meresap masuk ke dalam buah-ketuah atau bijirin itu dan kekal berada di dalamnya malah merupakan sebahagian daripada kandungan buah itu. Bila manusia atau haiwan memakan buah-ketuah yang dicemari racun itu, maka racun itu secara automatik akan masuk ke dalam badannya, kemudian racun-racun ini akan menimbulkan ancaman bahaya kepada mereka.
Racun-racun yang disembur pada tanaman-tanaman itu biasanya juga akan meresap ke dalam tanah-taneh dan air. Tanah dan air ini akan diguna pula oleh tumbuh-tumbuhan lain juga. Dan bila tumbuhan-tumbuhan yang mengandungi racun ini dimakan oleh manusia dan haiwan, maka racun-racun itupun ikut masuk bersama ke dalam tubuhnya.
Sesetengah daripada racun
itu pula akan mengalir dan hanyut memasuki tasik, sungai atau akan meresap ke
dalam bumi di mana terdapat sumber air. Orang-orang yang memakan ikan, udang
dan sebagainya yang hidup dalam sungai dan tasik beracun itu akan memakan racun
bersama dengannya. Demikian juga dengan orang yeang minum air bawah tanah yang
beracun itu, kerana racun telah sedia dan merupakan sebahagian daripadanya.
Malah kambing biri-biri
atau lembu yang memakan bahan-bahan beracun itu akan menerima akibat yang lebih
buruk lagi. Ia akan meracuni susu di dalam badannya, dan bila susu kambing atau
lembu itu diminum oleh manuisa, maka bererti mereka meminun racunnya bersama.
Demikianlah
kita lihat lengkaran syaitan itu bertali-tali antara satu sama. Dari manusia, kepada
alam, kepada tumbuhan, kemudian kepada haiwan dan kemudian kembali kepada
manusia dengan mambawa kemusnahan.
Ancamanya ada di mana-mana selagi ada manusia yang tamak dan rakus di seluruh dunia. Mereka lebih mengutamakan laba dan keuntungan daripada memikirkan kesejahteraannya sesama manusia. Mereka lebih mementingkan harta dan kemewahan daripada memikir nasib dan kesihatan manusia. Bagi mereka, pergi jahnam semunya!
Tidak
banyak yang dapat dilakukan oleh manusia untuk mengatasi ancaman racun serangga
ini. Ia telah lama wujud dan berada bersama kita. Ia merupakan sebahagian daripada
kehidupan kita di zaman modern ini, samada kita sedari atau tidak sedari. Ia
sebatian dengan kita. Dan kita sendirilah yang mengada-adakannya. Apa nak
dikatakan lagi?
Antara
perkara sedikit yang dapat kita lakukan untuk mengurangi racun-racun itu daripada
menembusi masuk badan kita, ialah mempastikan makanan yang hendak kita makan itu
berada dalam keadaan yang bersih dan selamat. Buah-ketuah dan sayur-mayur yang
hendak dimakan hendaklah dibasuh dengan sebaik-baiknya terlebih dahulu,
terutama buah-buah yang dimakan dengan kulitnya bersama, seperti buah epal,
zabib atau anggur, buah jambu dan sebagainya.
Mana-mana
sayur-sayur yang hendak dimakan sebagai ulam, seperti karot, terung, timun,
hendaklah dibuang kulitnya terlebih dulu sebelum dimakan. Dan mana-mana sayur
berdaun, seperti kobis, dan kangkung, janganlah terus dimakan mentah, tapi hendaklah direbus terlebih dulu sebelum dimakan sebagai ulam,
ini untuk mengelak daripada termakan racun-racun serangga yang disembur sebelum
dituai hasilnya untuk dipasarkan.
Sekian.
Lorong
Masjid,
Kg.
Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan
Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment