KARAMAH KHALIFAH UMAT AL-KHATTAB
>> Wednesday, July 8, 2015
Umar Al-Khattab adalah khalifah Islam yang kedua, selepas Abu Bakar, khalifah pertama. Beliau seorang yang berani, terus terang dan tegas. Memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan Islam dan berjaya membina sebuah pentadbiran baru dalam Islam.
Beliau memegang jawatan khalifah selama sepuluh tahun setengah. Beliau wafat pada akhir bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijriah, dalam usia 63 tahun kerana, ditikam oleh seorang warga Parsi, yang beragama Majusi, iaitu Abu Lukluah.
Dalam masa hayatnya, ada dua perkara besar yang telah berlaku ke atasnya yang dianggap sebagai keajaiban kramah kurniaan Allah kepada orang-orang tertentu.
Perintah Jarak Jauh Kepada Tentera Islam Di Plaestin
Dalam peristiwa ini Khalifah Umar yang berada dalam jarak yang jauh, telah melihat tentera-tentera Islam yang sedang berperang di Plaestin sedang dikepung oleh tentera-tentera musuh.
Melihat suasana yang
membimbangka itu, Sayidina segera berseru, “Al-Jabal, al-jabal ya sariyatal
Islam”, yang bermaksud menyeru tentera Islam berlindung di bukit. Seruan
Sayidina Umar itu dapat diengar dengan jelas oleh tentera-tentera Islam yang
sedang berperang di Plaestin.
Dengan itu tentera
Islam berejaya menyusun kembali barisan tentera di saat-saat yang amat genting itu,
dan mereka telah berjaya mencapai kemenangan yang cemerlang dalam peperangan itu.
Kirim Surat
Kepada Sungai Nil
Pada suatu masa air Sungai
Nil sedang surut dan akan kering. Ini akan menjadi ancaman besar kepada penduduk-penduduk
Mesir yang pendapatannya bergantung kepada Sungai Nil.
Perkara ini dilapurkan
kepada Khalifah Umar Al-Khattab oleh Gabenor Mesir, Amru Al ‘As. Secara
tradisinya, bila perkara seperti itu berlaku, Sungai Nil minta dikorbankan seorang
gadis jelita untuknya.
Maka Sayidina Umar pun tidak
teragak-agak lalu menulis sepucuk surat kepada Sungai Nil yang bermaksud:
“Wahai Sungai
Nil, jika engkau mengalirkan air kerana Allah, maka mengalirlah. Tapi jika
engkau mengalirkan air kerana ingin mendapatkan korban gadis cantik, maka kami tidak
memerlukan airmu”.
Bila surat itu dicampak ke
dalam Sungai Nil, maka seketika itu juga air Sungai Nil naik dan mengalir dengan
deras seperti biasa, malah tidak pernah surut sampai ke hari ini.
Demikianlah antara karamah
Khalifah Umar Al-Khattab.
Patut juga disebut ada
tiga juga kurniaan luar biasa Allah kepada seseorang manusia, iaitu:
Karamah
Karamah ini dikurniakan
Allah kepada sesiapa yang diekehendaiknya, terdirii daripada mereka yang mulia,
orang-orang soleh dan berdarjah wali-wali. Namun begitu bukan semua para wali
dikurniakan karamah.
Mukjizat
Jika keistimewaan seumapama itu dikurniakan oleh Allah SWT
kepada para Nabi dan Rasul, ia tidak dipanggil karamah, tapi Mukjizat yang
dikunriakn kepada mereka untuk menjaga
agama Allah. Seperti Mukjizat Nabi Musa as dengan tongkatnya.
Istidraj
Di samping itu ada satu
lagi bentuk keajaiban yang dikurniakan kepada manusia fasik yang suka membuat
kezaliman, kekejaman dan penganiayaan yang dipanggil Istidraj. Perkara seperti
ini terdapat pada Firaun yang mengakui dirinya Tuhan dan Namrud yang takabur
dengan kekayaan hartanya yang banyak. Kerana itu mereka seperti ini mempunyai
kekuataan bersumber daripada amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat, dan
menerima bisikan-bisikan dari syaitan yang terkutuk.
Sekian.
Lorong Masjid,
PT.KB.Kelantan.
0 comments:
Post a Comment