HARAPAN, JANGAN PUTUS
>> Monday, July 27, 2015
HARAPAN, JANGAN
PUTUS
Harapan ialah sesuatu yang dihasrat atau dicita-cita untuk diperolehi atau didapati. Sesuatu yang positif atau negatif. Kita mengharap untuk menemui seseorang atau kita berharap untuk tidak menemuinya. Kita berharap dia berjaya, atau sebaliknya kita berharap dia tidak berjaya atau gagal.
Matahari yang membawa pengharapan
Harapan memain peranan yang penting dalam kehidupan kita, mungkin lebih penting dari apa yang kita sangkakan. Harapan itu boleh diibaratkan denyut jantung atau nafas dalam sesebuah kehidupan, kerana ia memain peranan penting dalam pembentukan hidup kita. Justeru hari ini adalah menjadi bukti penjelmaan kepada pengharapan kita kelmarin yang telah menjadi kenyataan.
Harapan itu bukan perasaan atau emosi tapi sesuatu yang
bercambah di dalam minda kita sendiri. Ia berasal dalam dalaman diri kita.
Justeru ia mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja pada diri kita, tapi juga
kepada manusia sekeliling kita.
Sementara itu disedari atau tidak, mereka juga akan menaruh
harapan seperti kita, dan juga akan membantu kita untuk mencapai pengharapan
kita itu. Oleh sebab itu mempunyai harapan yang baik atau positif amatlah
berguna, untuk diri kita dan juga untuk orang sekeliling kita. Sebaliknya
harapan yang negatif dan merosakkan, akan membinasakan diri kita dan
orang-orang sekeliling kita dengan cara yang tersendiri pula, dan saling pengaruh
mempengaruhi antara satu sama lain ke arah kenegatifan.
Dengan itu semuanya akan berakhir dengan kekecewaan yang merugikan.
Mempynyai harapan adalah merupakan benteng utuh untuk
menghalang rasa putus asa dan kecewa tanpa pengharapan daripada memunsnahkan
kita. Ia menghalang kita daripada menjadi manusia yang murung dan dukalara yang
tidak wajar sama sekali.
Kita percaya, pada waktu ini, pada detik ini, kalau kita
periksa diri kita, sudah tentu kita akan sedar bahawa kita yang hidup ini mempunyai
atau menyimpan pengharapan yang boleh kita hidup dengan selesa. Ia bukannya satu
harapan, tapi mungkin harapan yang berganda-ganda. Harapan untuk waktu ini, hari ini dan harapan untuk hari
besok yang akan menjelma nanti.
-Kita mengharap sesuatu yang lebih baik akan berlaku.
-Kita berharap kita akan mendengar sesuatu perkhabaran gembira dan menyenangkan hati,
-Kita berharap segala problam yang melengkari hidup kta sekarang akan berakhir dengan izin Allah.
-Kita berharap anak-anak kita akan lulus dalam ujian atau peperiksaan mereka.
-Kita berharap kita akan sembuh daripada penyakit yang kita hidapi dan kembali sihat semula, andainya kita sakit.
Demikianlah kita mengharapkan itu dan ini, termasuklan mungkin
harapan yang tidak wajar atau tidak masuk akal sekalipun.
Namun begitu adalah satu sikap yang salah sama sekali
andainya kita mengambil sikap berpeluk tubuh atau bermalas-malas tanpa usaha
untuk melihat harapan atau harapan-harapan kita itu menjelma menjadi kenyataan.
Orang-orang seperti itu berandaian semuanya akan berjalan
dengan sewajarnya walaupu tanpa berusaha untuk mencapai apa yang menjadi
harapan mereka. Harapan dan andaian dua perkara yang berlainan. Menaruh harapan
adalah sesuatu yang baik, tapi menaruh andaian adalah sesautu yang masih di
awang-awangan, di mana kita tidak boleh bergantung hidup kepadanya. Sedangkan
kebanyakan orang suka hidup dengan andai-andaian yang menghiburkan mereka.
Sedangkan kita manusia mesti berusaha. Tidak ada sesuatu
yang datang dengan begitu sahaja jika kita berpeluk tubuh, mengharapkan
semuanya akan selesai tanpa usaha. Sebaliknya kita mesti berusaha untuk menjauhi
bencana, malapetaka atau kerugian yang mungkin akan menimpa kita. Kita tidak
boleh bertawakal bodoh, menyerahkan bulat-bulat diri kita pada takdir yang akan
datang.
Tidak ada sesuatu pun yang diperolehi oleh manusia di dunia
ini tanpa usaha. Udara yang percuma itu pun, kita terpaksa bernafas untuk
menyedutnya, kalau tidak, kita tidak boleh mengambil udara untuk hidup kita.
Hidangan yang ada di hadapan kita pun, perlu disuap, dikunyah dan ditelan barulah
sampai ke perut kita.
Segala usaha yang kita lakukan itulah yang akan mengukuhkan
lagi harapan kita dengan kepercayaan bahawa segala harapan kita itu akan berjaya
diraih dengan sewajarnya. Setelah kita berusaha dengan, sebaik-baiknya, maka tibalah
masanya untuk kita berdoa dan berharap kepada Allah untuk mengkabulkan segala
harapan kita itu.
Anda tidak boleh mengharap untuk menjadi seorang penulis
atau pengarang, andainya anda tidak mahu menulis.
Anda tidak boleh mengharap menjadi seorang pelukis,
andainya anda tidak ingin melukis.
Anda tidak boleh mengharap untuk menjadi seorang penyanyi,
andainya anda tidak ingin membuka mulut untuk menyanyi.
Anda tidak boleh mengharap untuk memandu kereta, andainya
anda enggan naik kereta dan memandu kereta.
Tegasnya tidak ada sesuatu pun yang menjadi pengharapan
anda itu akan berjaya tanpa usaha yang sewajarnya. Untuk jadi pengarang, untuk
jadi pelukis, untuk menjadi penyanyi, untuk menjadi pemandu, semuanya mesti
diushakan. Itulah yang membuah dan menghasilan pengharapan.
Hanya orang-orang yang malas dan tolol sahaja yang
mengharapkan sebaliknya- sesuatu dicapai tanpa usaha.
Oleh itu untuk hidup riang dan gembira, anda mestilah
menaruh harapan- dan harapan itu mesti sebuah harapan yang realistik yang disusli dengan usaha.
Namun begitu, cubalah renungkan, ada banyak perkara yang boleh membuat
seseorang hilang harapan, putus asa dan kecewa. Sesuatu perkara yang tidak
diharap-harapkan sama sekali akan berlaku, tapi telah berlaku menimpa ke atas seseorang yang boleh
meruntuhkan harapanya yang positif.
Berbagai-bagai penyakit yang berat dan kronis, boleh
menyebabkan seseorang hilang pengharapan. Seseorang yang terlantar di
pembaringan kerana diserang penyakit kornis, atau ditimpa nahas yang meragut
keupayaan fizikalnya adalah sebahagian daripada contohnya. Demikian juga dengan
orang-orang yang musnah hidupnya kerana hutang-hutangnya, yang menderita
kelaparan, menjadi gelandangan tidak berumah, orang-orang dilanda kekeceweaan,
pasangan yang dikhianati oleh suami atau isteri yang tidak setia, dan
seumpamananya yang boleh menyebabkan si penderitanya terlempar di dasar lautan
negatif yang harapannya telah mengalami kerosakan, dan mereka menghadapi
saat-saat yang negatif yang getir dalam hidup.
Namun begitu, orang-orang yang beriman dan bertaqwa serta mempunyai
semangat yang waja, sabar, dan fikiran yang terbuka, mereka tidak akan musnah
dan hancur lebur , baik dari segi mental dan fizikalnya. Kepada mereka harapan
masih tetap ada, dan harapan itulah menjadi penawar yang ampuh untuk
menyembuhkan segala kekecewaan, keputusasaan, kehinaan, dan kehampaan yang telah
melanda hidup mereka.
Allah melarang hamba-Nya berputus asa melalui firman_Nya
yang bermaksud:
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yang
kafir”.Yusuff [12] :87.
Harapan inilah yang memberi pengharapan kepada mereka untuk
terus hidup, dan menyelesaikan segala problam yang dihadapai.
Mengharap tanpa usaha, bukan sahaja mengcewakan, malah boleh
dianggap suatu dosa yang tidak patut berlaku. Berharap dan berusaha itu
kebenarannya. Bangkitlah bersama pengharapan. Saling bekerjasama bantu membantu
dan membina serta menjayakan pengharapan yang positif.
Dan harapan semata, tidak membawa perubahan tanpa usaha. Kita mesti brusaha dan berharap, atau berharap dan berusaha, semoga harapan kita menjelma menjadi kenyataan. Itulah undang-undang kehidupan, itulah sunnah Allah.
Tuhan
tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau mereka sendiri tidak mengubahnya.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Sesungguynya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. Al-Ra’ad [13]: 11
Lorong Masjid,
Kg.Subang
Siput,
PT.KB.Kelantan
Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment