CENDERAWASIH BURUNG LEGENDA
>> Monday, July 13, 2015
CENDERWASIH BURUNG LEGENDA
Semasa saya
kanak-kanak dulu saya suka mendengar lagu yang antara seni katanya bermaksud
“Cenderawasih”yang sering mengalun di curung radio ketika itu.
Pada masa itu saya tidak tahu siapa penyanyinya dan nama jodol lagunya. Tapi dia seorang biduwantia yang mempunyai suara yang lemak dan merdu.
Dalam masa-masa yang berlalu, saya tidak lagi mengingatkan lagu cenderawasih, lagipun saya sebenarnya bukan seorang yang gemar mendengar lagu dalam erti kata yang sebenarnya.
Dan juga saya tidak berminat untuk mengambil tahu bagaimanakah burung cenderawasih itu, dan dimanakah tempat tinggalanya, yang mengikut penyanyinya “cenderwasih burung di awan”.
Hari-hari, bulan dan tahun terus berlalu samada disedari atau tidak. Sehinggalah beberapa tahun yang lalu seorang sahabat saya menghadiahkan sekeping gambar burung cenderawasih.
Ia bukannya
foto seekor burung yang hidup, yang sedang duduk bertengek di atas dahan atau
sedang mengepak sayapnya, tapi hanya seekor burung mati yang telah dikering atau
diawetkan sebagaimana kelihatan dalam foto.
Burung Legenda
Berdasarkan foto tersebut, dan foto-foto yang terdapat dalam pencarian internet ternyatalah cenderawasih ialah sejenis burung yang tidak kalah cantiknya, dengan bentuk dan bulu-bulunya berwarna indah sebagaimana kelihatan dalam foto.
Cenderawasih
kadang-kadang dipanggil juga inderawasih, yang dipanggil Burung Syurga oleh
orang-orang Barat dan Phoenix oleh orang-orang Cina atau juga Burung Kayangan.
Cenderawasih sejenis burung yang diliputi berbaga-bagai legenda misteri yang terdapat dalam dongeng-dongeng berbagai-bagai bangsa di dunia.
Legenda yang paling menarik tentang burung cenderwasih ialah ianya dikatakan burung yang menempat tinggal di langit atau di awan-awan tinggi, dan dipercayai tidak pernah turun ke bumi.
Justeru itu
cenderawasih dipercayai tidak hinggap atau singgah di mana-manapun, dan
sentiasa berada dalam keadaan terapung dalam udara dengan bantuan sayapnya yang ajaib itu.
Kerana cenderawasih dipercayai tidak turun ke bumi, maka
dia dipercayai hidup dengan menjadi air embun sebagai minumannya, dan
menjadikan awan sebagai makanannya. Semuanya terdapat di awan yang tinggi
Mengikut legenda tersebut, bila ajalnya telah sampai cenderawasih akan mati terbakar di langit, kemudian menjadi abu, dan abu-abu itupun tidak juga gugur ke bumi, tapi akan bertukar menjadi anak burung cenderawasih.
Mengikut legenda tersebut, bila ajalnya telah sampai cenderawasih akan mati terbakar di langit, kemudian menjadi abu, dan abu-abu itupun tidak juga gugur ke bumi, tapi akan bertukar menjadi anak burung cenderawasih.
Demikianlah hebatnya burung cenderawasih ini, maka kerana itulah ia dipanggil burung syurga atau burung kayangan.
Kepada sesetengah mnusia, khsusunya di Nunsantara burung cenderawasih dipercayai burung yang boleh mambawa tuah kepada pemiliknya.
Ia menjadi rebutan kepada para peniaga, kerana dipercayai
dapat menjadi pelaris dagangan kepada mereka yang memilikinya.
Di samping itu cenderawasih juga dipercayai dapat menjadi azimat pendinding kepada pemiliknya daripada pengiriman racun santau secara ghaib.
Cenderwasih juga dipercyai menjadi pelindung kepada sejenis batu permata, iaitu zamrud hijau yang amat tinggi nilainya di kalangan masyarakat Nunsantara.
Ia juga dipercayai mempunyai nilai yang amat berguna tinggi dari segi perubatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit-peyakit tertentu.
Cenderawasih Di Bumi
Mengikut sains cenderawasih ialah sejenis burung dari kumpulan Keluarga
Paradisaeidae. Burung ini hanya terdapat di beberapa tempat sahaja di dunia,
iaitu di Austratasi, Timur Indoneisa dan Tenggara Australia.Namanya sainsnya
ialah apoda.
Seperti burung-burung lain juga Cenderawasih tinggal di
atas pokok. Untuk mempunyai keturunan burung ini juga mengawan, Tapi cara
mengawannya amat menarik, kerana disulami dengan acara tarian-tarian khusus,
iaitu tarian mengawan.
Bila menemui ajalnya burung cenderawasih akan jatuh ke bumi, tapi ia tidak segera buruk atau busuk, maka dengan itu memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk melihat kecantikan burung itu sebelum ia hancur dan musnah atau mungkin juga untuk diambil dan diawet.
Demikianlah Burung Cenderawasih, Burung Kayangan, Burung Syurga dalam masyarakat manusia yang diselubungi legenda yang ajaib.
Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment