TERUNG MAKANAN KESEGARAN OTAK

>> Tuesday, July 7, 2015




TERUNG UNTUK KESEGARAN OTAK



Sejauh yang kita ketahui terung ialah sejenis sayuran yang terkenal dalam masyarakat kita. Ia enak untuk dimakan dalam bentuk mentah atau setelah dimasak.


Terung itu ada berbagai-bagai jenis, rupa, warna dan bentuk, maka kerana itu namanya berbeza sebagai terung.


Antaranya:


-Terung unggu, iaitu maksudnya terung biasa yang kita makan sebagai sayur yang  berbentuk memanjang dan besar di hujungnya. Tapi ada juga terung yang warnanya kelihatan lebih kebiruan.


Terung manggur sejenis terung yang buahnya kecil-kecil, kira-kira sebesar jari kelingking; ia boleh dibuat ulam, iaitu dengan dicelur terlebih dahulu; pokoknya berduri,  dengan batang halus memanjang, berbunga putih, tumbuh disemak samun.


-Terung susu kambing, yang bentuk buahnya menyeruapi susu kambing, sejenis herba,


-Terung hijau gelap, bentuknya seperti terung unggu.


-Tterung bulat, bentuk buahnya bulat seperti bola dan berwarna unggu gelap.


-Teruk kemar atau terung kemang , sejenis herba menjalar, yang dambil akarnya untuk dijadikan ubat.


-Tterung pipit berbuah bulat kecil kira-kira sebesar ibu kaki berwarna kemerahan dan batangnya berduri, sejenis herba,


-Dan ada berbagai-bagai jenis terung lagi yang mungkin tidak pernah kita lihat atau dengar namanya dan jauh di luar dari kotak maksud pembicaran kita. Justeru tidak perlulah disebutkan satu persatu.


Terung Utruk Kesihatan


Terung yang kita masksudkan di sini ialah sejenis makanan yang kita gunakan dalam masakan sebagai sejenis sayuran yang berwarna unggu yang banyak terdapat di pasar-pasar.


Ada beberapa cara yang biasa digunakan oleh orang tua kita untuk makan sayur terung ini:


-Terung dimakan mentah sebagai ulam, seperti timun, jering dan sebaginya. Terung mentah ini dikerat-kerat dan dicicah dengan penyicah berupa sambal atau budu berlada.


-Terung dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan dengan penyicah, sambal atau budu.


-Terung dibakar, juga dimakan dengan penyicah. Terung yang dibakar biasanya mempunyai  rasa yang manis dan rasa enak untuk dimakan sebagai ulam.


-Terung dimasak sayur lemak atau dimasak kari, berkuah-kari terung.


Biasa juga terung dimasak bersama dengan lauk, seperti gulai daging, gulai ikan, terutama ikan kering dan dicampur dengan lada hijau yang putik. Peniaga-peniaga nasi belauk hari ini sering berbuat demikian.


Ada pepatah mengatakan, “seumpama terung bertunang ikan kering”.


Khasiat Terung


Terung kaya dengan alkaline yang berguna untuk menolong  menncairkan pengumulan sisa-sisa atau lebihan dalam badan kita dan memindahkanya untuk pembunagan.

Kajian juga menunjukkan terung mempunyai kandunga nutrien atau zat makanan yang amat istimewa, kerana di dalamnya terdapat  kandungan zat makanan yang terdiri daripada kalsium, mineral, serat, vitamin K dan lain-lain.


Dan yang lebih penting lagi ia dikatakan mengandungi sejenis zat makanan yang amat berguna kepada organ otak kita.


Namun begitu, terung mungkin menjadi alahan kepada orang-orang tertentu yang tidak sesuai dengannyanya. Dalam keadaan seperti ini terung boleh membuat orang yang memakannya cepat merasa penuh perutnya atau “sengkak”, kekenyangan, walau makanan yang dimaknya baru sedikit, Biasnya pengidap-pengidap “uluran” atau “medu” atau angin gastrik tidak sesuai dengan terung.


Justeru itu berhati-hatilah ketika memakan terung, walapun ia berkhasiat.


Sekian.

Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP