CLEOPATRA ANAK DARI PERKAHWINAN ADIK BERADIK
>> Thursday, July 23, 2015
CLEOPATRA YANG CANTIK JELITA, ANAK DARI HASIL PERKAHWINAN ADIK
BERADIK
Cleopatra adalah seorang wanita yang termasyur kerana cantik jelita, dan mempesonakan terutama di kalangan orang-orang Barat. Di samping itu dia juga terkenal sebagai seorang wanita yang pintar, dan ganas yang sanggup membunuh.
Elizabeth Taylor memegang watak Cleopatra
Cleopatra adalah seorang raja perempuan yang paling terkenal di seluruh dunia sejak dulu hingga sekarang, dan merupakan salah seorang manusia yang paling terkenal dalam sejarah Mesir.
Namanya terus disebut-sebut orang sampai ke hari ini, dan mungkin
juga di masa-masa akan datang, terutama bila orang-orang membicara tentang
watak-watak wanita yang berpengaruh dan terkenal di dunia.
Namanya telah diabadikan, terutama oleh ornag-orang Barat
dalam berbagai-bagai bentuk. Ada yang memahat patung-patung Celopatra, mengukir
wajahnya dalam lukisan-lukisan, mencipta buku-buku, menulis drama dan
sebagainya, seperti Shakespeare . Pada tahun 1963 kisah Cleopatra telah
difilemkan dan aktres Elizabeth Taylor sebagai pemegang wataknya.
Cleopatra adalah seorang Ratu negara Mesir zaman silam yang
mengukir namanya sendiri dalam sejarah, hingga terkenal di seluruh dunia.
Ayahnya Raja Mesir, Ptolemy Auletes XII dan Cleopatra V. Dia adalah keturunan
Firaun pemerintah Mesir.
Sejarah keturunannya juga luar biasa. Beliau adalah seorang
puteri yang lahir daripada perkahwinan adik beradik lelaki dan perempuan di
kalangan keluarganya selama empat generasi.
Justeru itu, di dalam keluarganya, bukan Cleopatra sahaja
anak kepada saudaranya, tapi juga kedua ibu bapanya juga merupakan anak
kelahiran ibu dan bapa yang adik beradik dalam keluarga mereka.
Cleopatra sebagai seorang wanita yang jelita, menarik dan
pintar menjadi benteng kepada kebiasaan perkahwinan adik beradik di negara
Mesir. Beliau menjadi contoh teladan bahawa perkahwinan sesama adik beradik
memang mempunyai keistimewaan dalam masyarakat dan perlu dipertahankan oleh
rakyat Mesir di zaman itu, dan Cleopatralah menjadi idolanya.
Mengikut sejarahnya, seperti biasa mengikuti tradisi
kekeluargaan, Cleopatra berkahwin dengan saudara lelakinya, iaitu Ptolemy 14.
Kemudian bila bila suaminya itu mati, dia berkahwin pula dengan saudara
lelakinya Ptolemy 15.
Suami pertamanya itu Ptolemy 14 mati kerana dibunuhnya
dengan melemaskannya. Kemudian tidak puas hati dengan kejadian itu, dia juga
membunuh suaminya yang kedua, iaitu saudara lelakinya, Ptolemy 15 dengan
memberinya makan racun. Maka matilah kedua-dua suami dan adik beradik kandungnya itu
dibunuhnya.
Cleopatra mempunyai beberapa orang anak, iaitu Caesanon,
Cleopatra Selene II, Alexander Helios, dan Ptolemy Philadelphia.
Inilah dia wanita yang menjadi pujaan kepada ramai wanita, sehingga
ke hari ini, terutama wanita Barat, khususnya dari segi kejelitaannya.
Kenapa dia
sanggup membunuh suami dan juga saudaranya sendiri itu?
Perkara ini berlaku mungkin kerana Cleopatra ingin mencari
sesuatu yang boleh memberi lebih kepuasaan atau untuk mencari pasangan baru
untuk memeuhi cita-cita yang besar sebagai seorang yang bijaksana.
Mengikut sejarahnya dia mempunyai hubungan dengan Julius
Caesar [memerintah Rum] dari trahun 46-44 SM] yang terpesona dengan kecantikannya. Julius Caesar, seorang
general dan negarawan Rum yang tersohor telah berjaya menabalkan kembali Celopatra menaiki singgahsana takhta kerajaan Mesir
selepas digulingkan oleh Pothinus.
Kemudian seorang lagi tokoh yang terkenal Mark Antony, [yang
memerintah Rum dari tahun 43-31 SM] seorang general dan konsuler Rum yang terkenal
juga telah terpikat dengan Cleopatra. Tapi
Mark Antony meninggalkannya untuk kahwin dengan adik perempuan Octavian, tapi
kembali semula kepadanya empat tahun kemudian. Tapi Mark Atony telah
digulingkan oleh Dewan Senat yang mengistiyarkan perang ke atas Ratu Cleopatra.
Peperangan telah meletus antara Cleoptra dan Mark Antony dengan tentera
Rum di bawah Octavian, yang kemudiannya bergelar Augustus di Laut Actium, [Greece] dan mereka telah kecundang kerana pembelotan tentera-tentera
Cleopatra. Ini berlaku pada tahun 31 SM. Ketewasan itu membantu mempercepatkan kejatuhan Mark Antony dari
kekuasaannya ke atas Rum, dan diambilalh oleh musuhnya Octavian yang
kemudiannya bergelar Augustus sebagai pemerintah Rum.
Untuk mengelak daripada diseret ke Rum sebagai tawanan perang,
maka Cleopatra telah bertindak nekad membunuh dirinya sendiri dengan mengambil racun. Demikian
trajisnya pengakhiran hidup seorang wanita jelita yang menjadi pujaan ramai.
Demikianlah ketentuan nasib manusia yang semuanya terletak
di tangan Allah yang Maha Penentu mencoretkannya mengikut kemahuan-Nya.
Dalam zaman purba Mesir, perkahwinan adik beradik adalah
suatu adat yang biasa di kalangan kerabat diraja Ptolemies ketika berada di puncak
kegemilangannya. Raja-raja pada masa itu dianggap berasal dari anak tuhan [Son
of Ra], maka sudah tentu tidak ada sesiapa yang dapat menyamai kemuliaan
mereka, kecuali puteri kepada ayahnya sang maharaja sahaja. Justeru untuk
menjaga darjah kemuliaan tersebut mereka melangsungkan perkahwinan di kalangan
adik beradik yang dilahirkan oleh ibu bapa yang sama.
Malah di kalangan masyarakat Mesir purba perkahwinan sesama
adik beradik bukanlah sesuatu yang dianggap tidak baik atau mengaibkan.
Perkahwinan sesama adik beradik di kalangan istana ini
hanya dihentikan bila dalam keturunan tersebut hanya mempunyai anak lelaki
sahaja, dan tidak ada seorang pun anak perermpuan untuk dikahwinkan. Dengan itu
barulah mereka mencari pasangan dari kalangan yang bukan adik beradik.
Lorong
Masjid,
Kg. Kubang
Siput,
PT.KB.
Kelantan Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment