BENARKAH? TAK DOK SEBAB NAK LAWAN PAS?
>> Saturday, July 4, 2015
BENARKAH?
"TAK DOK SEBAB LAWAN PAS?
“1]Pelik sungguh UMNO . Guna bahasa Arab
tanpa terjemahan. Konon, untuk tarik peerhatian orang Melayu yang UMNO sudah
minat Islamlah. Peliknya ialah UMNO jugalah yang menarik bantuan SAR di
Sekolah-sekolah Arab. Tentunya akan memusnah dan mematikan Bahasa Arab.
2]”Azim” itu bermakna besar, bermutu tu mulia. Ramadhan mulia kerana dalam bulan itulah diturunkan al-Quran. Habis, UMNO pakai kedok al-Quran? Punya mulianya adab, sampai Hudud Tuhan pun saman. Fikirlah! Al-Quran ini menyatukan politik dan agama. UMNOnya, belah dua. Diasingkan agama dan politik. Nabi S.A.W. dengan jelas urus ekonomi, memerintah, betulkan kedudukan rumah tangga, mengatur hal suami isteri dan menjalankan tahalus siasi dalam segenap bidang hidup. Bagindalah orang yang menandatangani Perjanjian Hudaibiyah dan melantik Panglima-panglima di masjid. Jelaslah agama dan politik diselaraskan dan bukan dipisahkan. UMNO buat lagu mana?
3] Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin
ada menyebutkan yang agama adalah asas dan kerajaan [Sultan] bersifat pengawal.
Mana-mana yang tidak berasas akan runtuh dan mana-mana yang tidak dikawal akan
lenyap. Jika Presiden UMNO kononnya nakkan Imam al-Ghazali, maka inilah yang
dikehendaki oleh Al-Ghazali. Sebut saja nak cari Imam Al-Ghazali, tapi setelah
berjumpa dengan apa Al-Ghazali kata, pah buat “ddok jah”. Pah lagu mana ni!
4]Sedangkan dalam Al-Quran, Ayat-ayat:
i]Kutiba’alaikumul Qital
[Al-Baqarah 206].
-Difardukan atas kamu
berperang].
i]Kutiba’alaikumul Qisasu
[Al_Baqarah 178]
-Difardhukan atas kamu Hudud
dan Qisas] dan
i]Kutiba’alaikumussiyaan
[Al-Baqarah 183]
-Difardukan atas kamu
berpuasa].
Ayat-ayat Al-Baqarah menghimpukan soal puasa, hudud dan qisas serta perang-semuanya setempat. Inilah Islam. Duduk atas tikar sembahayang sama dengan duduk atas kerusi pemerintahan. Sembahayang pun kena, dan memerintah selaras dengan hukum Allah pun wajib. Ini yang UMNO kena faham. Ini pun, yang PAS sedang lakukan.
Jelas di sini, ayat-ayat slogan yang digantung UMNO seluruh Kelantan mengenai kelebihan Ramadhan telah cuba menyelewengkan orang ramai. Kalau UMNO benar-benar nakkan agama, kerana apa nak lawan PAS. PAS sedang buat pembangunan. Sedang membawa Al-Quran dalam pemerintahan. Sedang berusaha membentuk rakyat bertaqwa. Sedang menegakkan hukum Tuhan. Sedang menolak syirik. UMNO dok buat ggapo? Tukang sorak? Tukang tolak? Ujung kelih? Buat slogan. Lepo-lepo . Hulur pitih!
Dalam masa ucapan Annuar Musa di depan Presiden UMNO di Kota Bharu baru-baru ini, beliau kata Islam telah gagal di Kelantan. Betulkah gagal? Katakan jika gagal [katakan] siapa yang menggagalkan. UMNOlah tukang menggagalkannya. UMNO tiada kerja melainkan menggagalkan segala usaha untuk menegakkan Islam.
Tuan Guru Dat’ Nik Abdul
Aziz
bin Haji Nik Mat
Pejabat Menteri Besar
Kelantan,
Kota Bharu.
Bertarikh 6 Syawal 1426
8 November 2005.
*******
-Kenyataan Tok Guru Nik
Abdul Aziz diatas dikeluarkan dalam bentuk siaran umum 10 tahun yang lalu
ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.
-Adakah kenyataan beliau itu masih relevan hingga sekarang, setelah 10 tahun masa berlalu, iaitu BENARKAH TAK DOK SEBAB LAWAN PAS?.
-Selepas pemergian Tok Guru pada 12 Febuari 2015 berbagai-bagai peristiwa telah berlaku ke atas PAS, dan yang paling tragsi ialah Pakatan Rakyat sekarang berada di hujung hayatnya, dan PAS sendiri pun berada dalam keadaan kemelut?
Siapakah yang menjadi punca kepada karenah ini?
Maka dengan itu wajarkah “Tak Dok Sebab Nak Lawan PAS?”
Lorong Masjid,
Kg. Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment