APAKAH CEMARA BABI?
>> Friday, July 3, 2015
CEMARA BABI
Adakah anda pernah mendengar perkataan “cemara babi?”
Dan apakah yang dikatakan cemara babi itu.
Orang-orang yang suka atau mengamalkan ilmu mistik mungkin pernah mendengar perkataan “cemara babi”.
Ia sejenis azimat yang digunakan oleh peminat-peminat mistik untuk beberapa tujuan.
-Pertama supaya dikasihi dan
disayangi orang
-Kedua azimat untuk mempertahankan diri dari bahaya-bahaya luka.
Ia dipercayai dapat melindungi
pemakainya dari tercedera bila diserang oleh babi liar, atau tegasnya kulitnya
menjadi kebal bila diserang babi itu.
Ia juga dipercayai dapat
membuat pemakainya mejadi pemberani dan ditakuti oleh orang ramai.
Oleh itu azimat cemara babi
ini biasanya digunakan oleh orang-orang yang jahat dan suka melakukan kejahatan
atau jenayah.
Azimat Penyekot
Di negeri Kelantan pada masa
lalu, menurut H.W. Thomson cemara babi dipakai oleh penjahat-penjahat yang
terdiri para pencuri dan perompak. Ia dipercayai amat berguna kerana dapat
membuat mangsa- tuan rumah atau pemilik kedai mejadi skot atau tidur terlalu lena
hingga tidak menyedari langsung apa yang berlaku di sekitarnya ketika mereka
sedang tidur.
Bahannya
Cemara babi atau “kepala babi” ini antara lain diperbuat daripada kira-kira 30 jenis rambut hitam yang diikat bersama dengan kapas untuk menjadikannya sebuah gugusan sepanjang kira-kira 15 inci.
Lebih dasyat lagi ada cemara babi ini diperbuat daripada kulit kepala manusia yang masih mempunyai rambut yang tumbuh di tatasnya. Adalah dipercayai menjadi lebih istimewa kiranya rambut itu telah dijalin oleh hantu atau dikusut-masaikan oleh hantu di atas kepalanya ketika seorang wanita itu meninggal dunia.
Kulit kepala itu digumpal
menjadi bulat seperti sebuah bola kecil yang diikat dengan tali atau benang
untuk tujuan yang jahat.
Kulit kepala orang yang mati itu biasanya dicuri dari tanah perkuburan selepas ditanam.
Atau lebih dasyat lagi, manuisa itu sengaja dibunh dengan kejam untuk diambil kulit kepalanya untuk dijadikan cemara babi.
Justeru itulah pada masa sebelum
Perang dulu ada sesetengah mayat-mayat yang tertentu yang dibimbangi akan
digali dan dicuri penjenayah akan ditunggu
selama beberapa hari sehingga ianya dipercayai tidak boleh digunakan lagi untuk
tujuan jahat itu.
Cemara Dari Babi
Di samping itu mengikut ahli-ahli mistik cemara itu boleh juga diperolehi daripada babi itu sendiri.
Mengikut kepercayaan, babi
jantan yang hidup sendirian tanpa kawan-kawan babi yang lain itu dipanggil babi
tunggal. Di kalangan sesetengah babi
tunggal ini dipercayai mempunyai azimat
atau pendinding khusus dirinya sendiri, menyebabkan ianya kebal daripada
sebarang tembakan senjata api. Azimat semula jadi yang dipercayai dimiliki oleh
babi itu dipanggil “cemara babi” menyebabkan dipercayai kulitnya tidak lut
terkena tembakan.
Orang yang pernah melihat
cemara babi itu memberitahu keadaan
cemara itu berupa segumpal rambut yang berpintal-pintal sepanjang kira-kira
satu hasta.
Dalam suasana biasa , babi tunggal dipercayai menyembunyikan cemara itu di alam mulutnya, dan selagi babi itu tidak mengeluarkan cemara itu daripada mulutnya, maka selama itulah ia dikatakan kebal dari sebarang tembakan peluru senjata api.
Justeru itulah cemara babi
tunggal itu menjadi buruan ahli-ahli mistik yang ingin menjadi kebal. Dalam hal
ini halal atau haram tidak menjadi perhitungan lagi.
Adalah dipercayai sebuah
cemara babi dikatakan berharga berpuluh-puluh atau beratus-ratus ribu ringgit.
Walau bagaimanapun, babi
tunggal itu dikatakan mengeluarkan juga cemara itu daripada mulutnya di
waktu-waktu tertentu.. Waktunya ketika babi itu hendak mandi berkubang dalam
lumpur, dan menyangkutkan cemara itu pada ranting-ranting yang berhampiran
sebelum ia turun ke dalam kubang.
Jika kebetulan di tempat itu
ada manusia, dan sempat melihat di mana cemara itu disangkutkan maka mereka
yang berminat akan segera bertindak untuk merampasnya, iaitu dengan menghalau
babi itu lari meninggalkan tempat itu, dan sebaik-baiknya dengan melepaskan
tembakan.
Babi tunggal yang terkejut itu akan segera
melarikan diri tanpa sempat mengambil cemaranya.
Adalah dipercayai sebagaimana
dikatakan di atas tadi, mereka yang membawa cemara babi itu akan menjadi kebal
seperti babi tunggal juga.
Rahsia
sendi
Walau bagaimanapun setiap
perkara ada perlawanannya, seperti berani lawan penakut, lemah lawan kuat dan
seumpamanya. Hanya Allah yang tidak bertanding, mempunyai kuasa yang mutlak.
Justeru itu, orang-orang yang
mengetahui rahsia kelemahan babi tunggal dengan cemara itu dengan mudah sahaja
untuk membinasakannya dengan menggunakan teknik yang tertentu.
Caranya ialah dengan jalan
menyumbat di muncung senapang yang hendak digunakan itu dengan daun-dayun kayu
sebelum tembakan dilepaskan, dan jika tembakan itu tepat mengenai sasarannya
nicaya babi itu dipercayai akan tercedera juga.
Demikian juga dengan manusia
yang memakai cemara babi boleh ditembak dengan cara yang sama, Masa itu ianya
tidak kebal lagi dan akan tercedera jika terkena tembakan.
Demikianlah manusia yang suka menurut nafsu dan hasutan sayitan rela melakukan kerja-kerja kotor dan jahat untuk memuaskan nafsunya sendiri. Tunggulah saat kebinasaannya.
Lorong Masjid,
Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan,
0 comments:
Post a Comment