GEMPA BUMI DI NEPAL, TIADA MASJID YANG ROSAK
>> Saturday, July 11, 2015
GEMPA BUMI DI
NEPAL, TIADA MASJID DILAPORKAN ROSAK
GEMPA BUMI yang dayat telah melanda Nepal baru-baru ini. Ribuan orang telah terkorban, dan begitu banyak harta benda yang telaH hancur dan musnah yang akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk memulihkannya.
Sebahagian dari Masjid Jame Kathmandu yang tidak rosak
Gempa bumi dengan ukuran 7.8 skala rither itu telah melanda Nepal pada 25 April 2015 yang lalu.
Nepal adalah sebuah negara
yang terletak di lereng Pergunungan Himalaya yang termasyur sebagai distinasi
pelancongan itu. Luasnya 54, 362 batu persegi, dengan penduduk seramai
18,920,000 orang pada tahun 1990. Bahasa mereka dipanggil Nepali.
Namun begitu, Alhamdulillah di
tengah-tengah kemusnahan itu mengikut pencarian tidak ada laporan
tentang bangunan-bangunan masjid di sana yang mengalami kerosakan atau
kemusnahan besar yang menimpa. Tidak ada sebuah masjid pun dilaporkan hancur atau
roboh menyembah bumi.
Salah sebuah masjid yang tidak terusik oleh gempa itu ialah Masjid Jame yang terletak di Bag Bazaar, Kathmandu, ibu Negara Nepal. Mengikut laporan masjid yang cantik itu tidak sedikit pun mengalami kerosakan.
Tidak berapa jauh dari situ, kira-kira 600 meter sahaja tersergam Masjid Khasmiri Taqiya yang terletak berhampiran Universiti Tri Chandra. Masjid ini salah masjid tua yang dibina sejak tahun 1524 M lagi. Namun begitu masjid ini pun tidak mengalami apa-apa kerosakan.
Beberapa buah masjid lagi juga dilaporkan tidak terjejas oleh gempa bumi yang melanda. Kebanyakan masjid-masjid yang terdapat di sekitar ibu Kota Kathmandu telah berusia lebid dari 100 tahu, dan masih lagi utuh.
Masjid Jame di Lalipur,
dilaporkan tidak terkesan oleh gempa bumi dan masih utuh.
Demikian juga dengan keadaan masjid di Kota Bharatpur, dalam Jajahan Chitwan, juga tidak mengalami kerosakan.
Patut juga disebut menurut
banci terakhir umat Islam Nepal adalah seramai 1.1. juta jiwa, kebanyakan
mereka Sunni. Umat Islam merupakan gologan ketiga ramainya selepas penganut
agama Hindu dan Budha di Nepal. Mereka merupakan kira-kira 11.200 pratus
daripada seluruh penduduk Nepal yang majoriti
penduduknya beragama Hindu. Mengikut sejarahnya orang-orang Islam telah ssampai
ke Nepal pada 11 masehi lagi atau pada abad 5 Hijriah.
Lorong Masjid,
PT.KB.Kelantan
Darulnaim.
0 comments:
Post a Comment