KENAPA KUEH TRADISIONAL KELANTAN, JADI AKOK KEMBOJA?
>> Monday, July 20, 2015
AKOK, KUEH TRADISIONAL KELANTAN,
TAPI KENAPA AKOK KEMBOJA?
AKOK adalah salah satu
kueh tradisioal Kelantan yang termasyur sejak sekian lama hingga ke hari ini.
Akok Kemboja
Ia diperbuat daripada campuran beberapa jenis bahan, seperti telur, tepung gandum, manisan nyiur [gula melaka], dan lain-lain.
Adunan bahan-bahan tersebut
dimasukkan ke dalam acuan khusus dan seterusnya dibakar hingga masak.
Rupanya seperti kueh baulu
yang dibelah dua memanjang, atau dalam bentuk bulat yang dibelah dua.
Inilah rupa akok yang
popular sejak puluhan tahun yang lalu. Tapi sejajar dengan peredaran masa yang
pesat kemajuannya, maka kemudiannya lahir pula sejenis akok yang jauh lebih
besar keadaannya dan dalam bentuk sejenis bunga yang sedang berkemabang.
Besarnya kira-kira sama besarnya dengan sebuah pinggan yang sederhana bersar.
Untuk sekian lama masanya,
saya beranggapan ia dipanggil akok kemboja kerana ia dibawa masuk atau
diperkenalkan oleh orang-orang pelarian Kemboja yang pada suatu waktu ramai berhijrah
ke Kelantan.
Dalam satu segi
orang-orang Kelantan memang suka menamakan benda-benda berdasar bangsa, seperti
pauh siam, timun cina, durian belanda [durian selat],
pisang kebatu petani, ubi benggala, ubi keling, bunga sempaka keling
pisang benggala dan sebagainya.
Tapi sejak kebelakangan
ini bila banyak memandang bunga-bunga kemboja dan melihat dan mnikmati akok
kemboja, maka lalu terbetik dalam fikiran saya bahawa nama akok kemboja itu
dipadankan dengan nama bunga kemboja.
Jika kita perhatikan
bentuk akok kemboja itu maka kita akan dapati ianya ada persamaan dengan
bunga kemboja itu, walaupun kelopak akok kemboja tidak sama banyaknya dengan
kelopak bunga kemboja.
Setelah
merenung-renunngya, maka saya pun membuat kesimpulan awal, bahawa akok kemboja
itu bukannya dipanggil demikian kerana ianya diperkenalkan oleh orang-orang
Kemboja, tapi ianya mungkin berasal dari bunga kemboja di mana bentuk bunga itu
dicontohi untuk membuat akok kemboja.
Saya fikir di penghujug
tulisan ini adab baiknya saya perturunkan risipi membuat akok untuk mereka yang
berminat untuk mencubanya sendiri.
Risipi Akok
Bahan-bahannya:
a.8 biji telur
b.1 gelas pati santan
c.120 gm manisan nyur [gula melaka]
d. 30 gm tepung gandum
e. 5 kuntum bunga cengkeh
f.3 helai daun pandan
Cara:
Masukkan manisan yang telah diricis dalam mangkuk, kemudian masukkan telur dan santan lalu dikacau hingga rata. Lepas itu adunan tersebut ditapis ke dalam bekas lain supaya tidak berketul-ketul.
Masukkan daun pandan yang telah seyet-seyet, dan bunga cengkeh ke dalam adunan tadi, lalu dikacau dan dipukul-pukul dengan sudip atau senduk.
Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat, kemudian masukkan adunan itu ke dalamnya, seterusnya masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180 C dan masakkan selama 5.7 minit.
Secara tradisionalnya acuan yang telah berisi dengan adunan akok itu, [biasanya acuan baulu], lalu ditutup dan dibakar dengan api di sebelah atas dan bawahnya.
Sekian.
Lorong Masjid,
Kg. Kubang
Siput,
1 comments:
Betul jugak tu...
Post a Comment