HARI RAYA IDILFITRI DAN HIBURAN MELAMPAU

>> Saturday, July 18, 2015





HARI RAYA IDILFITRI DAN HIBURAN MELAMPAU



Daun-daun Ramadan telah berlalu maka terbentanglah kelir Hari Raya Idifitri yang suci dan mulia.


Pada hari yang mulia ini, kita menyambut ketibaannya dengan rasa syukur dan gembira, lebih-lebih lagi kerana telah berjaya melaksanakan ibadat puasa dengan tulus dan ikhlas di sepanjang bulan Ramadan yang lalu.


Insya-Allah bekas-bekas ibadat puasa yang agung itu akan terus berkesan mewarnai jiwa kita dengan segala kemuliaanya dan keampuhannya.


Dan hari ini kita merayakannya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terucap oleh lidah dan terpahat oleh tangan seni sekalipun.


Tapi malangnya ada sebahagian dari kita dalam bergembira merayakan hari yang mulia itu bukan sahaja berhibur secara wajar, tapi telah melangkahi batas-batas kebenaran dan kewajaran, melewati sempadan-sempadan yang sepatutnya  tidak patut di langkahi.







Terlalu banyak hiburan yang wujud di sekeliling pinggang kita. Ada yang baik, ada yang tidak baik, ada yang wajar dan yang tidak wajar, malah banyak pula yang merupakan hiburan yang mengancam dam membahayakan, jasmani dan rohani.


Daripada segala hiburan yang tidak beretika itu, ada hiburan yang memberi kesan jangka pendek, dan sebaliknya ada pula yang menmimpakan kesan jangka panjang yang, dan juga berkekalan tanpa peghujung.


Dalam hal ini banyak hiburan yang meralik dan melekakan dengan aneka fantasi dan khayalan. Program-program hiburan di media-media massa, kalau diikuti dengan cermat, tidaklah membimbangkan, tapi kalau menjadi obes, terlalu kemaruk dengan sesuatu hiburan yang tidakpun memberi manfaat akan menimpakan problam dan kesan yang buruk jua.


Kempen-kempen yang berkesan dan meluas telah dilancarkan khusus sepanjang bulan Ramadan untuk menarik orang ramai meminati sesuatu program yang sedang dan akan dilancarkan menjelang dan pada hari yang mulia. Program-program hebat yang mempesonakan.


Justeru itu kerana terpedaya dengan program-program yang mereka amat minati, anak-anak, kanak-kanak malah juga orang-orang dewasa tidak bersedia ke mana-mana jika pada waktu itu melibatkan program-program yang mereka minati itu sedang beroperasi.

Mereka enggan untuk menziarahi keluarga, dan jiran tetangga, jika waktu itu berkebetulan dengan program hiburan yang mereka minati. Malah mereka keberatan untuk menerima tamu yang berkunjung ke rumah andainya bertembung dengan program yang mereka tunggu-tunggu dan sukai itu. sedang berlangsung. Kalau terpaksa juga mereka akan menerima tamu  dengan rasa jengkel dan berat tergayut di hati tanpa keikhlasan.


Oleh itu sepanjang hari yang mulia itu kalau tidak begitu terpakasa mereka sanggup berperap di rumah sahaja untuk mengikuti program yang mereka rindu itu. Malah solat pun mungkin terlambat atau tercicir langsung kerana menempoh-nemphkan masa yang telah tiba sehingga ia berlalu.


Ini tidak termsuk lagi dengan hiburan-hiburan melampau, seperti parti-parti liar, yang melibatkan minuman keras, dadah dan seks.


Kaum kita suka melibatlah dalam permainan-permaian yang merbahayakan, seumpama main mercun. Yang suka bermain itu sebenarnya, bukan sahaja kanak-kanak, tapi anak-anak muda remaja malah juga orang-orang dewasa yang belum matang fikirannya. Setiap kali brlangsung hari mulia, ada-ada sahaja anak-anak kita yang malang yang tercedera anggota fizikalnya, sperti putus jari tangan dan kaki, tercedera mata, dan buta dimamah oleh mercun dan bunga api.


Kita menyambut hari raya, Idilfitri dengan tujuan untuk mengakui dan menzahirkan keagungan dan kebesaran Ilahi Yang Maha Berkuasa, bersyukur kepada-Nya kerana kita telah berjaya menunaikan perintah-Nya, berpuasa dengan ikhlas sebulan Ramadan yang baru sahaja berlalu meninggalkan jejak dan tapaknya yang berbekas pada hati dan jiwa kita. Dan kita bersyukur kepada-Nya kerana telah berjaya menunaikan perintah-Nya yang Maha Agung dan dengan harapan akan diterima-Nya. Kita menadah tangan memohon keampunan-Nya, kiranya dalam menunaikan ibadat-Nya yang suci itu terdapat cacat dan cela serta kekurangan yang tidak kita sedari.


Pada hari yang mulia ini, pagi-pagi lagi kita telah berangkat ke rumah-rumah Allah, masjid dan surau untuk menyatakan kesyukuran dengan bersolat kepada-Nya.


Bukan sekali-kali kita pergi untuk   menyanyi, berdendang atau berduet, atau bergelak ketawa dengan para pelawak, tapi untuk bersama-sama mengkemundangkan takbir, mengagungkan Allah.


Kita ppergi bukan juga untuk bertepuk tangan, bersorak-sorai riang gembira seperti berada di depan pentas-pentas hiburan para penghibur, tapi kerana ingin mendengar khutbah hari raya

Justeru ketika merayakan hari yang mulia ini, janganlah kita lupa bahawa kita umat Islam tidak boleh sama sekali bergembira melulu, mengikut kesukaan nafsu kita, atau mabuk-mabuk kerana minum minuman keras atau mengambil dadah dadah, sehingga tidak sedarkan diri sendiri, bergelempangan di sana sini seperti hewan-hewan atau seperti  bangkai-bangkai yang tidak berakal fikiran. Malah tidak jarang pula mereka yang terkorban kerana dadah. Kerja-kerja keji dan hina seperti ini hanya dilakukan oleh orang-orang Barat ketika menyambut tahun baru mereka.


Malangnya pengaruh-pengaruh Barat yang durjana ini telah lama meresap ke dalam setiap bidang kehidupan umat Islam, bukan sahaja di negara kita, tapi juga di seluruh dunia. Pengaruh ini wujud dalam berbagai-bagai suasana dan keadaan dan dalam berbagai bentuk yang mengacam jasmani dan rohani umat Islam.


Mereka telah berjaya meracuni fikiran anak-anak muda kita bahawa hidup bebas lepas di kalangan lelaki dan perempuan itu satu kemajuan dan kemuliaan di zaman moden ini. Maka akibatnya lahirlah begitu ramai anak-anak di luar nikah, iaitu zuriat-zuriat haram hasil perzinaan.


Arak dan dadah telah diteima sebagai salah satu ciri-ciri budaya hidup zaman modern. Ini pada akhirnya mengakibatkanb ramai dari mereka telah terkulai menjadi bangkai-bangkai bernyawa, menjadi musuh masyarakat dan pengancam negara.


Dari segi budaya berpakaian, masih ramai lagi wanita-wanita Islam yang tidak bermaruah mrosakan indentiti keimanan mereka dengan berpakaian tdaik sopan yang seksi dan mendedahkan aurat yang diharamkan oleh Islam. Bagi mereka itulah hak mereka, kebebasan mereka sebagai manusia yang tidak boleh dipertikaikan. Inilah salah satu daripada puncak kerosakan akhlak umat manusia.


Pengaruh Barat yang hina ini telah lama meresap ke dalam bidang politik umat Islam yang mengakibatkan umat Islam tidak lagi memperhitungkan halal atau haram, benar atau salah atas segala perbuatan mreka, asalkah boleh memberi keuntugan kepada mereka. Matlamat menghalalkan cara.


Dalam ekonomi pengaruh Barat telah lama meresap dan mersoakan peraturan-peratruan ekonomi Islam samada dilakukan dengan kesedaran atau di luar kesedaran. Justeru dalam mengejar keuntugan dunia, mereka sanggup melakukan berbagai-bagai penipuan, manipulasi, penindasan, tekanan, ugutan, dan jenayah dan sebagainya asalkan dapat memberi pulangan yang lumayan kepada mereka.


Tegasnya jasmani dan rohani kita, badan dan akal fikiran kita semuanya telah rosak binasa dimusnhakan oleh pengaruh-pengaruh Barat yang biasanya berpunca dari pemikiran Yahudi.


Antara wadah-wadah yang penting dan berkesan, selain daripada pendidikan, dalam penyebaran pengaruh-pengaruh Barat yang kejam itu dalam masyarakat Islam ialah menerusi media massa, seperti internet, buku-buku, majalah dan TV dan seumpamanya yang memang telah lama terpacak dalam rumah-rumah kita yang boleh dioperasikan sepanjang masa selama 24 jam sehari semalam.


Sebahagian daripada faktor yang telah berjaya merosakkan semangat keIslaman hari raya kita adalah pengaruh-pengaruh yang merosakkan dari Barat ini. Oleh itu awas dan hati-batilah kita sepanjang masa supaya tidak terus terperangkap dengan pengaruh yang negatif yang keji itu.


“Ya Allah ampunilah orang-orang Islam lelaki dan perempuan, orang Mukmin lelaki dan perempuan yang hidup dan yang telah mati.


“Jinakkanlah di antara hati mereka, perbaikilah hubungan antara mereka, Dan tolong mereka dalam menghadapi musuh Engkau dan musuh mereka.





“Dan tunjukkan mereka jalan yang selamat dan sejahtera, Dan keluarkanlah mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan jauhilah mereka dari segala yang keji, baik yang nyata dan yang tersembunyi.


“Ya Allah! Jatuhkan azab ke atas orang-orang kafir dan orang-orang munafik yang menolak, yang menghalangi jalan-Mu dan yang menukar ganti agama-Mu. Dan mereka memusuhi orang-orang Mukmin, dan pecah belahkanlah dan porakperandakan di antara hati-hati mereka. Dan jadikan kehancuran mereka dalam pentadbiran dan strategi yang mereka atur sendiri”.


Allahu Akbar.


Lorong Masjid,
Kg. Kubang Siput,
PT. KB. Kelantan, Darulnaim.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP