LAIN LUBUK, LAIN IKANNYA

>> Tuesday, July 14, 2015




LAIN LUBUK, LAIN IKANNYA


Ketika di Indonesia, kami makan malam di salah sebuah restoran yang terkenal di Jakarta.


                                     Masakan Indonesia cukup seekor

Di antara menu yang kami minta, ialah seekor ikan goreng dan seekor ayam goreng  untuk makan dengan nasi putih.


Ketika hidangan selesai diangkat, tiba-tiba dua orang ibu dalam rombongan kedengaran terpekek kecil sambil bangun berdiri dari kerusi tempat duduk mereka.


Mereka menunjuk-nunjukkan ke arah ayam goreng yang ada dalam pinggang di hadapan mereka.


                                     Kepala ayam goreng yang dicabut


“Itu kepalanya”, kata salah seorang dari mereka.


Kami amati, memanglah ayam goreng itu digoreng penuh dengan leher, kepala dan paruhyna sekali. Kurang cerap pula adakah matanya telah dicongkel atau dibiarkan di tempatnya yang biasa.


Mereka terkejut, kerana di Malaysia seekor ayam yang  digoreng tidak bersama  muncung atau paruhnya seperti itu.


Lalu kepala ayam goreng itu segera kami patahkan dan buang, dan nasib baik pula keduanya dapat meneruskan makannya tanpa merasa jijik  seleranya. Selera mereka tidak patah.


Tapi di negara kita Malaysia, bila kita mengorder seekor ayam bakar atau ayam goreng, yang dhidang bukan sahaja tidak berkepala, tapi juga tidak berleher dan berkaki. Seekor ayam gondol.


                                     Seekor ayam masakan Malaysia


Pada masa-masa dulu, ada juga ibu-ibu yang memasak ayam percik atau ayam solak, bersama-sama dengan lehernya sekali, serta bersama dengan kepalanya dengan separuh lebih daripalanya telah dipotong-buang.


Hari ini kaki dan leher ayamnya mempunyai bisnis yang tersendiri kepada para peniaga untuk mengejar keuntungan


Demikianlah lain tempat lain caranya, lain kebiasaanya, lain tatacaranya, yang menggambarkan keragaman pemikiran manusia.


Maka dipepatahkanlah:


“Lain padang, lain belalang,
Lain lubuk, lain ikan,
dan,
“Lain kampung, lain ayamnya”.


Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan Darulnaim










PT.KB Kelantan Darulnaim.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP