TANGISAN, PARA PEMIMPIN DUNIA PUN MENANGIS
>> Saturday, August 1, 2015
TANGIS, PARA
PEMIMPIN DUNIA PUN MENANGIS
SETIAP orang mesti pernah menangis atau mengalir air mata, kerana tangisan itu menyimpan makna-maknanya yang tersendiri.
Kita sering menangis ketika kita berusia kanak-kanak. Malah kita terus menangis bila terkeluar dari perut ibuanda untuk menjenguk alam raya yang luas terbentang ini.
Churchil menangis di hadapan orang ramai
Kita menangis semasa kanak-kanak sebagai ganti bahasa percakapan untuk melahirkan segala hasrat di hati kita, seperti untuk menyatakan kita lapar dan memerlukan makanan, kita menangis untuk menyatakan kita tidak selesa, kerana panas atau sejuk, dan kita menangis untuk menyatakan kita sakit dan memerlukan rawatan segera.
Dan ada berbagai-bagai sebab lagi yang membuatkan boleh kita menangis.
Orang-orang dewasa menangis bila hati mereka merasa terharu dan perasaan mereka tersentuh oleh sesuatu menerusi pengeliahtan, pendengaran, perasaan dan juga fikiran mereka.
Manusia mungkin menangis bila mata mereka melihat sesuatu kejadian atau pemandangan yang menyedihkan, dan juga ketika melihat seusuatu yang menyenang dan menggembirakan.
Mereka mungkin menangis, ketika telinga mereka mendengar berita-berita yang tidak menggembirakan, seperti berita-berita kemalangan maut, atau sebaliknya ketika mereka mendengar berita-berita yang menggembirakan, seperti kejayaan cemerlang yang dicapai oleh anak-anak mreka dalam pelajaran.
Manusia mungkin menangis bila fikiran mereka terkenangkan sesuatu peristiwa
yang sedih, seperti kematian orang-orang yang mereka cintai dan kasihi.
Tangisan Nabi Yakub as.
Kisah tangisan yang trajis dalam sejarah manusia ialah riwayat tangisan
Nabi Yakub as. Akibat terlalu banyak menangis matanya menjadi buta. Beliau menangis
kerana terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya Yusuf, yang menjadi
mngsa kedengkian anak-anaknya yang lain.
Menurut riwayatnya Nabi Yakub as. mempunyai dua belas orang anak, dan salah
seorang daripadanya yang amat disayanginya ialah Yusuf, seorang lelaki yang
cantik rupawan.
Akibatnya Yusuf menjadi mangsa kedengkian saudara-saudaranya yang menaruh
kebencian kepadanya. Mereka lalu bersepakat untuk menyingkir saudaranya Yusuf
daripada ayahnya Yakub dengan membuangnya ke dalam sebuah telaga. Mereka menipu
ayah mereka dengan mengatakan Yusuf telah mati dibaham serigala ketika mereka
sedang asyik bermain-main.
Yakub merasa amat sedih dengan kehilangan anak kesayangnya itu, iaitu satu kejadian yang tidak diharap-harapkan sama sekali berlakunya. Akibat terlalu banyak menangis matanya menjadi buta. Tapi mata Yakub kembali pulih dan dapat melihat semula bertahun-tahun kemudian setelah saudara-saudaranya menemui Yusuf sebagai seorang pembesar di Negara Mesir. Dan akhirnya mereka semua bertemu dan kasih mereka pun bertaut semula.
Tokoh-tokoh Dunia Yang Menangis
Di samping itu,
masih ramai lagi tokoh-tokoh dunia yang menangis bila terharu. Ikutilah
sebahagian daripada tokoh-tokoh itu.
Inilah sebahagian daripada para pemimpin dunia yang menangis, walaupun di khalayak ramai, bila mereka ditampar oleh kehruan hati.
David, Raja Judah dan Raja Israil menangis bila sahabat karibnya, Jonathan, putera Saul, Raja Yahudi pertama, terbunuh dalam peperangan di Gunung Gillboa. David putera Jesse menjadi raja selepas kematian Saul.
Mark Antony, seorang Jeneral Rum dan Konsol selepas Julius Ceasar sanggup menangis di khalayak ramai. Dia telah diguling dan ditewskan dalam peperangan oleh Augustus.
Dr. Samuel Johnson [1709-1784] seorang pengarang dan lexicographer [penyusun kamus] yang terkenal sanggup menangis di hadapan khalayk ramai.
Napoleon Bonaparte [1769-1821],
seorang tentera dan kemudiannya menjadi Konsol Perancis yang pertama, menjadi
Kaisar Perancis [1804] sanggup menangis di khalayak ramai.
Charles John Huffam Dickens, [1812-70] seorang novelis British yang terkenal sanggup menangis dengan
mengalir air mata di khalayak ramai.
Publius Cornelius, Scipio, seorang jeneral Rum yang termasyur menangis sesungguh hati bila Carthage jatuh dalam Perang Punic.
Maharaja
Charlemagne bangsa Jerman, Raja Frank menangis bila melihat kapal-kapal musuh belayar menghampiri.
William Pitt,
Perdana Menteri British, dan seorang negarawan British yang tersohor [1750-1800] menangis bila beliau mendengar
berita Napoleon Bonaparte Perancis, menang dalam Peperangan Ausstelitz.
Thomas Carlyle [1795-1881]
seorang pengkeritik sastra bangsa Scottish akan segera menangis tersedu-sedu
bila beliau teringatkan mendiang isterinya.
Oliver Cromwell [1599-1658]
seorang pemimpin dalam perang saudara di England cepat menangis dengan
mengalirkan air mata persis beliau
seorang wanita yang amat emosional.
Otto Eduard
Leopold Bismarck [1819-1898] seorang negarwan, Chanselor Jerman yang terkenal
sebagai “Manusia Besi” pun menangis juga.
Wilhelm [William] II [1859-1941], pengganti Bismarck yang meletak jawatan, beliau
adalah Kaiser Jerman yang menangis bila ditegur di Parlimen, kerana
melakukan wawancara dengan akhbar tanpa kebenaran.
Jeneral Helmuth von Moltke [1800-1891], salah seorang pemerintah tentera
Jerman yang termasyur menangis tersedu-sedan, bila Peperangan Marne pertama
tamat dalam Perang Dunia Pertama.
Jeneral Charles de Gaule, [1890- 1970] Presiden Perancis kelihatan beberapa kali menangis dan menyapu air matanya di khlayak ramai kerana begitu terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Perancis dan juga rakyat negara-negara yang lain kepadanya.
Peninju Carmen Basilio menangis seperti seorang kanak-kanak ketika berjaya
mempertahanakn gelaran juara yang sedang disandangnya.
Bekas Perdana Menteri Britain [1957-1963], Harlod MacMillan secara sukarela mengaku beliau akan menangis dan mengalirkan air matanya bila beliau terharu.
Perdana Menteri Britain yang termasyur, Sir Winston Churchill [1874-1965], seorang negarawan ulung British tidak segan silu untuk menangis di khalayk ramai bila beliau merasa terharu.
Beliau menangis ketika melawat bandar-bandar di England yang musnah dibom oleh musuh dalam Perang Dunai II.
Tangisan akan berlaku dalam sesebuah keluarga bila berlaku kematian. Air mata akan mengalir hiba bila mengenangkan orang yang disayangi pergi dan tidak akan kembali lagi.
Orang ramai menangis bila berlaku kematian ke atas pemimpin atau guru mereka yang diksihi. Saya percaya ramai orang menangis, mengalir air mata, terutama rakyat Malaysia bila Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia.
Ramai orang meratap dan menangis bila pada 8 Mac 2014 MH370 dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan, terutama keluarga dan waris mereka yang terlibat.
Walau bagaimanapun tangsian seperti itu tidak pernah dianggap tangisan pengecut, keanak-anakan , atau tidak matang emosinya ataupun bodoh. Malah tangisan itu adalah jalan yang necral kepada manusia untuk melepaskan dirinya daripada kungkungan berbagai-bagai emosi yang meliputi dirinya pada ketika itu.
Orang ramai menangis bila berlaku kematian ke atas pemimpin atau guru mereka yang diksihi. Saya percaya ramai orang menangis, mengalir air mata, terutama rakyat Malaysia bila Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia.
Ramai orang meratap dan menangis bila pada 8 Mac 2014 MH370 dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan, terutama keluarga dan waris mereka yang terlibat.
Walau bagaimanapun tangsian seperti itu tidak pernah dianggap tangisan pengecut, keanak-anakan , atau tidak matang emosinya ataupun bodoh. Malah tangisan itu adalah jalan yang necral kepada manusia untuk melepaskan dirinya daripada kungkungan berbagai-bagai emosi yang meliputi dirinya pada ketika itu.
Justeru itu menangis adalah suatu perkara yang biasa dalam hidup manusia.
Sesiapa pun menangis dalam sesuatu tahap ketika meniti hayat mereka.
Menangislah jika anda perlu menangis, jangan malu dan segan. Tangisan akan
mententeramakn hati anda yang rusuh.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment